Tutorial Bersama.. Cara Mudah..

Assalamualaikum wbt, kawan-kawan.

Sebelum saya membuat tutorial bersama.. cara mudah.. seperti tajuk di atas, marilah merehatkan minda anda dan tenangkan fikiran dengan kisah-kisah saya bersama belog .::Wanita Mustanir::. ini. Boleh tak, kawan-kawan? Mesti boleh kan?

Masa berlalu begitu pantas. Saya bersama belog telah bersama selama 2 tahun 2 minggu dan 6 hari. Lama tak lama? Kalau dah ada anak, mesti anak nih dah pandai berlari-lari anak kan. Apapun, banyak yang saya  telah pelajari daripada belog terutamanya cara-cara mencantikkan belog. Saya tahu, setiap orang ingin kekasih hati dan juga teman baiknya setiap hari mempunyai identiti yang tersendiri kan. Sebabnya apabila orang singgah di teratak mereka, orang tersebut dapat tahu ciri-ciri pemilik teratak tersebut. Contohnya, kalau ada yang sudi singgah di teratak buruk yang biru seperti .::Wanita Mustanir::., pastinya ada yang dapat meneka. Tuan rumah mesti suka biru, kan kan kan. :D

Begitu jugalah dengan teratak-teratak buruk indah atau istana-istana kayangan maya blogger lain. Semuanya mempunyai identiti tersendiri. Bagi yang baru-baru berjinak dalam dunia belog, pastinya masih terkial-kial mereka bentuk teratak indah nan segar yang bercirikan tuan rumah. Hee. Betul tak?

Cukuplah saya berceloteh di atas. Rasanya hanya itu yang mampu saya ceritakan kisah saya bersama belog walaupun macam lari tajuk yang ingin disampaikan. Sebenarnya saya memang tak pandai atau dalam bahasa kanak-kanak saya, tak retilah nak membantu kengkawan membuat tutorial nih. Sebabnya saya masih tak tahu koding-koding untuk dibuat supaya apabila saya publish entri tutorial, ada koding yang tak hilang.

Saya pernah try dulu untuk share cara-cara membuat apa saya tak ingat. Tapi bila saya publish entri tuh, koding tersebut hilang means not appear macam dalam belog yang buat tutorial tuh. Nanti kalau saya dah jumpa siapa yang buat tutorial supaya publish entri tak hilang koding, saya akan share dan beri big credit to him/her.

Okeyh lah, panjang jugak saya berceloteh lagi kan. Di bawah adalah senarai belog-belog yang saya pernah ikuti tutorialnya supaya belog saya menjadi seperti sekarang. Biasa je kan, tapi apa yang penting adalah kepuasan hati pemilik teratak .::Wanita Mustanir::.. Dan bagi saya, kepuasan hati anda adalah utama. Kalau anda dah berjaya mendekorasi atau mereka bentuk teratak anda, share lah dengan saya ye. Selamat mencuba, kawan-kawan.

1) Cara Membuat Header Transparent dengan mudah seperti .::Wanita Mustanir::.. Saya credit tutorial nih kepada pemilik teratak http://www.intanurulfateha.com/ iaitu cik Intan Nurulfateha. Lama juga saya tunggu tutorial nih supaya ada yang sudi ajarkan. Nampaknya, cik Intan sungguh baik memberi tunjuk ajar.

2) Cara Membuat Tulisan Copyright di Blog. Telah sekian lama saya mencari tutorial sebegini. Akhirnya saya temui apabila adik saya telah membuat langkah-langkah tutorial ini di belognya. Saya sangat teruja untuk ada template ciptaan saya sendiri. Maka terhasilnya terademark entah pape saya ini. Hee. Saya temui tutorial ini daripada Kumpulan Tutorial Ngeblog dalam bahasa Indo. Tapi mudah difahami. 

3) Cara Membuat Layout versi Sendiri. Anda boleh ikuti arahan di belog tersebut. Cik Amar Amirah nih bakal doktor gigi. Bukan calang-calang orang tau. Tutorialnya juga sangat ringkas dan senang sebab mudah difahami. Macam alaaa kacang je. :D

Saya rasa itu je kot tutorial bersama cik WM, cara mudah kan.. Saya bagi link je senang sebab saya masih belajar cara nak buat tutorial seperti blogger-blogger lain. Kalau step yang saya beri ini berjaya anda lakukan, share dengan saya ye dan juga pembuat tutorial tersebut ok.

Nota :
Tutorial no 1 dan 3 adalah request daripada cik Mar. Ini belognya, http://lambaiansyahdu.blogspot.com/ dan tutorial no 2 adalah permintaan kak ieda yang mempunyai kamera best, Nikon D90. Saya nak jugak. :D. Belognya adalah http://iedaimmi.blogspot.com/.

Selamat Mencuba!!

2 comments:

  1. salam,..syukran atas kesudian berkongsi maklumat,..mmg byk mmbantu saya,..he3

    ReplyDelete
  2. Wassalam, Mar..

    afwan ya ukhti.. semoga Mar berpuas hati dgn cara saya yang sedikit ini.. semoga bergembira.. ;)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat