[Gambar] Sahutlah Seruan Itu!!

Nota: Untuk artikel atau laporan penuh Laungan Khilafah Di Bumi Terengganu, teman-teman boleh baca di pautan tuh ye. Cuma klik je.   


Alhamdulillah, akhirnya saya sekeluarga ke bumi Terengganu minggu lalu. Bukan menaiki kenderaan peribadi sebaliknya kami sekeluarga menaiki bas. Itu adalah salah satu pengalaman yang akan menjadi kenangan terindah sepanjang lipatan sejarah hidup saya selama lebih 22 tahun.

Kali ini, saya akan lebih menunjukkan gambar-gambar daripada bercerita. Sungguhpun begitu, sedikit pengalaman saya akan kongsikan sepanjang menuntut damainya ilmu di bumi 'kereopok lekor' itu. Untuk gambar-gambar peribadi, saya akan kongsikan di entri yang lain. 


Setiap kali menghadiri seminar-seminar atau forum-forum HTM, semangat perjuangan saya sentiasa diperbaharui dan disuntik dengan vaksin yang sangat tinggi konsentrasinya. (bagi ayat metafora sikit, hehehe.) Manakan tidak, motivasi daripada luaran perlu diberi selalu. Kalau tak, semangat mudah luntur. Itulah namanya manusia, sama seperti saya. Huhuhu.

Dalam dakwah dan perjuangan, semangat sahaja tidak mencukupi. Apa yang dituntut lebih daripada itu. Persoalannya, hendak atau tidak. Perjuangan itu juga menuntut perngorbanan. Persoalannya, sanggup atau tidak. Dakwah juga begitu, menuntut kekuatan si pengembannya. Persoalannya, mampu atau tidak.

Apabila kita diberi pilihan, maka kita akan memilih. Mahu atau tidak. Sekiranya kita diberi 'kata putus' dari Yang Maha Besar dan Yang Maha Mencipta, maka kita perlu patuhi. Tapi ada juga sesetengah manusia yang tidak mendengar atau melihat 'kata putus' itu. Mereka masih lagi bersuka ria, bergelak ketawa dan berleka-leka dengan kecantikan duniawi yang pastinya hanya sementara. (Nauzubillah min zalik!)


Kenapa saya kata begitu? Sebab masih ada lagi yang mengatakan bahawa Khilafah itu hanyalah khayalan, Khilafah itu hanyalah sejarah, Khilafah itu hanyalah cakap-cakap kosong, Khilafah itu apa?, Khilafah? dan lain-lain.

Saya tidak menyalahkan mereka yang tidak tahu apa itu Khilafah. Sebab saya dulu pun tak pernah dengar satu 'perkataan ajaib' itu apatah lagi mengetahui hakikat ketiadaan sang khalifah. Namun, atas tanggungjawab dan kewajipan menuntu ilmu, saya melangkah ke depan. Alhamdulillah, keluargalah penggerak dan pendorong saya serta adik beradik yang lain. Maka peluang yang berada di depan mata, diambil dengan segera.

Masih ingat lagi dengan entri saya yang ini, Berhati-hatilah Anda!? Ia juga berkait rapat dengan Khilafah. Kenapa umat Islam sekarang nih mundur? Kenapa umat Islam sekarang nih dihina dan dibunuh? Kenapa umat Islam ramai tapi kita nih senang dipijak-pijak dan berpecah belah? Jawablah, teman-teman. Jawablah.


Mesti ada yang jawab, sebab teknologi sains kita tak setaraf dengan barat. Kita mempunyai sikap kelas ketiga. Segala-galanya tentang umat Islam adalah kelas ketiga. C'mon lah, guys. Jangan beri jawapan macam budak-budak sekolah. Kita dah besar panjang. Dah boleh berfikiran matang. (Kalau umur saya nih, dah boleh ada anak dah. Bukan anak tekak atau anak kucing, anak saudara tau. =P)

Panjang pula celoteh saya nih. Huhuhu. Tapi takpe, janji ada yang sudi baca dan berfikir dalam-dalam. Kadang-kadang saya suka nak menulis tentang kehidupan saya. Tapi bila difikirkan semula, bercerita yang hak adalah wajib. Maka saya kongsikan yang ini.

Okeyh, tentang umat Islam yang mundur tadi kan. Kita bukan mundur tapi kekayaan umat Islam itu telah dirompak oleh kafir Barat laknatullah. Mereka merompak hasil kekayaan bumi umat Islam dengan pertolongan boneka-bonekanya. Siapa mereka itu? Siapa lagi kalau bukan pemimpin umat Islam itu sendiri. Sedarlah teman-teman. Mati semakin hampir. Dunia semakin menjauhkan diri daripada kita. Tidakkah kita mahu melihat dunia ini menjadi 'rahmatan lil 'ala min'?


Jawapannya ada pada teman-teman. Memberi nasihat, peringatan, berdakwah, penerangan agama bukan milik mutlak para usataz dan ustazah. Teman-teman juga diwajibkan melaksanakannya. Dakwah itu wajib sebagaimana wajibnya kita solat. Menolong saudara seakidah juga wajib. Tapi bagaimanakah caranya? Membanteras jenayah rogol, ragut, cabul, buang bayi, jual beli orang, membuli dan sebagainya juga wajib. Tapi bagaimanakah cara?

Tiadakah suatu sistem atau hukuman yang boleh dan akan menjamin keamanan negara terutamanya bumi Malaysia ini? Sistem Uqubat Dalam Islam Menjamin Keamanan Negara. Benarkah? Tapi bagaimana? Mari kita tengok dan baca apa yang disampaikan menerusi pautan tuh. Cuba lihat dan baca dulu. Tak pun, jom pergi berbincang kat sana. InsyaAllah, kita akan dapat jawapannya.


Akhir kalam, tepuk dada tanyalah iman. Fuhh, berjela juga ye celoteh saya nih. Tapi takdelah panjang mana kan. Apapun, doakan kejayaan saya untuk exam next week ye. Jaga diri bak-baik ye, kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat