[Gambar] Oohh.. Ooohh.. Ooohh.. MAHA 2010 di Malam Gerimis..

Nampaknya MAHA 2010 dah habis semalam. (Kalau saya tak silap.) Boleh rujuk sini untuk penerangan lanjut, http://www.mahaexpo2010.com/ . Walaupun saya tak pergi secara keseluruhannya dan tak pernah berniat untuk ke situ, tapi alhamdulillah sempat juga merasa bau-bauan kurang enak si kambing jantan. Hee. Itupun secara kebetulan kerana abah memang teringin sangat nak pergi. Cuma acapkali dihalang oleh ummi.

Saya ke situ selepas pulang daripada menikmati pemandangan malam (subahanallah) beraromakan satay UK. Walaupun tidak menjamah, aromanya sahaja sudah mengenyangkan. ecece. Okeylah, mari kita lihat apa yang telah dilihat oleh abah bersama 2 orang anak gadisnya. 


Kambing. 
Baunya, masyaAllah maha busukk.. 
Tapi kerana nak dijadikan kenangan bersama encik-encik kambing nih, maka ambil jugalah 1 2 shoot. :D.
Actually, nak dijadikan bukti saya ke sini. 


Wonder juga kenapa ada macam nombor 1 2 3 dan 4 dekat lembu-lembu nih. 
Rupanya ada pertandingan ternakan. Saya takdelah faham sangat tapi abah tahulah kot. 

Hensem tak encik lembu nih? 
Hee. Dahlah putih, gebu jangan dicakaplah memang kesat kulitnya, besar mengalahkan kereta kancil tapi ada yang lagi besar. Nanti ye saya tunjukkan. Ohh ya lagi satu. Garang pun ye juga. So, siapa nak lembu ini?  Cepat-cepat, angkat jari kelingking. :D


ar-Raudhah Biotech Farm
Actually, inilah tempat yang bakal my best friend buat practical next sem.
Katanya dekat Ulu Kuang. Mostly, tempat nih ternak kambing. 
So, bakal usahawan kambinglah sahabat saya tuh. Amin. Untung-untung kalau saya nak buat korban ke apa, call-call jelah sahabat saya tuh kan.  Senang sikit.


Inilah pemenang tempat kedua. 
Bergaya tak dengan tali di hidung? ;P
Hensem hensem tapi masam mencuka je encik lembu nih. Kulitnya berwarna coklat. Coklat tuh kan juga menawan apa. Kihkihkih
Takut saya nak dekat. Matanya sungguh menggoda, kawan-kawan. 
Kalaulah my lil cousin ikut, mesti dorang lompat-lompat katak sebab kegirangan.
Okeyh, tipu je. 


Ini harga untuk lembu jantan Charolais. Memang hebat. Tapi tak tahu apa yang hebatnya. 
Tempat pertama lagi tuh. Hebat tak hebat lembu-lembu nih bertanding? ;P

Tapi encik lembu jantan Charolais nih sombong. 
Tengoklah gambar kat bawah nih. Saya jenguk sini, sikitpun dia tak toleh. Sob...sob...sob...
Asyik memejamkan mata sahaja. Macamlah saya nih tak cantik. ;P Atau dia perasan hensem je lebih? :D


Takpe takpe. Mentang-mentanglah dah dapat tempat pertama. Lupa lautanlah tuh.
Dia sombong sikit. Tengoklah nanti raya haji tahun depan. Waaa..


Okeyh. Kita beralih kepada encik kambing gagah perkasa lagi hebat dan besar. 
Huissh, tinggi betul kambing nih. Spesies apa pun saya lupa. Almaklumlah, macam susah sikit nak ingat baka-baka binatang ternak nih. 
Yelah, kalau abah mesti tahu jugak. Sebab dulu abah ada juga ternak binatang. ;)


Inilah lembu yang besar tuh, berbonggol di belakang. Besarrr amat badannya. 
Juga macam sombong-sombong gitu. Tapi takpe sebab dah ada orang cuit-cuit bonggolnya.
Hehehe. Baka Jantan Brahman. Memang Brahman. Rupa pun ada sikit-sikit. Hee.

Dekat dengan tiang lampu belakang kandang nih, kereta abah. Abah parking betul-betul depan tempat pameran ternakan nih. Yang terpaksa berjalan kaki dan ambil bus untuk ke sini, jeles tak? Hehehe. Tak perlulah nak jeles sebab MAHA 2010 pun dah habis. Lagipun, kalau tak suka jam, keluarlah di waktu orang tak keluar iaitu malam. Dahlah hujan renyai-renyai tapi sebab nak tengok sangat binatang ternak, parking pun betul-betul depan lembu dan kambing nih. Maka dapat jugaklah timba pengalaman mencium bau-baun encik kambing dan lembu. Ye dak?

Tips berjalan-jalan:
Keluarga saya tak suka jam dan tempat yang kena bersesak-sesak seperti MAHA 2010. Solusinya, kenalah pergi waktu malam ketika orang lain semuanya on the way pulang tapi kami on the way masuk. Kan lain dari yang lain. Dare to be different!.

20 comments:

  1. salam,tima kasih banyak2 sbb post entri psl MAHA ni,terubat ckit duka sbb tak dpt pegi...huhu

    ReplyDelete
  2. zulaikha,

    wassalam, sama2.. sekadar berkongsi dengan rakan.. alhamdulillah, mungkin entri saya utk mengubat duka zulaikha.. moga terubat ye.. ;)

    ReplyDelete
  3. sama la dgn ana..menikmati apa yang ukhti rasakan...
    tak lupa juga sebelum kesana,menikmati 'keenakan' roti..:) :) :)
    apa2 pun sangat seronok walaupun mula2 rasa takut...

    ReplyDelete
  4. besar-besarnye lembu.. :D

    tak pernah lagi pergi MAHA.. T________T

    ReplyDelete
  5. @Pembela Ummah,

    iya.. ana rasa keenakan roti sangat mengagumkan.. hee..
    seronok kan dapat tgk binatang2 ternak kat MAHA.. ;) ;) ;)

    ReplyDelete
  6. @Queen F,

    memang besar lembu2.. kambing pun besar2 jugak.. ;D

    ini first time saya poergi MAHA. next year kalau ana, Queen F pergilah, timba pengalaman.. ;)

    ReplyDelete
  7. xsempat pergi MAHA...best lah...ehheh

    ReplyDelete
  8. waaaaaaaaaaahh.. tahniah..

    sis nak pergi tapi badan dah berat tak larat nak jalan jauh.. huhu

    walhal sis suka sangat lah bab2 event macam ni.. uwa... ruginye

    ReplyDelete
  9. hurm tak pergi pun tp takper ramai kawan2 blogger yang pergi dan share gambar kat blog..:)

    ReplyDelete
  10. salam..huhu..saya kena sondol dengan lembu yang menang no. 1 masa penternak lembu tu, bawa keluar ia dari kandang, nak tambat kat pokok2 kat belakang tu.

    0_0

    ReplyDelete
  11. @HonEyBuNNy,

    tak sempat ke? takpelah, next time mesti ada lagi kan.. hee

    ReplyDelete
  12. @hestyrezyuda,

    tahniah utk apa, sis? hee
    saya tak berapa minat event yg sesak2 mcm ni.. tapi sbb pergi waktu malam, mmg tak sesaklah.. tuh yg jadi suka..

    Saya takdelah jaln2 semua tempat, just tempat pameran sahaja.. tuh je tmpt yg saya rasa best.. :)

    ReplyDelete
  13. @honeyvsbee,

    betul tu, kak.. sebelum saya pergi MAHA, ramai dah blogger share ttg tuh.. jadi saya dapatlah sedikit sebanyak tahu ttg MAHA 2010.. mcmana ia berlangsung, apa yg ada dsb..

    ReplyDelete
  14. @...,

    Wassalam, alahai kesiannya awak.. sakit tak? tapi takpelah, ada pengalaman kena sondol.. so, nnti bolehlah share perasaan tuh kan.. apapun, awak selamat.. ;)

    ReplyDelete
  15. @dayah SnoW Heuka,

    nak kata best sgt tuh tak jugak.. tapi seronok tgk lembu2 dan kambing2 nih.. hee.. yg tak seronoknya, bau-bauan aromanya yg sangat dahsyat.. hee

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat