Namun di sana ada beberapa perkara yang jelas masihkekal dan garis-garis besar dan selainnya tergabung di bawahnya atau menurutinya. Berdasarkan muqaddimah atau pengantar yang sederhana ini, ayah ringkaskan kepadamu point-point penting ini yang ayah harap kau dapat fikir dan perhatikan dengan sepenuh-penuh perhatian:
1. Kehidupan berumahtangga yang kau dirikan haruslah didasarkan pada sifat saling faham-memahami dan berkasih sayang. Oleh itu, wanita hendaklah menghulurkan keramahan, cinta dan kasih sayang sejati buat suaminya. Kata-kata ini bukan semata omong kosong yang sering diulang oleh suami atau isteri. Bahkan ia adalah payung yang bernaung di bawah bayangnya kedua-dua pasangan itu.
Hendaklah setiap dari suami dan isteri merasai kehangatan, kejujuran dan dalamnya cinta mereka. Jauhilah dan jauhilah dari menggambarkan bahawa kehidupan berumahtangga ditegakkan atas kalimah-kalimah kosong dan bisu yang kehilangan maknanya seiring berlalunya masa. Konsepnya juga musnah dengan diulang-ulang sebutannya sempena ada atau tidakacara tertentu … Kedalaman, kejujuran dan kehangatan cinta itulah asal bagi kehidupan berumahtangga.
2. Setiap dari pasangan, suami dan isteri, lelaki dan wanita, wahai anakku yang mulia.. ada batasan…yang masing-masing wajib patuhi. Apabila setiap orang mengetahui batasannya dan dipatuhinya, semua urusan akan berjalan lancar dan semua kesusahan akan dapat diatasi secara otomatik.
Perkara pertama yang perlu diketahui oleh isteri adalah bahawa suaminya merupakan pemilik kepimpinan di rumah. Solahiyyah sepatutnya diagihkan secara adil sebagaimana perintah Allah SWT. Wanita adalah ibu dan pengatur rumahtangga… Rumahnya adalah kerajaan kecilnya yang dia kendalikan dan dia bersemayam di situ. Sementara suami, kerajaannya adalah di luar rumahnya tempat dia melaksanakan semua tugasnya.
Demikianlah Rasulullah SAW menentukan kepada Fatimah dan Ali k.a.w. Bahawa Fatimah wajib melaksanakan semua tugas di dalam rumah sementara Ali menjalankan semua tugas di luar rumah.
3. Wahai sayangku, ketika dirimu di ambang kehidupan baru, jauhilah dari menyangkakan bahawa suami atau rumahtangga adalah seperti ayah atau rumah ayah. Dalam rumah ayah, kau boleh meminta apa sahaja yang kau inginkan tanpa susah payah dan adakalanya kau marah dan gelisah. Tetapi di rumah suamimu, kau tidak boleh melakukan hal itu sama sekali. Oleh yang demikian, jauhilah dari banyak meminta, bahkan permintaanmu itu wajiblah dalam batas yang masuk di akal dan perkara yang kau benar-benar perlukan.
Kemudian, ada sebabnya bagi sesuatu permintaanmu itu… tidak semua masa sesuai untuk kau meminta… Oleh itu kau mestilah cerdik supaya kau mengerti masa-masa yang paling sesuai untuk permintaanmu itu, seterusnya permintaanmu itu perlulah dalam batas yang logik, yang pendapatan atau gaji suamimu boleh menampungnya. Banyak meminta dari suami akan membawa kepada kebosanan dan kejemuan serta perasaan tidak dihargai terhadap tanggungjawab atau situasi-situasi umum.
4. Sesungguhnya ketaatan kepada suami termasuk ketaatan kepada Allah. Oleh itu, hendaklah kau taati semua yang dipinta oleh seorang suami terhadap isterinya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat akan melaknatnya hingga ia kembali semula ke rumah.” Dari hadith ini jelaslah bahawa ketaatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga.
Sesungguhnya ketika ayah menceritakan tentang ketaatan, ayah tidak bermaksud kau harus taat padasemua perkara, tetapi hanya terhad pada perkara yang halal, yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Jangan kau taat pada perkara yang haram selama-lamanya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Tiada ketaatan terhadap makhluk pada perkara maksiat kepada al-Khaliq.” Oleh itu, kau wajib berlaku taat dalam batasan yang halal dan tidak melampaui pada yang haram. Jika seorang suami, atau makhluk lain memerintahkan kepada perkara yang haram, janganlah ditaati langsung.
5. Sentiasalah kau beri perhatian terhadap suamimu. Perlihatkan penjagaanmu dan kepedulianmu yang ikhlas padanya. Tidak seharusnya seorang wanita itu mengabaikan perhatian, penjagaan dan keprihatinan terhadap suaminya meski bagaimana keadaannya.
6. Jauhilah dirimu dari menampakkan keluhan dan kebosanan dengan jelas dan berkali-kali. Jauhilah anakku, jauhilah. Bahkan kau sepatutnya sentiasa dilihat tersenyum malu, berseri wajah dan ceria…gembira. Wajahmu dipenuhi dengan senyuman meski bagaimana teruk keadaan hari yang kau lalui.Banyak mengeluh dan menunjukkan bosan akan mengakibatkan suamimu mengeluh dengan keluhanmu itu dan merasa bosan dari rasa bosanmu itu, yang membawa kepada natijah yang negatif dan buruk yang tiada siapa mengetahuinya melainkan Allah. Hal itu bergantung kepada bagaimana dia dapat mengelola dan mengekang perasaannya dengan baik.
7. Anakku yang dicintai, jauhilah dari dilihat tidur atau masuk tidur sebelum suamimu. Tetapi jadikan tidurmu selepas ia berasa tenang dan naik ke tempat tidurnya. Jangan tidur lebih awal darinya, tetapi tunggulah suamimu walaupun dia lewat sampai kerumah. Barangkali dia memerlukan sesuatu darimu seperti menghidangkan makanan untuknya atau melayannya.
8. Jauhilah wahai anakku dari menggesa suamimu agar memberikanmu laporan terperinci mengenai apa yang terjadi padanya pada siang hari dalam pekerjaannya dan hubungannya dengan orang lain. Kehidupan berumahtangga bukanlah laporan-laporan yang perlu dikemukakan di penghujung siang dan di awal malam, bukan juga menyingkap akaun oleh suami untuk dikemukakan kepada isterinya.
Sekiranya suamimu membuka sesuatu hal kepadamu, terimalah dan tenangkanlah dia. Jika tidak jangan kau bertanya-tanya… Ramai lelaki bahkan sebahagian besar mereka tidak suka dilihat-lihat rahsianya oleh orang terdekatnya walaupun isterinya. Jika kau melakukan hal itu dan kau menggesanya, dia akan merasa lelah terhadapmu atau mula menjauh dan menghindar diri darimu. Maka janganlah asyik menggesanya kepada situasi seumpama ini selama-lamanya.
9. Janganlah wahai anakku, kau duduk bersamanyasekembalinya ke rumah, dan kau kemukakan kepadanya laporan terperinci mengenai apa yang berlaku padamu pada siang hari, apa yang dikatakan oleh si fulanah ini dan si fulanah itu. Ataupun pakaian apa yang dipakai oleh si fulanah jiranmu, apa yang dibelinya atau barang apa saja yang dibawanya dari pasar. Ramai lelaki tidak suka mendengar perkara-perkara ini. Jika dia mendengarkan darimu buat pertama kalinya, sebenarnya dia mendengarnya dengan rasa enggan. Jika dia menanyakan lebih lanjut kepadamu, barangkali dia cuba memahamkanmu tetapi dia selanjutnya akan berkata kepada dirinya sesungguhnya dia ini manusia remeh, bicaranya tidak lebih dari bercerita mengenai jiran-jiran. Perkataan manusia yang lebih dari ini termasuk mengumpat, memfitnah dan membuka aib (rahsia) orang lain.
Jika kau wahai anakku mendengar sesuatu atau seseorang berkata sesuatu kepadamu, hendaklah kena pada masanya kemudian letaknya di sudut-sudut lupa pada otakmu.
10. Sesungguhnya kehidupan berumahtangga ini wahai anakku, kadang dipenuhi oleh pelbagai perkara. Janganlah kau terlalu ambil peduli. Jika suamimu marah dan bercakap dengan kata-kata yang kadang tak kena tempatnya, berdiam dirilah sehingga dia berasa tenang. Dan ketika dia telah tenang, dia akan mula memuhasabah dirinya sendiri dan akan kembali kepada kebenaran meski bagaimana degil pun dia.
Sementara jika dia berbicara dan kau pun berbicara, bertambah rumitlah masalah. Tali tidak boleh ditarik kuat dari kedua-dua belah pihak. Jika dia marah, jauhilah diri darinya… pergi ke dapur dan buatlah secangkir kopi… hidangkan padanya dengan senyuman manis dan kemaafan yang lembut… demikianlah kau akan menjadi hebat pada matanya… dan bertambah kukuh kedudukanmu di hatinya.
11. Jika dia menyertakanmu dalam satu pembicaraan dan dia sedang berkata, janganlah kau memotong kata-katanya, atau bercakap mewakilinya kerana hal ini akan menyebabkannya berasa marah. Diamlah sahaja sehingga dia selesai berbicara. Jika kau ada perkara yang ingin ditambah pada bicaranya, katakanlah. Jika tidak, maka berkata itu adalah perak sedangkan diam itu adalah emas.
Akhirnya, harapan dari lubuk hati ayah dan juga doa-doa ayah kepada Allah agar Alalh membantumu dan melimpahi kebahagiaan ke dalam rumah barumu. Sehingga bertemu lagi insyaAllah dalam surat selepas perkahwinan.
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
Hari raya…30 Mei 1976.
Disalin oleh majalah al-Izzah dari forum alokab (dengan pengubahsuaian).
Selesai terjemahan. Alhamdulillah.
Salam,
ReplyDeleteMohon izin copy & paste untuk ana berikan pada orang rumah ana.
Dari mana enti dapat surat yang menarik tu? :)
Wasalam.
Wassalam akhi,
ReplyDeleteSila2, tiada hakcipta terpelihara di dalam Islam..
Ana dapat daripada group ana.. Ada seorang hamba Allah yang boleh translate from Arab to Malay.. She got from majalah al-Izzah. Jadi, sama2 boleh baca dan manfaatkannya, InsyaAllah..
Salam,
ReplyDeleteBertuah orang pandai bahasa arab ni ya!
Ana dok cuba belajar dari dulu...hanya pandai cakap ana anta je...hehehe...agaknya dah overdose makan belacan kot?
Wassalam,
ReplyDeleteIya, memang bertuah siapa yg pandai bahasa arab.. Nak2 kebanyakan kitab tsaqafah Islam originalnya from Arab kan..
Tade kaitan kalau dah overdose makan belacan.. anta kena lebihkan makan kurma.. hehehehe