Wahai Muslimah, Jadilah Pejuang Agama Allah!

Assalamualaikum wbt,


Hari nih ana berkongsi apa yang sahabat ana kongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Ini adalah sedikit seruan daripada pengisian Majlis Jamuan Raya MHTM 2010. Semoga ana melakukan perkara-perkara yang diseru, InsyaAllah. Pengisian penuh mungkin di post yang akan datang. (Banyak sangat entri tertungguk, huhuhu.)

Penceramah menyeru yang hadir untuk menjadi pejuang agama Allah. Maka untuk menjadi pejuang agama, wanita perlu:

1.Aqidah yang kuat yang akan menjadi motivasi yang kuat.

2.Kesungguhan atau fokus dalam perjuangkan agama Allah.

3.Menjadi aktif-semua yang kita ada, segala sarana yang disediakan digunakan untuk meraih redha Allah.

4.Competative (berdaya saing)
-selalu kejar yang terbaik, terutama, terbesar dalam menegakkan khilafah-tajul furud (perintah yang paling tinggi).

5.Bertaqwa

6.Jama'i- ambil berat atas urusan orang lain, bukan kikir/bakhil untuk membantu umat Islam. Seburuk-buruk sifat bakhil adalah seseorang yang bakhil mengejar pahala, bakhil mengejar syurga.

7.Kuat dan cekal.
-tidak mudah putus asa. Sentiasa ambil iktibar daripada kisah sahabiah.
-tidak boleh sentimental.
Berani melawan arus- ditambah lagi dari arus yang jauh dari Islam.
-tidak boleh manja.
-tidak boleh ikut angin. Apabila dakwah menguntungkan, kita buat. Jika tidak menguntungkan, kita hanya berehat-rehat.
-tidak boleh lembik.
-keazaman yang tinggi.

Marilah bersama-sama bersungguh-sungguh mengejar pahala. Ketaqwaan adalah lebih dari sekadar kemewahan hari raya.


"Wahai orang-orang yang beriman,penuhilah seruan Allah apabila Allah menyeru kalian kepada sesuatu yang membawa kehidupan kepada kalian..."

Tambahan oleh sahabat lain tentang Tarbiyyah.



Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan halaqah, usrah, taaruf contact, program dakwah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut halaqah hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Nota: Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.(As-shoff:2,3)

T_T Naudzubillahimindzalik!

2 comments:

  1. salam'alayk

    suka la baca entri ini..motivate diri..best..

    keep it up

    ReplyDelete
  2. Wslm,

    terima kasih sebab suka..

    untuk motivasi diri sendiri jugak..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat