Malu dan Keutamaannya

InsyaAllah, ini adalah entri penutup tirai 2010. Semoga entri ini akan membuat kita semakin malu akan dosa-dosa telah kita lakukan dan mungkin juga akan kita lakukan untuk hari-hari seterusnya. Diharapkan perkongsian ini boleh menyedarkan kita akan tahap keimanan kita sebagai hambaNya. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tapi disandarkan akan kelemahan saya sendiri sebagai seorang manusia..


Dari Ibnu Umar (semoga Allah meredhai keduanya) bahwa Rasulullah SAW bertemu seseorang di antara kaum Ansar yang sedang menasihati saudaranya terkait sifat malu, (kerana ia begitu pemalu hingga banyak hak-haknya yang tidak terpenuhi, maka saudaranya itu pun marah). Melihat itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Biarkan ia (dengan sifat malunya itu) sebab malu itu sebahagian dari keimanan.”  
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Dari Imran bin Hushain (semoga Allah meredhai keduanya) yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malu itu tidak akan mendatangkan (sesuatu), kecuali kebaikan.” 
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Sedangkan dalam riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Malu itu semuanya adalah kebaikan.”

Dari Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Iman itu memiliki tujuh puluh tiga lebih atau enam puluh tiga lebih cabang. Sedang yang paling utama (tinggi) adalah ucapan ‘Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah’; sementara yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan (batu, duri, kotoran, dll) dari jalan. Dan malu itu merupakan cabang dari keimanan.” (HR. Al-bukhari dan Muslim).

Dari Abu Sa’id al-Khudri (semoga Allah meredhainya) yang mengatakan:

“Rasulullah SAW lebih pemalu dari pada perawan yang sedang dalam kamar peribadinya. Ketika beliau melihat sesuatu yang dibencinya, maka kami melihat hal itu dari wajahnya.”  
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Para ulama mengatakan bahawa hakikat malu adalah tabiat (kebiasaan) yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan atau apapun yang buruk, keji dan cabul, serta mencegahnya dari mengabaikan hak orang lain.

Abu Qasim al-Junaidi (semoga Allah merahmatinya) berkata: “Malu adalah melihat berbagai kenikmatan dan melihat buruknya lalai terhadap perkara yang buruk, keji dan cabul. Kemudian dari keduanya itulah akan lahir suatu keadaan yang disebut dengan al-haya’, malu.” (Imam Nawawi, Riyadhush Shalihin, hlm. 145).

Sumber:  www.hizb-ut-tahrir.info, 16/11/2010.
Diambil dari : http://hizbut-tahrir.or.id/2010/11/22/nafaits-tsamarat-malu-dan-keutamaanya/


Malu seperti kucing.. wee.. 
Tak minat kucing macam si comel Ilham.


Mungkin artikel ini sesuai untuk tajuk saya pada hari ini.
Semoga kita mendapat ibrah 
dan berfikir dengan kritis tentang pemimpin-pemimpin umat Islam.
Sila klik pautan di bawah.

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Anda pernah dengar atau baca tentang Oh! Media tak? Tak pernah? Ishh.. ishhh.. Saya pun tak pernah tahu tentangnya. Tapi ada sesuatu yang buat saya suka Oh! Media Network. Nak tahu tak apa tuh Oh! Media Network? Of course nak kan.. kan.. kan.. Meh sini saya beritahu kat kalian.

Oh! Media Network, is a growing web development company in Malaysia. We produce much projects, webs and multimedia projects from the ground-up, from producing engaging designs and user interfaces to developing interactive, dynamically-driven of fun!


Oh! Media ada buat contest mudah. Syarat-syaratnya pun mudah je. Semudah blogwalking. Eh, tak! Susah jugak BW nih. Semudah apa ya? Semudah inilah.

1. Sertai lebih 220 ribu Followers di Oh! Media di Facebook (http://facebook.com/ohmedianetwork)


2. Buat satu entri di blog anda bertajuk “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” dan di dalam entri anda (tidak kiralah berapa panjang pun), anda perlu menyertakan sekurang-kurangnya 5 point kenapa anda menggemari Oh! Media Fanpage di Facebook. Dan pastikan anda menyertakan link untuk pembaca klik terus ke fanpage kami.

3. Sertakan sebarang screenshot fanpage Oh! Media atau gunakan profile picture Oh! Media di Fanpage. Jangan biarkan entri anda tanpa sebarang gambar (bosan = tolak point)

4. Selepas publish, hantarkan email anda kepada kami melalui support@ohmedia.my dengan subjek “Penyertaan Contest Oh! Media”.

Sebab PERTAMA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Video di atas adalah permulaan perkenalan saya dengan Oh! Media. Memang kelakar iklannya. 'Tabik spring lah sama lu'. Tak pernah ada mana-mana media yang saya tahu mempunyai inisiatif seperti Oh! Media untuk memaparkan video-video sebegini. Harap-harap adalah lagi video-video yang kelakar tapi mempunyai moral dan pengajaran demi kesihatan kita. ;) Pssttt.. Jangan lupa klik sini kalau nak check out video-video di FB Oh! Media.

Sebab KEDUA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Banyak informasi yang boleh diperoleh melalui Oh! Media Network. Tengok je gambar kat atas nih. Ada tentang adab-adab dalam Islam menerusi Oh!Islam (sila klik sini ) dan juga basikal dengan stereng di Oh! Tidak (sila klik sini pula) Kesimpulan sebab kedua adalah Oh! Media Network macam-macam ada. Hee. Tak mau dah cari yang lain. Lupakan yang lain. (Iklan Daia pula).

Sebab KETIGA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Biasalah, kalau follower ramai, boleh ada ramai kenalan kan. Ini menjadi antara sebab mengapa saya suka Oh! Media Network. Kata orang, berkawan biar seribu, bermusuh tiada satu. Entah betul entah tidak macam nih kata orang. Lupa dah. Tapi lebih kuranglah kan.

Sebab KEEMPAT Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Sungguh tidak ketinggalan. Oh! Media Network juga ada pemberitahuan tentang buku-buku. Siapa yang ulat buku, memang tak salah menjadikan Oh! Media Network sebagai 1 medium mudah untuk mengetahui buku-buku di pasaran. Biarpun saya bukanlah ulat buku tapi sedikit sebanyak saya tahu jugalah tentang buku-buku yang dipromosikan oleh Oh! Media Network sebab saya ulat laptop :D

Sebab KELIMA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Enough said, memang terhibur. Notes yang santai dan mencuit hati. ;) Jadi, jangan lupa untuk suka akan Oh! Media Network (http://facebook.com/ohmedianetwork).

Nak tahu lebih lanjut tentang contest, klik http://ohmedia.my/contest-mudah-mengenai-oh-media/. Dan 10 pemenang utama akan menerima hadiah daripada Oh! Media Network berupa:



Hadiah Pemenang 1 hingga 3
- 1 set mug limited edition Oh! Media.
- 2 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM450 untuk setiap seorang.

Hadiah pemenang 4 hingga 10
- 1 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM400 untuk setiap seorang.

Biarpun anda bukanlah antara 10 pemenang bertuah, anda tetap akan menerima hadiah berikut. Jadi jangan takut untuk menyertainya.

Penyertaan selebihnya (Saguhati)
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Jumlah hadiah berjumlah RM300 untuk setiap seorang.

Satu penyertaan paling awal diterima walaupun anda tidak menang
- Menerima 1 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM400 untuk setiap seorang.

Tarikh tutup contest mudah ini adalah 
pada 31 Disember 2010 jam 11:59 malam.

Setiap Filem yang dipaparkan, ada Kesan yang perlu difikirkan..

Saya tidak menggemari filem-filem Melayu. Itu adalah fakta. Tapi filem-filem Melayu yang ada nilai sentimental, saya suka. Okeyh.

Saya lebih suka filem aksi dan sains fiksyen. Pastinya bukan filem Melayu. Baru-baru nih saya menonton 2 filem ini. Bukan di pawagam tapi di depan laptop sahaja. Hee.
I Now Pronounce You Chuck & Larry (Two straight, single Brooklyn firefighters pretend to be a gay couple in order to receive domestic partner benefits.)


The Back-up Plan (A romantic comedy centered on a woman who conceives twins through artificial insemination, only to meet the man of her dreams on the very same day.)

Dua cerita nih mengandungi kesan yang negatif kepada masyarakat. Pertamanya, perbuatan gay yang dibolehkan di luar negara. Ini memberikan jalan yang luas buat pengamal gay untuk bebas bertingkah laku di khalayak umum. Kedua, mengandung tidak melalui pernikahan dengan alasan inginkan sebuah keluarga dan perhubungan sebelum kahwin. Ini juga akan menjejaskan sebuah keturunan manusia. 

Apakah perbuatan ini dibolehkan di dalam Islam? Sudah tentu jawapannya tidak boleh kerana HARAM. Boleh baca sini untuk maklumat lanjut, Bank Sperma, dan sini. Baca ye, jangan tak baca pula. Banyak lagi nak tulis sebenarnya, tapi mata dah letih dan sudah mula pening.

MESTI Baca: Hakikat Undang-undang Syariah Malaysia

Selepas kelas berakhir tadi, saye terus menaiki bas ke kolej utama. Selesai urusan di sana, saya menaiki bas yang sama. Ketika saya melalui pondok menunggu bas, saya ternampak satu poster, Jauhi Zina. Sejak akhir-akhir nih, selalu juga saya nampak poster-poster sebegini. Dan yang pastinya, di kolej saya. Hee.

Apakah hanya dengan kempen-kempen dan penampalan poster-poster seperti Jauhi Zina ini, perbuatan zina atau seks luar nikah akan berkurangan? Apakah umat Islam tidak tahu yang berzina itu hukumnya HARAM? Saya yakin dan percaya hampir kesemua umat Islam tahu akan hukumnya. Tapi sejauh manakah kefahaman umat Islam bahawa zina hanya boleh dielakkan atau dikurangkan dengan adanya HUKUMAN selain ketakwaan individu dan kawalan masyarakat? Mengapakah undang-undang Islam yang digubal tidak menjamin kekurangan kes penzinaan bahkan semakin hari semakin berleluasa?

Nah! Inilah realiti para intelektual Malaysia.

anti-zinaanti-zinaUndang-undang Islam tak cukup mantap tangani kes zina, kata pakar

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.  Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.  “Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.  “Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini. 

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.  “Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.  “Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.  “Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.  Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.  “Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.  “Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.  “Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insider 17/12/10

Golongan intelektual masih malu-malu untuk menyatakan kaedah perlaksanaan “Undang-undang Syariah” di Malaysia telah menyimpang daripada Islam.

Jika para golongan intelektual hari ini masih terus malu-malu untuk mengatakan bahawa kaedah perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia pada ketika ini telah menyimpang daripada kaedah perlaksaan yang sebenar, maka selagi itulah segala permasalahan yang sedang berlaku pada hari ini akan terus berpanjangan dan tidak ada titik noktahnya. Masyarakat akan terus dikaburi dengan pemikiran yang salah. Pemahaman mereka terhadap Islam akan terus tersasar sehingga akhirnya mereka merasa selesa dengan cara hidup Kapitalisme sepertimana yang kita saksikan hari ini. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan yang saat ini sedang mereka jalani adalah sebenarnya suatu kehidupan yang senantiasa mengundang murka Allah SWT.  Hanya dengan melaksanakan sebahagian kecil undang-undang syariah dan seluruh kehidupan diatur oleh undang-undang dan sistem kehidupan yang bukan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, ianya jelas mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Ini berdasarkan firmanNya:

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat". [TMQ al-Baqarah (2) : 85]

Buatlah apa sahaja program, sama ada seminar, muzakarah, konvensyen dan seumpamanya dengan tujuan kononnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam kehidupan manusia hari ini, namun jika majlis-majlis seperti itu tidak berani menyatakan kebenaran dan perkara yang hak malahan bersikap lunak dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah yang ada hari ini, maka selagi itulah masyarakat akan terus berada di dalam terowong kegelapan. Untuk itu, bagi umat Islam tidak ada pendekatan yang lebih baik selain daripada kembali menerapkan Islam secara menyeluruh(kaffah). Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. [TMQ Al Baqarah (2) : 208] Hanya Khilafah penyelesaiannya.

Diambil dari :  Hakikat Undang-undang Syariah Versi Perlembagaan Malaysia Makin Lapok Dek Zaman

seronok.. bahagia..bersyukur..dan berdoa

Syukur.. 
Gembira..
BB saya dah ditambah 5GB. 
Agak tidak lambat untuk loading macam semalam.
Branch Celcom berpindah. Dari Menata Celcom ke Jalan Pahang.
Alhamdulillah, selamat tiba.

Seronok.
Tak dapat nak digambarkan dengan tulisan di entri nih walaupun hanya taipan laptop sahaja yang keluar.
Hee.
Apapun. Syukur.

Bahagia seperti kanak-kanak kecil di atas.
Comel sangat.


Okeyh, ini daripada ukhti Cahaya Azyla
Syukran ya ukhti.

Tips-tips untuk Kawal Perkembangan Naluri Seksual anak

Di tengah arus kehidupan yang liberal, tidak boleh dihindari adanya rangsangan terhadap naluri seksual yang sedemikian subur. Tayangan lucah kita temui di mana-mana. VCD dan DVD porno laris terjual di jalanan dan tempat-tempat yang mudah diperolehi. Perempuan-perempuan biasa menampakkan aurat di depan umum tanpa ada segan silu, malah menampakkan susuk tubuh yang dikatakan cantik sebagai suatu kebanggaan tanpa rasa bersalah dan dosa.

Ketika ini, para pemuda mesti menghadapi kenyataan bahawa tenaga yang semestinya mereka fokuskan untuk berkarya dan berprestasi sebagai hamba Allah terpaksa mesti dialihkan untuk menahan gejolak syahwat yang berpeluang muncul pada bila-bila masa. Kecanggihan teknologi memberi kemudahan untuk berkomunikasi dengan sesiapapun, termasuk dalam mengungkapkan rasa dan gejolak ini kepada lawan jenis. Komunikasi menerusi telefon bimbit atau dunia maya diikuti dengan pertemuan hingga mengarah kepada pertemuan secara fizikal dan penyaluran keperluan seksual. Inilah yang sering dikaitkan oleh masyarakat dengan istilah “kekasih”.

Saat ini, telah dimaklumi bahawa para ibubapa menghadapi waktu yang kritikal dalam mendidik anak dengan situasi persekitaran begini. Seorang ibu dituntut untuk memahami karektor dari setiap naluri, termasuk naluri seksual; kemunculannya dalam diri anak dan cara pengendaliannya menurut Islam.

Seorang ibu juga mesti dapat mengikuti perkembangan zaman dan teknologi agar dapat mengawal ruang lingkup pergaulan anak hingga dapat mengesan seawal mungkin jika si anak mulai berkomunikasi dengan lawan jenis seperti melalui telefon bimbit atau facebook.

Perkara yang paling penting adalah menanam nilai-nilai agama yang kuat dalam keluarga serta komunikasi yang lancar antara anak dan ibubapa hingga tiada masalah anak yang tidak diketahui oleh ibunya. Anak juga harus menanamkan rasa kepercayaan yang tinggi dan selesa semasa mencurahkan isi hati terhadap ibu bapa, tidak malu ataupun takut saat mengungkapkan setiap gejolak yang dialaminya terhadap lawan jenis. Si anak percaya bahawa ibunya mampu menjawab segala masalah dan memberikan penyelesaian yang bijak dan sesuai dengan tuntutan Islam. Inilah yang akan menumbuhkan keperibadian Islam anak; perkembangan naluri-nalurinya senantiasa seiring dengan perkembangan pemikirannya. Ibunyalah yang paling berperanan dalam hal ini.

Berikut adalah antara tips-tips atau langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengawal perkembangan naluri seksual anak, terutama agar anak boleh dicegah dari ‘berkasih-kasihan’.

Pertama. Kuatkanlah akidah anak dengan mengajak berfikir tentang kehidupan, tujuan Allah menciptakan manusia, maklumat tentang sifat manusia, cara pemenuhan potensi hidup manusia menurut Islam serta akibat pemenuhan yang tidak sesuai dengan aturan Allah Subhanahu wa Ta’ala, batasan pergaulan di dalam Islam seperti kewajiban menundukkan pandangan, menjaga aurat, tidak berkhalwat, dan lain-lain. Ini dalam rangka membentuk piawaian Islam dan membina pemikiran anak dalam menghadapi kemunculan naluri seksual.

Kedua. Wujudkan suasana rumah dalam persekitaran ibadah yang kuat dan saling beramar ma’ruf nahi mungkar antara ahli keluarga. Biasakan melakukan qiyamul lail, tadarus al-Quran dan puasa sunat bersama-sama bagi memperkuatkan hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala hingga muncul rasa hubungan yang dekat dengan Allah sedekat leher dengan urat ‘nyawa’ dan merasakan Allah sentiasa mengawasi kita.

Ketiga. Ajaklah anak berkomunikasi dan berfikir tentang masa hadapan dan cita-citanya dan mengatur strategi serta matlamat-matlamat untuk mencapai cita-cita tersebut. Dengan cara ini, kita akan dapat mengesan lebih awal, apa sahaja cara yang dapat mengesan perkara-perkara yang boleh mendukung atau perkara-perkara yang boleh membuat menghambat cita-citanya, termasuk dapat mengenalpasti kemunculan naluri berkaitan naluri seksual

Keempat. Motivasi dan tanamkan jiwa kepimpinan dengan aktif berorganisasi, beri motivasi untuk selalu meningkatkan prestasi diri, berkarya dan maju. Juga dapat dilakukan dengan memberi contoh apa yang telah diusahakan dan dihasilkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu ’Alaihi wa Sallam, ulama dan ilmuwan Islam dalam usia muda. Harapannya, anak akan memiliki idola yang selalu menjadi ikutannya.

Kelima. Penuhi anak dengan kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa dan saudara sebagai bentuk lain dari penyaluran naluri seksual sehingga dapat mengurangkan kemunculan naluri terhadap lawan jenis pada usia yang lebih cepat.

Keenam. Amalkan dan biasakan untuk sentiasa berkomunikasi dengan anak, tidak menganggap tabu untuk membahas isu sekitar masalah naluri jenis ini. Apabila perlu, berilah contoh langsung bagaimana secara praktik pengalaman-pengalaman mengendalikan naluri seksual dalam usia yang relevan dengan batas-batas syariat.

Ini adalah di antara perkara yang boleh dilakukan oleh kaum ibu dalam menjalankan kewajiban membentuk keperibadian Islami dalam diri anak dan menghindari diri anak dari dikendalikan oleh selain aturan Islam. Seterusnya dapat menyalurkan naluri yang dianugerahkan Allah pada jalan yang hak dan menghindari diri dari gejala sosial yang melanda umat hari ini.

Sumber : fikratulummah.blogspot.com

Award lagi.. - Blog Cantik & Menarik, Beautiful BINGO Blog dan Special Award

Memang tak rajin.
Tapi merajinkan diri sebab nak publish jugak entri nih.
Kesian teman-teman yang dah tag tapi saya lambat jawab.
Maaf ya. =(

Blog Cantik & Menarik


1. Apa pandangan awak terhadap blog Atika Aula?
Belog yang mempunyai warna purple sebagai warna utama, memiliki warna-warna lembut bercirikan kewanitaan, comel dan kreatif.

2. Kenangan manis dalam hidup awak?
Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya. Mana yang indah di ingatan saya, comel seperti kanak-kanak riang Ribena, menggamit rasa gembira sampai nak nangis seperti kanak-kanak melihat dunia, melihat kedua org tua dengan penuh kasih sayang dan manis seperti gula-gula adalah kenangan manis saya.

3. Kenangan pahit dalam hidup awak?
Kalau pahit kata orang seperti hempedu. Tapi ntahlah, saya tak pernah pula termakan hempedu. Teman-teman pernah rasa ke? Tapi bagi sayalah kan, selagi tidak tertegaknya satu sistem yang memberi rahmat ke seluruh alam yakni Daulah Khilafah Islam, selagi tidak terterapnya syariat Islam di muka bumi yang saya pijak ini, dan selagi cahaya Islam tidak tersebar ke seluruh pelusuk belahan dunia, selagi itulah saya sentiasa hidup dalam kenangan pahit. Anda juga merasainya, wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah.

4. Adakah awak dah berpuas hati dengan kehidupan awak yang sekarang?
Saya tidak pernah dan tidak akan berpuas hati. Sebab jawapan rujuk soalan 3. (^-^)V

5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi..
- Owh..apa ya?
- Ermm..
- Mendapat keredhaan Allah. Mohon didoakan ye teman-teman.

Diberi oleh : Shidah2020 (Kemuliaan Islam)

Beautiful BINGO Blog


1) Berikan satu nickname untuk saya. (pemberi award- dik Shiqa)
- Shiqa Afiqa cute miut.

2) Ucapan pemberi award
- Thanks sebab sampai jugak ke belog akak. Shiqa baru je singgah dan BW dah bagi award tentang belog akak yang tak seberapa nih. Agaknya memang cantik kot biru dengan akak di mata adik ye. Hee

3) 6 fav artis/group yang kowang minat
- Biarlah rahsia.. Opsss.. Sebenarnya lebih suka mendengar lagu-lagu daripada meminati penyanyi itu sendiri. Sebab lagu yang dinyanyikan oleh seseorang penyanyi bisa berubah-ubah. Jadi, menggemari lagu adalah lebih baik daripada penyanyi itu. ;)

4) Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower... (untuk award Blog Cantik & Menarik, Beautiful BINGO Blog)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Sesiapa yang sudi terima award nih, silalah ambil. Saya gembira anda sudi menerimanya. Thanks.

Diberi oleh : duniashiqa (sini)

Special Award

Photobucket

Daripada : Kemuliaan Islam

Extreme desire for Shopping Online until I satisfied..

First time I online for shopping is the last semester 2. I bought 2 jubahs from wanitamelayu.com. Just click this link to go to the forum. But the official website of the jubah is here, GOBOK http://www.ethaweddingservices.com/. The design of the jubahs are really nice and affordable to me. Moreover, the color of the jubah actually attracted me to buy which is black and white. After I received the parcel safely, I became crazy to shop again via internet.

Then, i ordered cupcakes from this blog, Bake Me Cupcake. The cupcakes very delicious. For those who want to order, just tell the baker. She is really nice. A few weeks later, many muslimah talked about abaya especially kakchik. Here is her blog that i read about, Keluargaku Sayang. I searched website that has named Jubah. The website belongs to Jubah Lovers. But it seems that the blog has supplier to sell the jubah/abaya. So, i search the supplier and it is Abaya Maratussolehah. Here, I shop a few jubahs such as denim jubah, jubah dubai, abaya etc. At the moment, my grandma just back from Mecca and brought for us jubah jeans. Since that, I was falling in love on jubah jeans/denim. And the blog that I told just now provide the jeans/denim.

From that, I became so erratic about the beautiful and elegant abaya. I shopped there many times until i got special price. I got cheaper price and also Maratussolehah Bag. Hee. I was very excited. Can you imagine that kind of feeling? I also bought tudung from shopping online. And the website that i prefer is, Tudung Nur. Since I am wearing 'tudung bidang 60' (i don't know what we call it in English), Tudung Nur provide the kind of tudung. Again, i love so much and it really suits me. What else? Errmmm... At this moment, only these things i want to share. See ya next time if i want to write in English. 

Over 30 Minutes, I'm OuUUTT..

Pertamanya, saya nak minta maaf kepada teman-teman yang tag saya untuk mengambil award. Saya dah ambil award yang kalian berikan, cuma saya tidak sempat untuk menulis apa yang kalian minta. Entri award telah saya buat tapi disimpan sebagai draft. Hee. Kalau saya mendapat idea dan mampu menjawab soalan yang diberikan dengan baik dan ringkas, InsyaAllah saya akan publish sesegera mungkin.

Keduanya, saya hanya ingin bertanya kepada yang tahulah. Iklan JIPABAN di belog saya nih, sebenarnya untuk apa ya? Saya tahu ia adalah the largets online shopping mall in Southeast Asia tapiii.. apa yang nak dishopping tak syarie. Jadi, mana mungkin saya bercerita tentang ia. Kenapa, akan saya beritahu di penghujung entri ini.

Ketiganya, saya seharusnya ceritakan tentang hal ini sejak minggu lepas tapi saya kurang rajin. Ia tentang I <3 U lah.. Eh bukan, restauran I <3 U corner di Perak. Macam gambar kat bawah nih.. Tulah nama restaurannya. Bukan nak cerita banyak, sekadar nak meluahkan perasaan tak puas hati. Bukan tak puas hati dengan masakan sebab makanannya memang superb delicious okeyh. Tapi kerana servis yang diberikan di restauran tersebut. Bagi mereka-mereka yang pernah singgah makan di sini waktu malam, mungkin sudah merasainya. 


Apa yang tak kena sebenarnya? Mari kita roger-roger kat sini ye, Nyanyian Itu Membingitkan Telingaku... Kalau dah roger kat situ, ini pula penambahan daripada saya. Tapi kalau tak faham apa yang cuba saya sampaikan, please let me know wokeyh.

Konsep tentang kehidupan sosial masyarakat, antaranya manusia perlu menutup aurat merupakan hadharah Islam. Sementara, pemikiran bahawa manusia itu bebas bertingkah laku, berkhalwat, berzina dan melakukan apa sahaja sekehendak hatinya hingga wanita boleh tidak bertudung, berpakaian singkat dan seksi dalam kehidupan umum di tengah-tengah masyarakat, berlenggang-lenggok semasa bernyanyi, semuanya adalah hadharah kufur/Barat yang timbul dari majmu’ al-mafahim (sekumpulan konsep/pemahaman) mereka tentang kehidupan, yakni ‘kebebasan’. Wanita pada pandangan mereka hanyalah alat pemuasan nafsu seks lelaki dan pelaris jualan, bahkan berkeadaan telanjang bagi mereka adalah satu seni. Ini bercanggah sama sekali dengan hadharah Islam, yang mana dalam Islam langsung tidak ada konsep ‘kebebasan’ dan Islam memandang wanita sebagai aurat yang perlu dijaga. Setiap Muslim adalah orang yang ‘terikat’ dengan hukum syara’ dan tidak boleh keluar dari batas yang Allah telah tetapkan. Hadharah Islam menyatakan bahawa Muslim tidak bebas, tetapi terikat dengan hukum Allah.

Wahai kaum Muslimin! Apalah gunanya ada fesyen Islam jika orang yang bercakap itu sendiri tidak pernah berfesyen (menutup aurat) sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam? Apalah gunanya fesyen Islam yang berkualiti jika si pemakainya langsung tidak ‘berkualiti’ di sisi Allah malah merupakan pelaku maksiat? Semua itu adalah tidak berguna di sisi Allah kerana apa yang Allah lihat adalah pada amal perbuatan seseorang (sama ada mengikut perintah dan larangan Allah atau tidak) dan Allah sekali-kali tidak melihat kepada ‘cap Islam’ yang diguna atau pakai oleh seseorang. Sebagai khatimah, marilah kita mengambil iktibar dari pesanan Rasulullah SAW yang amat berguna kepada umatnya di akhir zaman ini,

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [HR Baihaqi].

Albi Nadak is a JIWANG song from Arab.. Hee

 Albi Nadak

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

[Gambar] Bila Ilham bertemu Encik PISANGGGGGG..

Mari kita tengok gambar-gambar je. Harap ibu bapanya tak marah. Hee


Ok. Ini Ilham. Dia minum susu botol kecik je. Lupa untuk berapa mL. Tapi memang sikit je dia minum. Itupun lambat sangat nak tunggu dia habiskan sebotol kecik tuh. Fuhh.

Buat masa nih kalau drive car, dia duduk sebelah diam je. Macam gambar kat atas nih. Baik je kan tak bergerak-gerak atau merengek-rengek nak keluar. Alhamdulillah. Tapi mamanya masih dalam mood standby kalau drive. Takut jugak kalau tetiba dia nangis, tak reti mama dia nak buat apa. :D


Inilah aksinya bila nampak pisang. "Canggg.." Itulah perkataan yang akan keluar dari mulut kecilnya. Tangan comelnya menangkap encik pisang. Aksi ini sengaja diambil oleh mama-mamanya sebab tahu si kecil gemar sangat akan encik pisang. Badannya semakin menghampiri encik pisang.


Tak sabar-sabar si Ilham nak ambil pisang. Siap nak bangun dari troli untuk ambil sebiji. Mama-mamanya dah tergelak sakan walaupun gambar mama-mamanya tiada di dalam entri ini. :D Apa yang pasti, apabila mamanya nak letak encik pisang dalam troli, si kecil ini terus hendak memasukkan pisang ke dalam mulut dengan kulit-kulit sekali. 
 
Hahahahaha. Gelak jelah mama-mamanya. Tak sabar Ilham nak makan pisanggg.

Alhamdulillah, ya ALLAH!!


"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." (Al-Baqarah:152)

 “Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah, selagimana ia tidak bersyukur (atau berterima kasih) kepada sesama manusia.” (Sahih Ibnu Hibban)

Ya Allah kepunyaan-Mulah segala puji,
Engkaulah penegak langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya,
Kepunyaan-Mulah segala puji, 
bagiMu kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya,
untuk-Mulah segala puji penerang langit dan bumi untuk-Mulah segala puji,

Engkau haq dan janjimu haq (benar), firmanMu haq, syurga dan neraka adalah haq,
Nabi Muhammad SAW adalah haq, dan hari kiamat adalah haq.

Ya Allah, kepada-Mulah aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku bersandar hukum. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan maka ampunilah aku.

Rabbi auzi’nii an asykura ni’matakallatii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa an a’mala shaalihan tardlohu wa adkhilnii bi rohmatika fi ‘ibaadikash-sholihin. Irhamna Ya arhamarrohimiin.

“Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, serta memasukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. Kasihilah kami wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.” Amiin

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali ‘Imran [3]:145)

Kecantikan Luar Biasa yang Tiruan, Akhirnya Menjerat Diri.. Ingin Salahkan Siapa??

Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh sombong apatah lagi tidak peduli sama muslim yang lainnya. Apabila ada saudara yang melakukan kesalahan, kita tegur. Saya sangat risau apabila sudah menjadi trend terkini kepada para muslimah terutama yang muda remaja. Apa trendnya? Bermake-up dan berhias-hias dengan baju yang MasyaAllah, sangat menarik perhatian.

Menarik perhatian adalah isi utama yang akan dibahas di sini. Apa itu tabarruj? Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama ada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.     

Jubah fashion

Kaftan Jubah, i think.

Marwa Design Abaya

Contoh-contoh tabarruj

- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka). Kebiasaan ini berlaku di Malaysia kepada bakal pengantin wanita.
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Kata orang, mengikut peredaran zaman. Apakah benar dengan mengikut peredaran zaman, hukum syarak diketepikan walaupun berabaya atau berjubah?

Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira sama ada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Kata orang lagi, kita kena pakai style tudung ikut peredaran masa jugak. Mesti rakan-rakan muslimah tahu antara style-style tudung yang ada di Malaysia kan. Antaranya :

Tudung Ariani.
Model : Ikin

 Tudung Bienda

 Tak tahu tudung apa tapi jenis yang ada banyak ton warna dalam 1 tudung.

Semuanya cantik-cantik belaka kan? Jubah-jubah cantik. Tudung-tudung pun cantik. Saya pun suka. Tapi bolehkah memakainya di tempat-tempat umum? Nanti kalau saya pakai, ada tak yang menoleh untuk melihat saya? Kalau ada terutamanya lelaki, diri saya yang terjerat. Terjerat dengan apa? Terjerat dengan dosa sebab telah melanggar hukum syarak. Siapa yang tak takut? Saya takut.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang syar'ie.


Bermake-up juga satu hal. Memang akan nampak cantik kalau ada penyerlah wajah seperti ini. Lelaki mana yang tidak akan tertarik apabila wanita memakai make-up? Saya yang wanita juga tertarik. Kalau saya pakai untuk keluar rumah, mesti ada yang tegur. Siapa lagi kalau bukan abah dan adik lelaki saya. "Mu mana boleh pakai nih. Tabarruj." Even nak pakai pelembap bibir sebab bibir kering pun ditegur. Itupun lip balm yang tidak mempunyai warna sebab medicated seperti lip defense sabamed SPF30. Alhamdulillah, ahli keluarga saya faham. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang tak faham, malah menggalakkan pula untuk memakainya?

sabamed SPF30

Menarik perhatian adalah penentu sama ada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah SWT berfirman :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya” 
bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah SAW,  pernah bersabda, “Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]. 

Wahai sahabat-sahabatku Muslimah!! 

Janganlah kalian terpedaya dengan pesona dunia yang hanya menjerat kalian. Penuhilah perintah Allah dengan taat. Takutilah azab Allah. Jangan biarkan diri kalian tertipu dengan kecantikan palsu yang dijaja oleh orang-orang Barat. Sesungguhnya kecantikan yang dipamerkan hanyalah satu mitos yang tidak berpenghujung. Anda mampu mengubahnya.

Sumber gambar : semuanya daripada imej Google.

[Gambar] Oohh.. Ooohh.. Ooohh.. MAHA 2010 di Malam Gerimis..

Nampaknya MAHA 2010 dah habis semalam. (Kalau saya tak silap.) Boleh rujuk sini untuk penerangan lanjut, http://www.mahaexpo2010.com/ . Walaupun saya tak pergi secara keseluruhannya dan tak pernah berniat untuk ke situ, tapi alhamdulillah sempat juga merasa bau-bauan kurang enak si kambing jantan. Hee. Itupun secara kebetulan kerana abah memang teringin sangat nak pergi. Cuma acapkali dihalang oleh ummi.

Saya ke situ selepas pulang daripada menikmati pemandangan malam (subahanallah) beraromakan satay UK. Walaupun tidak menjamah, aromanya sahaja sudah mengenyangkan. ecece. Okeylah, mari kita lihat apa yang telah dilihat oleh abah bersama 2 orang anak gadisnya. 


Kambing. 
Baunya, masyaAllah maha busukk.. 
Tapi kerana nak dijadikan kenangan bersama encik-encik kambing nih, maka ambil jugalah 1 2 shoot. :D.
Actually, nak dijadikan bukti saya ke sini. 


Wonder juga kenapa ada macam nombor 1 2 3 dan 4 dekat lembu-lembu nih. 
Rupanya ada pertandingan ternakan. Saya takdelah faham sangat tapi abah tahulah kot. 

Hensem tak encik lembu nih? 
Hee. Dahlah putih, gebu jangan dicakaplah memang kesat kulitnya, besar mengalahkan kereta kancil tapi ada yang lagi besar. Nanti ye saya tunjukkan. Ohh ya lagi satu. Garang pun ye juga. So, siapa nak lembu ini?  Cepat-cepat, angkat jari kelingking. :D


ar-Raudhah Biotech Farm
Actually, inilah tempat yang bakal my best friend buat practical next sem.
Katanya dekat Ulu Kuang. Mostly, tempat nih ternak kambing. 
So, bakal usahawan kambinglah sahabat saya tuh. Amin. Untung-untung kalau saya nak buat korban ke apa, call-call jelah sahabat saya tuh kan.  Senang sikit.


Inilah pemenang tempat kedua. 
Bergaya tak dengan tali di hidung? ;P
Hensem hensem tapi masam mencuka je encik lembu nih. Kulitnya berwarna coklat. Coklat tuh kan juga menawan apa. Kihkihkih
Takut saya nak dekat. Matanya sungguh menggoda, kawan-kawan. 
Kalaulah my lil cousin ikut, mesti dorang lompat-lompat katak sebab kegirangan.
Okeyh, tipu je. 


Ini harga untuk lembu jantan Charolais. Memang hebat. Tapi tak tahu apa yang hebatnya. 
Tempat pertama lagi tuh. Hebat tak hebat lembu-lembu nih bertanding? ;P

Tapi encik lembu jantan Charolais nih sombong. 
Tengoklah gambar kat bawah nih. Saya jenguk sini, sikitpun dia tak toleh. Sob...sob...sob...
Asyik memejamkan mata sahaja. Macamlah saya nih tak cantik. ;P Atau dia perasan hensem je lebih? :D


Takpe takpe. Mentang-mentanglah dah dapat tempat pertama. Lupa lautanlah tuh.
Dia sombong sikit. Tengoklah nanti raya haji tahun depan. Waaa..


Okeyh. Kita beralih kepada encik kambing gagah perkasa lagi hebat dan besar. 
Huissh, tinggi betul kambing nih. Spesies apa pun saya lupa. Almaklumlah, macam susah sikit nak ingat baka-baka binatang ternak nih. 
Yelah, kalau abah mesti tahu jugak. Sebab dulu abah ada juga ternak binatang. ;)


Inilah lembu yang besar tuh, berbonggol di belakang. Besarrr amat badannya. 
Juga macam sombong-sombong gitu. Tapi takpe sebab dah ada orang cuit-cuit bonggolnya.
Hehehe. Baka Jantan Brahman. Memang Brahman. Rupa pun ada sikit-sikit. Hee.

Dekat dengan tiang lampu belakang kandang nih, kereta abah. Abah parking betul-betul depan tempat pameran ternakan nih. Yang terpaksa berjalan kaki dan ambil bus untuk ke sini, jeles tak? Hehehe. Tak perlulah nak jeles sebab MAHA 2010 pun dah habis. Lagipun, kalau tak suka jam, keluarlah di waktu orang tak keluar iaitu malam. Dahlah hujan renyai-renyai tapi sebab nak tengok sangat binatang ternak, parking pun betul-betul depan lembu dan kambing nih. Maka dapat jugaklah timba pengalaman mencium bau-baun encik kambing dan lembu. Ye dak?

Tips berjalan-jalan:
Keluarga saya tak suka jam dan tempat yang kena bersesak-sesak seperti MAHA 2010. Solusinya, kenalah pergi waktu malam ketika orang lain semuanya on the way pulang tapi kami on the way masuk. Kan lain dari yang lain. Dare to be different!.

Luahan Perasan Penerima WM's 2 Years GA

Assalamualaikum semua, semoga kalian semua dilindungi Allah SWT dan memperoleh kesihatan yang baik.

Alhamdulillah, 1 seminar HIJRAH yang sangat membangkitkan pemikiran dan semangat telah dihadiri pagi tadi. Sambutan yang amat menggalakkan saya kira. Perjalanan program yang teratur dan 2 speakers yang mantap.InsyaAllah, akan saya kongsikan juga kerana hijrah bukan hanya lintasan sejarah tetapi ada hukum syariat yang perlu dilaksanakan.

Kemungkinan besar, saya akan balik kampung lagi menemani nenek-nenekku. Hee. Dan yang pastinya, BW akan terhenti sekiranya coverage CELCOM broadband tiada di kampung. Akan tetapi, saya akan ada entri-entri terbaru untuk kawan-kawan baca. Apapun, emel ini saya terima daripada penerima WM's 2 Years GA. Terima kasih ya, ukhti.. ;)

Assalamualaikum w.b.t..sebenarnya secara jujurnya sebelum ni saya tak pernah tahu mengenai blog wanita mustanir, tapi pada satu hari yang indah, damai dan menyenangkan, ALLAH gerakkan hati saya untuk taip ‘kewajipan berjilbab’ di google..actually, nak cari artikel untuk bagi kat kawan-kawan mengenai kewajipan berjilbab kerana saya bukanlah begitu pandai dalam bercakap so bagi artikel lebih mudah, mudah-mudahan mereka faham bila dah baca semua hadis dan ayat2 al-Quran yang menerangkan dengan jelas kewajipan berjilbab..maka, melalui cadangan google, saya pun membuka sebuah blog yang bernama wanita mustanir (masa tu tak taw lagi ape maksud mustanir,huhu..sekarang da taw da, Alhamdulillah..memang seorang wanita yang mustanir angah ni)


Bila saya baca artikel mengenai kewajipan berjilbab di blog ni, saya puas hati kerana penjelasannya lengkap dan mudah difahami bagi saya kerana sebelum ni dah  banyak jumpa artikel yang menyentuh isu jilbab tapi tak berapa lengkap mengenai kewajipan berjilbab)..masa tu juga, saya tak taw pon sape pemilik blog ni,hehe..tapi setelah diteliti gambar di atas, seperti ku pernah lihat orang ini, tapi di mana ya?? Hehe..rupe-rupenyer, saya kenal pemilik blog ini..hihihi..walaupun saya baru jugak jadi follower wanita mustanir dan boleh dikategorikan sebagai silent reader, saya sangat menyanjung usaha anti memperjuangkan kebangkitan khilafah melalui media massa ini..moga ALLAH membalas usaha gigih anda dengan syurga yang paling terbaik yakni syurga Firdaus..actually saya ada blog tapi tak aktif, buat pon sebab assignment masa foundation dulu..mungkin satu hari nanti saya akan jadi blogger tapi saya masih perlu berusaha untuk menggilap diri dalam bidang penulisan sebab da lama tinggal BM penulisan form 5 (ceh, lama la sangat, macam da ada anak-anak je,hehe..alasan semata-mata)..Akhir kalam, saya tak ingin menulis panjang di sini ,cuma dengan setulus hati saya berdoa semoga saudari sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk menyebar luaskan idea khilafah dan menyedarkan umat betapa pentingnya Khilafah itu bagi seluruh kaum muslim..saya bukan seorang yang arif dalam hal-hal ini kerana saya masih lagi belajar dan akan terus belajar tetapi saya juga sudah nampak akan kepentingan kita umat Islam untuk menegakkan kembali Daulah Islam yang sudah terlalu lama kita hidup tanpanya dan itu jualah faktor yang menyebabkan umat Islam hari ini ditindas, diseksa, dirogol, dibunuh dan diperlakukan dengan bermacam lagi seksaan oleh si yahudi laknatullah..mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada kita semua yang faham tentang kewajipan menegakkan kembali Khilafah untuk berusaha sehabis baik samada melaui penulisan, percakapan atau apa sahaja method yang mampu bagi memastikan matlamat murni kita ini akan tercapai..Amin, amin ya Rabbal Alamin..


Petang yang hujan renyai-renyai.
Senyap.
Damai.
dan tenang.

Tahu tak Ini apa??

Kawan-kawan tahu tak?

Warna merah dan hijau di bawah nih?

:D


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kegemaran saya sejak first time rasa.

Terus suka dan fall in love dalam bahasa omputih. hee

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah rangginang nama diberi.

Kalau balik kampung, mesti embah buatkan. Makanan orang jawa kot. Sedapp..
Okeyh, ini sahaja sempat kongsikan. InsyaAllah, esok kalau tak berapa ada M di dalam badan. ;) Lagipun, maaf ye sebab tak sempat nak ziarah rakan-rakan baru arena belog. Mungkin esok juga akan BW.

Tutorial Bersama.. Cara Mudah..

Assalamualaikum wbt, kawan-kawan.

Sebelum saya membuat tutorial bersama.. cara mudah.. seperti tajuk di atas, marilah merehatkan minda anda dan tenangkan fikiran dengan kisah-kisah saya bersama belog .::Wanita Mustanir::. ini. Boleh tak, kawan-kawan? Mesti boleh kan?

Masa berlalu begitu pantas. Saya bersama belog telah bersama selama 2 tahun 2 minggu dan 6 hari. Lama tak lama? Kalau dah ada anak, mesti anak nih dah pandai berlari-lari anak kan. Apapun, banyak yang saya  telah pelajari daripada belog terutamanya cara-cara mencantikkan belog. Saya tahu, setiap orang ingin kekasih hati dan juga teman baiknya setiap hari mempunyai identiti yang tersendiri kan. Sebabnya apabila orang singgah di teratak mereka, orang tersebut dapat tahu ciri-ciri pemilik teratak tersebut. Contohnya, kalau ada yang sudi singgah di teratak buruk yang biru seperti .::Wanita Mustanir::., pastinya ada yang dapat meneka. Tuan rumah mesti suka biru, kan kan kan. :D

Begitu jugalah dengan teratak-teratak buruk indah atau istana-istana kayangan maya blogger lain. Semuanya mempunyai identiti tersendiri. Bagi yang baru-baru berjinak dalam dunia belog, pastinya masih terkial-kial mereka bentuk teratak indah nan segar yang bercirikan tuan rumah. Hee. Betul tak?

Cukuplah saya berceloteh di atas. Rasanya hanya itu yang mampu saya ceritakan kisah saya bersama belog walaupun macam lari tajuk yang ingin disampaikan. Sebenarnya saya memang tak pandai atau dalam bahasa kanak-kanak saya, tak retilah nak membantu kengkawan membuat tutorial nih. Sebabnya saya masih tak tahu koding-koding untuk dibuat supaya apabila saya publish entri tutorial, ada koding yang tak hilang.

Saya pernah try dulu untuk share cara-cara membuat apa saya tak ingat. Tapi bila saya publish entri tuh, koding tersebut hilang means not appear macam dalam belog yang buat tutorial tuh. Nanti kalau saya dah jumpa siapa yang buat tutorial supaya publish entri tak hilang koding, saya akan share dan beri big credit to him/her.

Okeyh lah, panjang jugak saya berceloteh lagi kan. Di bawah adalah senarai belog-belog yang saya pernah ikuti tutorialnya supaya belog saya menjadi seperti sekarang. Biasa je kan, tapi apa yang penting adalah kepuasan hati pemilik teratak .::Wanita Mustanir::.. Dan bagi saya, kepuasan hati anda adalah utama. Kalau anda dah berjaya mendekorasi atau mereka bentuk teratak anda, share lah dengan saya ye. Selamat mencuba, kawan-kawan.

1) Cara Membuat Header Transparent dengan mudah seperti .::Wanita Mustanir::.. Saya credit tutorial nih kepada pemilik teratak http://www.intanurulfateha.com/ iaitu cik Intan Nurulfateha. Lama juga saya tunggu tutorial nih supaya ada yang sudi ajarkan. Nampaknya, cik Intan sungguh baik memberi tunjuk ajar.

2) Cara Membuat Tulisan Copyright di Blog. Telah sekian lama saya mencari tutorial sebegini. Akhirnya saya temui apabila adik saya telah membuat langkah-langkah tutorial ini di belognya. Saya sangat teruja untuk ada template ciptaan saya sendiri. Maka terhasilnya terademark entah pape saya ini. Hee. Saya temui tutorial ini daripada Kumpulan Tutorial Ngeblog dalam bahasa Indo. Tapi mudah difahami. 

3) Cara Membuat Layout versi Sendiri. Anda boleh ikuti arahan di belog tersebut. Cik Amar Amirah nih bakal doktor gigi. Bukan calang-calang orang tau. Tutorialnya juga sangat ringkas dan senang sebab mudah difahami. Macam alaaa kacang je. :D

Saya rasa itu je kot tutorial bersama cik WM, cara mudah kan.. Saya bagi link je senang sebab saya masih belajar cara nak buat tutorial seperti blogger-blogger lain. Kalau step yang saya beri ini berjaya anda lakukan, share dengan saya ye dan juga pembuat tutorial tersebut ok.

Nota :
Tutorial no 1 dan 3 adalah request daripada cik Mar. Ini belognya, http://lambaiansyahdu.blogspot.com/ dan tutorial no 2 adalah permintaan kak ieda yang mempunyai kamera best, Nikon D90. Saya nak jugak. :D. Belognya adalah http://iedaimmi.blogspot.com/.

Selamat Mencuba!!

Jom Klik-Klik.. Teehee

Teruja sebentar. *Gelak

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mencari koding akhirnya jumpa juga. Koding untuk copyright. Cuba skrol ke bawah. Anda akan nampak seperti ini :

Direka khas dan dihasilkan oleh .::Wanita Mustanir::. | 2010 shirashafrida.blogspot.com
Dengan kerjasama ❤ Kemuliaan Islam ❤ Blog 1 ummah

Bukan senang tau nak dapatkan koding ini. Sampai bergaduh woo. Hukhukhuk. Apapun, saya bersyukur akhirnya ketemu jua. Kawan-kawan, ada iklan sekarang nih. Kelik-kelik lah kalau sudi. Teruja bangat nih. Sebab dah ketemu.

 Nuff header dan sidebar

Nuff between post

Selamat malam semua.
Assalamualaikum.
:) sampai ke pagi.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat