Alhamdulillah, ya ALLAH!!


"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." (Al-Baqarah:152)

 “Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah, selagimana ia tidak bersyukur (atau berterima kasih) kepada sesama manusia.” (Sahih Ibnu Hibban)

Ya Allah kepunyaan-Mulah segala puji,
Engkaulah penegak langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya,
Kepunyaan-Mulah segala puji, 
bagiMu kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya,
untuk-Mulah segala puji penerang langit dan bumi untuk-Mulah segala puji,

Engkau haq dan janjimu haq (benar), firmanMu haq, syurga dan neraka adalah haq,
Nabi Muhammad SAW adalah haq, dan hari kiamat adalah haq.

Ya Allah, kepada-Mulah aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku bersandar hukum. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan maka ampunilah aku.

Rabbi auzi’nii an asykura ni’matakallatii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa an a’mala shaalihan tardlohu wa adkhilnii bi rohmatika fi ‘ibaadikash-sholihin. Irhamna Ya arhamarrohimiin.

“Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, serta memasukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. Kasihilah kami wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.” Amiin

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali ‘Imran [3]:145)

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Firman Allah Taala dlm Surah Luqman:12وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِ‌ۚ وَمَن يَشۡڪُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri.
    Dlm tafsir AlQurthubi, maksud AlHikmah adalah kebijaksanaan dan kefahaman sunnah yg dikurniakan oleh Allah. Begitu juga kita, apabila Allah SWT menurunkan AlQuran sebagai AlQuran (Surah AtTalaq:10 قَدۡ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكُمۡ ذِكۡرً۬ا . Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan (AlQuran).
    Tidak hairanlah ada diantara ulama` yg bersungguh mendalami AlQuran sehinggan digelar ~ArRosikhuna fil`Ilm` sehingga mengetahui penta`wilan AlQuran dgn baik (Surah AliImran:7). Namun, apa yg hendak dikatakan disini adalah bersyukur krn petunjuk itu adalah utk diri kita dahulu dan juga perlu dikongsi sesama manusia yg mahu terima petunjuk Allah. Surah AlIsra`:14/15 Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (14) Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, akhi..

    syukran atas pandangan dan komennya.. ;)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat