Keduanya, saya hanya ingin bertanya kepada yang tahulah. Iklan JIPABAN di belog saya nih, sebenarnya untuk apa ya? Saya tahu ia adalah the largets online shopping mall in Southeast Asia tapiii.. apa yang nak dishopping tak syarie. Jadi, mana mungkin saya bercerita tentang ia. Kenapa, akan saya beritahu di penghujung entri ini.
Ketiganya, saya seharusnya ceritakan tentang hal ini sejak minggu lepas tapi saya kurang rajin. Ia tentang I <3 U lah.. Eh bukan, restauran I <3 U corner di Perak. Macam gambar kat bawah nih.. Tulah nama restaurannya. Bukan nak cerita banyak, sekadar nak meluahkan perasaan tak puas hati. Bukan tak puas hati dengan masakan sebab makanannya memang superb delicious okeyh. Tapi kerana servis yang diberikan di restauran tersebut. Bagi mereka-mereka yang pernah singgah makan di sini waktu malam, mungkin sudah merasainya.
Apa yang tak kena sebenarnya? Mari kita roger-roger kat sini ye, Nyanyian Itu Membingitkan Telingaku... Kalau dah roger kat situ, ini pula penambahan daripada saya. Tapi kalau tak faham apa yang cuba saya sampaikan, please let me know wokeyh.
Konsep tentang kehidupan sosial masyarakat, antaranya manusia perlu menutup aurat merupakan hadharah Islam. Sementara, pemikiran bahawa manusia itu bebas bertingkah laku, berkhalwat, berzina dan melakukan apa sahaja sekehendak hatinya hingga wanita boleh tidak bertudung, berpakaian singkat dan seksi dalam kehidupan umum di tengah-tengah masyarakat, berlenggang-lenggok semasa bernyanyi, semuanya adalah hadharah kufur/Barat yang timbul dari majmu’ al-mafahim (sekumpulan konsep/pemahaman) mereka tentang kehidupan, yakni ‘kebebasan’. Wanita pada pandangan mereka hanyalah alat pemuasan nafsu seks lelaki dan pelaris jualan, bahkan berkeadaan telanjang bagi mereka adalah satu seni. Ini bercanggah sama sekali dengan hadharah Islam, yang mana dalam Islam langsung tidak ada konsep ‘kebebasan’ dan Islam memandang wanita sebagai aurat yang perlu dijaga. Setiap Muslim adalah orang yang ‘terikat’ dengan hukum syara’ dan tidak boleh keluar dari batas yang Allah telah tetapkan. Hadharah Islam menyatakan bahawa Muslim tidak bebas, tetapi terikat dengan hukum Allah.
Wahai kaum Muslimin! Apalah gunanya ada fesyen Islam jika orang yang bercakap itu sendiri tidak pernah berfesyen (menutup aurat) sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam? Apalah gunanya fesyen Islam yang berkualiti jika si pemakainya langsung tidak ‘berkualiti’ di sisi Allah malah merupakan pelaku maksiat? Semua itu adalah tidak berguna di sisi Allah kerana apa yang Allah lihat adalah pada amal perbuatan seseorang (sama ada mengikut perintah dan larangan Allah atau tidak) dan Allah sekali-kali tidak melihat kepada ‘cap Islam’ yang diguna atau pakai oleh seseorang. Sebagai khatimah, marilah kita mengambil iktibar dari pesanan Rasulullah SAW yang amat berguna kepada umatnya di akhir zaman ini,
“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [HR Baihaqi].
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteSaya tertarik kpd Hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Baihaqi,`...Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”
Setelah runtuhnya Daulah Uthmaniyyah tiadalah pembelaan kebenaran Islam. Fitnah belaku dgn berleluasa. Ulama` ini telah muncul dgn begitu byk dgn mendakwa mrklah pejuang Islam. Hal ini samalah terjadi pada zaman Nabi Sulaiman a.s. apabila cincin cap mohor dicuri oleh syaitan jin dan manusia, mrk telah menipu manusia dgn mengecop dan mendakwa inilah Islam dan sihir yg dibawa oleh Nabi Sulaiman (Surah AlBaqarah:102وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ Dan mereka mengikuti apa [1] yang dibaca oleh syaitan-syaitan [2] pada masa kerajaan Sulaiman [dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir], padahal Sulaiman tidak kafir [tidak mengerjakan sihir], hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir .
Kini pada setiap institusi ISLAM didunia telah di`doctrine`kan dan mengeluarkan `certificate` dan mendakwa inilah Islam. seburuk2 apa yg mrk jualkan. Wallahualam
entri ni pasal apa sebenarnye?
ReplyDelete@tajnur,
ReplyDeletesyukran tajnur atas perkongsian dan peringatan..
@SoutulMujahid,
ReplyDeleteana dah agak dah mesti ramai tak faham ttg apa.. hehehe
actually, ttg tarian dan nyanian di sebuah restauran seperti di atas.. ana ingatkan macam meriah sebab ramai org.. tak sangka pulak ada joget2.. sakit mata nengok.. nak makan pun rasa bersalah walaupn makanannya mmg superb sedap.. huhuhu
dah la bercampur lelaki perempuan.. dedah aurat.. lenggang lengguk.. lagi satu, sbb ramai org, servisnya jadi lambat.. lebih 30 minit..
Tertanya tanya pasai JIPABAN tuu.. apa pasai haa? cutious nii.. HAHA
ReplyDelete