MESTI Baca: Hakikat Undang-undang Syariah Malaysia

Selepas kelas berakhir tadi, saye terus menaiki bas ke kolej utama. Selesai urusan di sana, saya menaiki bas yang sama. Ketika saya melalui pondok menunggu bas, saya ternampak satu poster, Jauhi Zina. Sejak akhir-akhir nih, selalu juga saya nampak poster-poster sebegini. Dan yang pastinya, di kolej saya. Hee.

Apakah hanya dengan kempen-kempen dan penampalan poster-poster seperti Jauhi Zina ini, perbuatan zina atau seks luar nikah akan berkurangan? Apakah umat Islam tidak tahu yang berzina itu hukumnya HARAM? Saya yakin dan percaya hampir kesemua umat Islam tahu akan hukumnya. Tapi sejauh manakah kefahaman umat Islam bahawa zina hanya boleh dielakkan atau dikurangkan dengan adanya HUKUMAN selain ketakwaan individu dan kawalan masyarakat? Mengapakah undang-undang Islam yang digubal tidak menjamin kekurangan kes penzinaan bahkan semakin hari semakin berleluasa?

Nah! Inilah realiti para intelektual Malaysia.

anti-zinaanti-zinaUndang-undang Islam tak cukup mantap tangani kes zina, kata pakar

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.  Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.  “Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.  “Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini. 

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.  “Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.  “Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.  “Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.  Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.  “Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.  “Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.  “Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insider 17/12/10

Golongan intelektual masih malu-malu untuk menyatakan kaedah perlaksanaan “Undang-undang Syariah” di Malaysia telah menyimpang daripada Islam.

Jika para golongan intelektual hari ini masih terus malu-malu untuk mengatakan bahawa kaedah perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia pada ketika ini telah menyimpang daripada kaedah perlaksaan yang sebenar, maka selagi itulah segala permasalahan yang sedang berlaku pada hari ini akan terus berpanjangan dan tidak ada titik noktahnya. Masyarakat akan terus dikaburi dengan pemikiran yang salah. Pemahaman mereka terhadap Islam akan terus tersasar sehingga akhirnya mereka merasa selesa dengan cara hidup Kapitalisme sepertimana yang kita saksikan hari ini. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan yang saat ini sedang mereka jalani adalah sebenarnya suatu kehidupan yang senantiasa mengundang murka Allah SWT.  Hanya dengan melaksanakan sebahagian kecil undang-undang syariah dan seluruh kehidupan diatur oleh undang-undang dan sistem kehidupan yang bukan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, ianya jelas mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Ini berdasarkan firmanNya:

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat". [TMQ al-Baqarah (2) : 85]

Buatlah apa sahaja program, sama ada seminar, muzakarah, konvensyen dan seumpamanya dengan tujuan kononnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam kehidupan manusia hari ini, namun jika majlis-majlis seperti itu tidak berani menyatakan kebenaran dan perkara yang hak malahan bersikap lunak dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah yang ada hari ini, maka selagi itulah masyarakat akan terus berada di dalam terowong kegelapan. Untuk itu, bagi umat Islam tidak ada pendekatan yang lebih baik selain daripada kembali menerapkan Islam secara menyeluruh(kaffah). Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. [TMQ Al Baqarah (2) : 208] Hanya Khilafah penyelesaiannya.

Diambil dari :  Hakikat Undang-undang Syariah Versi Perlembagaan Malaysia Makin Lapok Dek Zaman

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Buatlah sistem apa sekalipun berlabelkan Islam, ia pasti mengucar-kacirkan dan kemungkinan lebih teruk dr sistem konvensional. Apabila sistem hak milik awam dinafikan, individu mukmin dinafikan tanah, tempat tinggal, keperluan asas penghidupan sehinggalah kpd pembiayan wang saraan dari perhiasan Allah dibumi (Surah Al`Araaf:32قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِ‌ۚ قُلۡ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً۬ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan [siapa pulakah yang mengharamkan] rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu [disediakan] bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus [untuk mereka saja] di hari kiamat.
    Fitrah Manusia perlu rumah, makan, minum, rehat, bekerja, berkahwin, berkeluarga dsbnya. Semua ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan barulah manusia boleh hidup dlm keadaan baik. Sediakan apa saja alternatif yg baik barulah kita buat utk pencegahan mungkar. Surah AliImran :110Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
    Ini tidak, sudahlah hantaran mahal, kenduri mahal, berjawatan tinggi, kena ujian AiDS dsbnya. Jadi manusia pun buatlah pemilihan yg mudah dlm erti kata maksiat. Berbalik pd mslah perlaksanaan sesuatu syariat Islam dlm sistem kufr akan menambahkan kekufuran dan kedurhakaan (Surah AtTaubah:36Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.
    Surah AtTubah:37Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu [1] adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mensesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah.
    Penerangannya, sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah mengikut perjanjian bahawa ada 4 bulan yg dimuliakan dan diharamkan berperang iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Hanya Rejab sahaja terputus manakala 3 bulan yg lain adalah berterusan. Jadi org2 kafir telah melanggar perjanjian dan menukarkan bulan Rejab ke Syaaban atau Ramadhan atau Syawal atas kepentingan sendiri utk berperang dgn Islam. Begitulah mrk yg melaksanakan hukum syariah muamalah dan munakahat dgn meminda enakmen dgn alasan menjaga kepentingan Islam. Walhal menambah dan mengurangkan, lebih menambahkan kekufuran dan kacau-bilau sistem tersebut. Wallahualam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat