Cukai! Oh, cukai!

Assalamualaikum semua, hee..

Pagi-pagi dah update entri, sangat bersemangat saya nih. Baru sahaja balik dari jalan-jalan makan angin. Setiap kali keluar rumah, mesti kena sediakan duit syiling, paling tak pun duit kecil. Sebab kena bayar tol. Gerak dalam 2-3 km, tol. Kejap-kejap tol. Menci.. Menci.. Boleh baca sini kenapa saya mencik sangat.. Huhuhu.


Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN

SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim.

Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama

Sumber :  Utusan Online, 21/06/2011

Cukai Haram Di sisi Islam [Klik untuk sumber asal.]

Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti  Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis!! Wallahu a’lam.

7 comments:

  1. itulah reality dik..kte kena bayar cukai bg yg bekerja...aduhai..aduhai

    ReplyDelete
  2. jom berubah. undilah pemimpin yang menjalankan hukum islam berlandaskan alquran dan sunnah ^^ takbir!!

    ReplyDelete
  3. cukai2 . . saatnya khalifah menghapusknnya

    ReplyDelete
  4. kak Mia-Ina,

    dalam realiti sekarang memang kita kena byr cukai kerana kita telah hidup di dalam sistem sekular kapitalis di mana cukai merupakan salah satu pendapatan negera.

    Tapi kalau kita kaji sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, cukai bukan sumber pendapat negara. Cukai (baca: jizyah) hanya dikutip dari kafir zimmi shaja..

    Kita boleh ubah semua nih, kak Mia-Ina.

    ReplyDelete
  5. yana-feehily,

    marilah kita berubah dengan mengubah sistem yang ada. Bukan dengan hanya mengubah pemimpin tapi melaksanakan sistem yang sedia ada (sekular kapitalis).

    Jika kita hanya mengubah pemimpin umpama sebuah bas yang rosak ditukar pemamdu..

    ReplyDelete
  6. shidah2020,

    ukhti benar.. saatnya Khilafah ditegakkan.. Takbir!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt
    Memang cukai tidak ada dalam Islam tetapi oleh kerana kita hidup dibawah sistem Dajjal, banyak kebenaran didustakan dan banyak kekeliruan diwarwarkan sehingga manusia akan menganggap cukai tersebut merupakan kebaikan. Walhal lahirnya Rasulullah saw dilahirkan utk menghapuskan segala bentuk belenggu dan rantai termasuklah adat istiadat Melayu Jahiliah, pantang-larang org tua, ufti, cukai dsb. Surah Al`Araaf:157وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡ
    dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka
    Sistem skrg telah men`doktrinate` atau `istafzis` pemikiran manusia spt berlaku dlm zaman Fir`aun sehingga menganggap pemerintahan mrk adalah terbaik w/pun telah jelas kezaliman, pembunuhan, keonakan ahli2 sihir dan tentera2 yg bermaharajalela. Surah AlIsra`:64 وَٱسۡتَفۡزِزۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتَ مِنۡہُم بِصَوۡتِكَ وَأَجۡلِبۡ عَلَيۡہِم بِخَيۡلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ وَعِدۡهُمۡ‌ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا Dan tipiskanlah fikiran siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
    Malah lebih buruk lagi, apabila hidup dlm sistem `pejam mata` Antughmidhu fiihi dimana cukai diganda2kan dan org2 mewah mengaut sebanyak mungkin kekayaan yang ada! Wallahualam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat