Kuala Terengganu- Pasar Payang- Masjid Kristal- Losong
Kata orang, menyelam sambil minum air. Akhirnya, saya menjejakkan kaki juga ke Terengganu. Tujuan utama ke sana adalah untuk menuntut ilmu (Menuntut damainya ilmu di Darul Iman). Alang-alang dah ke sana, kami semua berjalan-jalan menikmati alam sambil berbelanja. Kalau saya, berposing sakan dengan kamera. Berbelanja kurang sikit sebab tak apa sangat pun yang nak dibeli kecuali makan je, hee. Mujurlah kaum keluarga faham akan perangai saya yang tak reti penat bergambar. =D
Kami sampai di Terengganu dekat nak subuh. Singgah kat Masjid Tok Ku Tuan Besar, Kuala Terengganu untuk membersihkan diri dan bersolat. Jam menghampiri ke angka 7, kami bergerak mencari sarapan. Rata-rata daripada penumpang bas nak makan nasi dagang (Macamlah kat KL takde, hee). Mungkin sebab nak rasa aura Terengganu kot sebab tuh duk mencari-cari nasi dagang. Beruntung siapa yang pandai masak nasi dagang. ;)
Pelbagai nasi lemak daripada pelbagai pembuat.
Tak jumpa kedai makan yang jual nasi dagang, singgah je lah kat mana-mana kedai makan yang boleh muat 40 orang serentak. Maka, kedai makan yang jual makanan seperti di atas menjadi pilihan. Abah pesan roti canai macam biasa. Ahli keluarga yang lain tak turun dari bas sebab makan nasi himpit dengan ayam masak merah dalam bas. Siap bawak bekal. Mantap dan bagus. ;) Mereka hanya memesan kopi o panas. Yang menjadi
Pertama kali tengok ladies gambar baju kebaya. Selalu tak kan? :D
Jakun lah sikit saya nih.
Rupanya kat belakang Hotel Seri Malaysia nih ada laut.
Ambil gambar di sini sekejap sambil merehatkan mata yang mengantuk.
Motif? Tak pasti.
Ambil gambar lagi, berdekatan Pasar Payang.
Kami nih tak masuk ke pasar tuh sebab takde apa nak dibeli.
Berposing jelah kerjanya.
2 gambar di atas berdekatan dengan laut.
Tak tahu laut tuh namanya apa. Tettt. T____T
Inilah lautnya. Hee.
Happy Family. Barakallah. Ameen.
Excluded me and Uda sebab tukang ambil gambar.
It's Masjid Kristal.
Alhamdulillah, selesailah perjalanan ke sana.
Eh, belum lagi. Lepas tuh, kami ke Losong. Buat apa? Mencari kerepok lekorlah. Teruja saya melihat gerai-gerai menjual keropok lekor. rugi pula rasanya tak ambil gambar kedai tuh. Tak sempat nak ambil sebab fikir nak makan dan beli keropok lekor je. ^_^' Teruk betul kan. Rezeki tuan kedai keropok tuh. Entah berapa banyak keropok yang dah terjual dek kami yang datang 1 bas bagai segerombolan sekumpulan manusia yang kelaparan keterujaan. Dah lupa apa penjodoh bilangan yang sesuai. Psttt... Psttt.. Kak Iman, tolong betulkan ye kalau tatabahasa Angah nih salah. hee.
Perjalanan pulang dirasakan agak lama berbanding pergi. Apabila bas melalui lebuhraya, 1 sms masuk. Daripada umi. Mata saya terus dibulatkan. Driver bas mengantuk ke? Saya perhatikan pemandu, kelihatannya mengantuk. Saya dapat perhatikannya sebab saya duduk depan sekali, teehee. Jadi, saya tak dapat nak sambung tidur sebab risaukan driver bas. Caring tak? (^_^)' Apapun, bas selamat tiba di KL lebih kurang jam 2 pagi. Alhamdulillah. Saya selamat tiba di rumah jam 3.30pagi. Umi dan yang lain-lain tiba jam 4 pagi. =D. Sekian, melaporkan.
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)