Membeli Jubah atau Abaya Ikut Kemampuan

Alhamdulillah, dah gelap gulita di luar kolej. Ana baru selesai 2 muka surat laporan untuk dihantar Khamis ini. Tinggal lagi 2 muka surat minimum. 2 untuk Hospital Putrajaya dan 2 lagi untuk Agensi Nuklear Malaysia, cukuplah kan.

Kali ini ana nak share tentang pakaian yang pernah ana beli. Mungkin nampak seperti menunjuk tapi this is me. Pakaian ana di luar rumah atau di kawasan umum adalah jubah/ abaya. Makanya, hanya blogshop yang pernah ana berurusan sahaja yang akan ana ceritakan. Sebab blogshop ini memenuhi kriteria pakaian untuk seorang muslimah menutup aurat dan mengikut syara'.

Contoh jubah dua lapis

Sejak mengetahui hukum syara' tentang pemakaian seorang muslimah, maka hanya jubah sahaja yang memenuhi almari pakaian biapun tidaklah sampai melengkung tempat menyangkut pakaian =D. Dari hanya 2 helai jubah pada tahun 2002, sekarang ana tak tahu berapa dah jubah yang ana ada. MasyaAllah, banyak. Huhuhu. Dari yang buat sendiri hinggalah yang beli di kedai dan ada juga online shopping.

Asalnya dulu hanya beli jubah di kedai-kedai biasa, di jalan-jalan pekan Sungai Besar. Masa tuh tidak banyak kedai yang menjual jubah. Rata-rata kedai pakaian menjual blaus dan pakaian harian yang lain. Jadi apabila nak membeli jubah khususnya untuk umi, haruslah ke Sungai Besar. Dan ketika itu saiz yang besar jarang-jarang ada. Sebab tuh lah kot jubah hanya ada 2 je. Hee. Kadang-kadang ke Mydin sebab kat situ juga ada jual jubah. Tapi sekarang tak banyak dah. Kalau saja-saja nak ke sana tengok-tengok jubah, kadang-kadang boleh dapat harga RM30. Kualiti pun ok. =)

Lambakan kedai pakaian yang menjual jubah membuatkan almari ana kadang-kadang tak muat. Yelah, duit ada, jubah pun pelbagai jenis dan warna. Dalam ana mencari-cari kedai jubah yang murah dan berpatutan, maka ana tertonton 1 rancangan di TV3. (Glamour TV3 nih, huhuhu) Rancangan itu tak silap ana Wanita Hari Ini (WHI). Ia memperkenalkan Butik First Lady. Ana apalagi, tersenyum lebaq lah sampai ke telinga. Hee. Sebab ada jual jubah yang murah, bawah RM50.  

Almari pun penuhlah dengan baju dari Butik First Lady. Huhuhu. Dan rata-rata my family memang beli kat butik nih. lagi pun saiznya dari XS sampailah XXXL. Kadang-kadang ada buat sendiri, kadang-kadang je. Ana lebih banyak beli. Bila dah beli, ramailah orang pakai jubah yang sama. Wowowo (malulah bila terserempak, hee).

Semester lepas, ana teringin nak pakai abaya. Nak juga tahu abaya tuh macamana. So, ana search kat Google. (Google jugak dapat nama, huhuhu.) Ana belilah satu jubah dubai yang ada di blogshop nih sebab affordable to me that time. JUBAH LOVERS. Klik untuk jengah-jengah dan berjual beli ye. Pemiliknya masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Tak sangka, muda-muda lagi dah berniaga. Alhamdulillah.

Setelah berurusan, ana mencari lagi blogshop lain yang ada menjual jubah/abaya dengan pilihan yang lebih banyak. Dalam mencari-cari sebab duit tengah banyak, maka ana terjumpa blogshop muslim nih. Abaya Maratussolehah.com. Pilihan di sini lagi banyak. Di sini, ana pernah beli jubah jeans dan abaya. Ana beli abaya sebab nak rasa macamana bila pakai. Selesa ke, panas ke. Materialnya ana tak tahu jenis apa, tapi bagi ana kalau berdiri di bawah terik matahari memang jaranglah jugak. So, kat dalam kenalah pakai kain tak boleh nak pakai seluar. Ada hukum syara' di sini. InsyaAllah ana akan kongsikan juga sebab pakaian muslimah bukan sekadar menutup aurat tapi juga memenuhi hukum syara' yang telah ditentukan oleh al-Khaliq.

Nak tahu hukum syara' memakai pakaian yang ana pakai ini, ana akan beritahu kemudian. Internet tengah lembab, nak cari link pun loading lama. InsyaAllah, entri tentang tudung labuh atau bidang 60 nanti, ana akan sertakan link hukum syara' pemakaian wanita muslimah.

Abaya yang telah divariasikan warnanya.
Tidak hanya warna hitam seperti lazimnya.

Jubah yang telah dimodenkan 
dengan pelbagai jenis gaya dan warna.

Owh ya,
2hb Oktober 2010 baru-baru nih ada jamuan raya.
Rumah Terbuka HTM.
Berita lanjut, sila klik sini.
Salam ukhuwah. ;)

6 comments:

  1. Sekarang nih baju2 jubah yang ada macam terlalu menonjol dan bertabarruj kan..

    Kadang2 ada yg terlalu seksi..

    -anita-

    ReplyDelete
  2. haah... kekadang org yang pakai jubah nampak lagi seksi dari yang pakai baju kurung...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terima kasih kerana beri sokongan pada produk muslim. saya pn.nora, owner 'abaya maratussolehah'. jika ada masa, berkunjunglah ke blog kami... http://maratussolehah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Assalamua'laikum akak...ana nk pm aka utk ptanyaan...boleh akk bagi ape2 info utk dpt contact akk...mohon djawab ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, adik nazz..

      Boleh emel akak di mas88.angah@gmail.com.

      Terima kasih. =)

      Delete
  5. Assalamua'laikum akak...ana nk pm akak utk ptanyaan..mohon akak bg contact akak ye...

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat