Adat dan Buka Pintu Tanpa Kunci

Pergi ke kenduri kahwin seorang muslim adalah biasa dan diwajibkan memenuhi undangan tuan rumah. Atas rasa tanggungjawab itu, kami sekeluarga ke tempat yang dijanjikan. Masa perjalanan lari dari jangkaan waktu yang diperuntukan. Tapi apakan daya, manusia hanya merancang Allah jualah yang menentukan.

Pencarian destinasi yang diinginkan sedikit keliru. Peta ke lokasi pengantin tidak dibawa bersama. Kad jemputan tertinggal di meja makan. Namun, Alhamdulillah hasil usaha  carian si adik dan ayah menggoogle peta malamnya sangat membantu. Ini juga sekaligus memendekkan masa pencarian lokasi yang tidak pernah dikunjungi kami.

Jam menunjukkan angka 12.45 tengahari. Sedikit hairan. Para tetamu boleh dibilang dengan jari ini. Kenapa macam belum tiba para jemputan? Persoalan itu hanya tinggal tanda tanya di benak fikiran kami sekeluarga. Kami mencari tempat yang selesa dan kebetulan bertemu dengan kenalan ayah yang tinggal setaman. Sembang punya sembang, rupanya mereka lebih lama berada di situ.

Dek kerana ayah mengejar masa, ayah meminta diri untuk beransur pulang. Kami semua ikut serta kerana risaukan masa yang pantas berjalan. Adat dan budaya mereka agaknya tetamu makan tunggu pengantin sampai kot.

Berkeroncong sudah perutku ketika itu. Tapi itu bukan halangan untukku terus melangkah. Tiba di parkir kereta, ayah beritahu kunci kereta tertinggal di dalam kereta. Lalalala.. Kerana kejarkan masa, musibah lain pula datang. Kami berfikir sejenak. Berdoa. Allah datangkan ilham kepada ayah untuk menelefon seorang sahabat. Pintu berjaya dibuka. Dan benda baru dipelajari. Cara buka pintu tanpa kunci. ;-)

Konferens Wanita : Malaysia


NANTIKAN !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KONFERENS WANITA






anjuran MUSLIMAH HIZBUT
TAHRIR MALAYSIA (MHTM)

Pada 3 MAC 2013 (Ahad) di Selangor,MALAYSIA..

Kiamat Sudah Dekat!!

Tarikh kiamat yang dipercayai (oleh orang-orang jahil) akan terjadinya hari kiamat telah pun berlalu, iaitu tanggal 21 Disember 2012. Hampir seluruh dunia manusia disibukkan untuk membincangkan tentangnya. Beberapa hari yang lalu, di kawasan pergunungan Pic de Bugarach, Perancis, ia tumpuan orang ramai termasuk media sejak spekulasi ramalan hari kiamat tersebar di seluruh dunia. Di Guatemala, Kementerian Kebudayaannya menganjurkan satu acara besar-besaran sebagai persediaan untuk menghadapi kemusnahan dunia, manakala beberapa agensi pelancongan di negara itu turut menawarkan pakej percutian bertemakan hari kehancuran. Namun sehingga ke saat ini, kiamat yang dikatakan akan muncul tersebut masih belum tiba.  Menurut mereka lagi, terdapat beberapa kawasan dan negara lain yang dianggap sebagai 'kawasan selamat' daripada hari kiamat.

Pergunungan Himalaya merupakan salah satu daripada lima tempat paling selamat menurut mereka kerana ia dianggap sebagai tempat paling tinggi di dunia, selain China, Sierra Nevada, Arizona dan Afrika. Sementara itu di China, pihak berkuasa menahan hampir 1,000 anggota kumpulan Almighty God yang didakwa menyebarkan khabar angin tentang kedatangan hari kiamat.

bersambung... 

Nota: klik Kiamat Palsu Rekaan Manusia untuk bacaan lanjut.

Konferens WANITA Antarabangsa

"Khilafah: Melindungi Wanita dari Kemiskinan dan Perhambaan"
Sabtu, 22 Disember 2012 - Jakarta , Indonesia


Klik gambar untuk maklumat lanjut. 


Jangan lupa layari laman web HTM di www.mykhilafah.com.

Masyarakat!


Well said!!



Masyarakat yang dibina atas wang/pelaburan, berkembang umpama belon. Cepat membesar, tapi di dalamnya angi. Cucuk sikit pecahlah mereka. Sebaliknya masyarakat yang dibina atas ilmu, membesar umpama bawang. Kopek satu lapis, masih ada banyak lapis di bawahnya.

- Prof Dr Sharifuddin Md Zain, UM, 13/12/12-

121212


Bola Sepak 2012

Salam semua,

Piala AFF Suzuki 2012 Ahad baru nih telah menyaksikan penjaringan gol pasukan Malaysia 1 sama dengan Thailand. Siapa yang tengok mesti tak puas hati kan sebab nak Malaysia menang  walaupun dah jadi seri.

Saya ni bukanlah pandai sangat tentang bola sepak apatah lagi untuk menjadi pengulas sukan. Huhuhu. Cumanya Ahad lepas tertengok perlawanan bola sepak Malaysia lawan Thailand. Itupun secara tak sengaja sebab bertandang ke rumah sedara, dorang dah memang on siaran tersebut. Saya memang tak minat bola sepak ni. Mujurlah suami pun tak minat bola. Jadi satu bonus buat saya sebab tak perlu bertindak seperti orang lain yang suaminya minat bola.

Kenapa tajuk kali ini berbeza untuk ditonjolkan buat pembaca blog wm?? Dalam 2 minggu kebelakangan ini banyak sangat isu-isu panas yang perlu diulas dan diceritakan kepada umum terutamanya yang tengah membaca nih. ;-)

Awal Muharam baru-baru nih kita telah disambut dengan serangan Israel ke atas Gaza. Ramai umat Islam menyatakan kebenciannya terhadap Israel dengan melakukan pemboikotan, demonstrasi dan memberikan kesedaran kepada umat. Ia berlanjutan sehingga beberapa hari. Restoran makanan segera terkenal McDonalds terkena tempiasnya apabila ramai umat Islam memboikot atas dasar kemanusian. Yes, humanity. Ada juga yang condem akan tindakan sesetengah pihak. Namun tak kurang juga yang menyokong.

Dalam waktu yang sama, Malaysia ditonjolkan dengan aksi-aksi pemain bola sepak dalam Piala Suzuki 2012. Suara-suara yang memboikot dan menyatakan kebenciannya terhadap Israel bagaikan lenyap dan sepi. Ajaib!! Kemarahan umat Islam telah diredakan dengan aksi-aksi panas dan hebat daripada pemain-pemain bola sepak Suzuki Cup ini. Rata-ratanya sanggup bersengkang mata di depan tv untuk menyaksikan perlawan Malaysia menentang negara luar. Sungguh tabik spring bila mereka ini sanggup bersesak-sesak ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran mereka (baca: Malaysia).

Beginilah keadaan umat Islam hari ini. Hiburan (hedonisme) telah mendarahdaging dalam diri umat. Sehingga melupakan saudaranya yang memerlukan bantuan ketenteraan.  Yang melalaikan mereka adalah bola sepak. Kalau Malaysia menang pun, ko ada dapat habuan selain cuti??

Owh, Bola Sepak. Kesian kat umat yang menggilai kau.

Random Post on Jumuah Barokah

Dialog Negara Islam 2012 sudah melabuhkan tirainya pada Ahad yang lepas. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari seluruh Malaysia. Untuk laporan lanjut, boleh terus ke sini www.mykhilafah.com.

Secara peribadi, saya suka forum sebegini. Banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang hampir kurang lebih 4 jam berlangsung. Memang sukar untuk tertidur walaupun suasana di dewan auditorium sangatlah sejuk. Menggigil tahap maksimum. Ok tipu. Huhuhu.

Suasana sejuk tapi keadaan semakin panas membahang. Ketika DNI berlangsung, soalan sms dan bertulis tidak putus-putus. Ini apa yang moderator beritahulah. Saya mana tahu sebab duduk kat kerusi empuk kan.. :-D Soalan langsung dari pesrta juga tidak kurang hebatnya. Berebut-rebut nak bertanya soalan kepada ahli panel. Mestilah ikut turn kot, takdelah sampai berebut-rebut.

Dan...

Semuanya PERCUMA. Saya ulang,


PERCUMA!!


Secara kesimpulan, rugi siapa yang tak attend. Awesome!!

Sekian..

Kalau Kuliyyah Muslimah, Macamana Pulak?? Nak Pergi tak??

Assalamualaikum,

Bulan November kan adalah bulan untuk promote majlis-majlis ilmu ye kawan-kawan. Yelah, nak pergi selalu ada juga majlis lain yang hendak dipenuhi, jadi promote jelah senang kan kan.. Dapat juga orang lain yang tak tahu jadi tahu yang selama ini ada pelbagai majlis ilmu untuk disertai.

Sesiapa nak join kuliyyah muslimah nih (dengar kata pertama kali diadakan, rugi nih rasanya kalau tak join), kali ni dibuat di Seremban. Yang tinggal atau belajar dekat-dekat dengan noghori, bolehlah datang. Datang jangan tak datang. Hehehehe.

Kalau korang nak datang, boleh contact no yang tertera kat poster di bawah. Tapi kalau korang rasa nak google je, details pun kat bawah nih.

Hijrah Muslimah Dari Sekular Menuju Islam (SEREMBAN)

Tarikh: 1 Dis 2012 (SABTU)
Masa: 9.30 pagi - 12.00 tghr

Tempat: NAJIHEEN TRAINING AND CONSULTANCY,
Jalan SJ 10/11,
Taman Seremban Jaya,
Seremban, Negeri Sembilan.

Penceramah:
Ustazah Nur Ain

Yang bestnya, hanya MUSLIMAH sahaja dijemput hadir. Sebab penceramah perempuan, audiensnya haruslah perempuan juga. Menjaga pandangan. InsyaAllah. Kalau lelaki nak pergi juga, boleh datang yang kat sini punya. Yang nih dua-dua jantina boleh datang. Malah tanya macam-macam pun boleh, insyaAllah. Dan yang pasti, masuk adalah PERCUMA. Tak ke awesome tuh? :D




Nak Ajak Kawan-kawan Semua Nih. Jom Pakat Ramai-ramai Datang:)

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah butiran lanjut majlis ilmu yang saya nyatakan sebelum ini (boleh refer sini) :


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke sini ye. :)

Kanak-kanak Perlukan Perhatian

Kita semakin menghampiri Eidul Adha. Dalam 3 minggu sahaja lagi dan pastinya ini raya haji ke-2 saya bersama suami, insyaAllah.

Sifat keibuan saya semakin menyerlah apabila saya selalu menjaga anak saudara yang kedua. Ewah.. Ewah.. Anak sendiri bila ye? Hee. InsyaAllah. Doakan kami ya. Bukannya apa, kalau Ilham dulu saya selalu buli (walaupun sekarang saya buli juga) tapi dengan adiknya kurang pula. Rasa kasihnya sangat mendalam.

Amaran : Kenyataan di atas adalah entri terperap hampir beberapa bulan. Sila baca ayat-ayat seterusnya untuk keadaan terkini.

Baru-baru ini saya menjadi baby sitter buat adik Ilham yakni Aqil. Kesian anak kecil. Tangisannya buat saya rasa sebak. Ya Allah!! Ikatan antara ibu dan anak memang kuat. Tangisan yang laparkan susu ibu dirasai oleh si ibu yang jauh di kerusi pejabat. Si ibu merasakan anaknya ingin susu. Kerana sembang santai petang itu mengungkap rahsia seorang ibu yang menyusukan badan untuk anaknya.

Tetapi apa yang saya dapat lakukan?? Saya hanya mampu melihat anak kecil itu menangis dan terus menangis. Saya tidak dapat berbuat apa-apa sebab saya belum mempunyai darah daging sendiri. Huhuhu.

Penyudahnya, saya duduk dari perbaringan lalu membaringkan si kecil di atas ribaan saya sambil memberi susu botol. Dalam sedu sedan dan esakan si kecil, mata si kecil terus terpejam lantaran kepenatan. Penat menangis kerana laparkan susu ibu yang pasti. Sekali lagi, tersentuh naluri keibuan saya. Lantas saya mengalihkan si kecil di atas tilam dengan selesa supaya tidurnya bertambah nyenyak.

Kanak-kanak memang perlukan perhatian dan kasih sayang ibu sendiri. Tak sama dengan ibu saudara macam saya nih. Haihh. Sekiranya saya sudah bekerja kelak dan mempunyai anak, adakah saya mampu menjadi ibu pengatur rumah tangga yang dituntut di dalam Islam?? Wallahu'alam..

Jemputan dengan Video Ohsem!!



Apa lagi? Jomlah pergi!! Inshaa Allah, ohsem! ;) 
Boleh tengok details kat sini ye, Siri Jelajah Malaysia (Akhir).  

Jemputan Warga KL dan Sekitarnya.. Yang Lain-lain Pun Boleh.. :)

Assalamualaikum wbt,

Siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan area PJ ataupun yang belajar kat UM ke, bolehlah datang ke sini beramai-ramai. Majlis ilmu yang tiada di tempat lain, insyaAllah. Ini merupkan siri terakhir Jelajah Malaysia untuk tahun 2012. Kalau terlepas rugilah. Huhuhu. Tahun depan mungkin ada lagi tapi isu mungkin berbeza. Jadi apa tunggu lagi, marilah beramai-ramai memenuhi majlis ilmu yang dinaungi para malaikat, InsyaAllah.  Lagipun, percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Malah dapat goodie bags dan juga ilmu serta fikrah Islam yang pastinya. :)

Siapa-siapa yang tergerak hatinya oleh Allah SWT untuk pergi, ajaklah kawan-kawan, saudara mara, mak ayah, adik-adik, suami/isteri, anak-anak dan semua pergi. Ajak jiran pun lagi bagus. Anda boleh tanya apa-apa saje soalan yang berkaitan dengan fikrah Islam. Macam yang korang selalu tanya kat Ustaz Azhar Idrus. Hehehe. Out of topic pun boleh. InsyaAllah, panel-panel yang ditampilkan mampu menjawab keraguan anda dengan izin Allah SWT.

Berikut adalah butiran lanjut majlis ilmu yang saya nyatakan di atas:

SIRI JELAJAH MALAYSIA 2012

DIALOG "NEGARA ISLAM" 
Bersama Hizbut Tahrir Malaysia

Tarikh: 02 Disember 2012 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 01.00 ptg
Tempat: Auditorium Dewan Sivik,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),
Jalan Yong Shook Lin,
Petaling Jaya, Selangor


  Ahli Panel:
[1] Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
[2] Ustaz Umar Hussein (AJK Pusat HTM)

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Masuk Adalah Percuma!

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke sini ye. :)

Sendirian Tidak Berseorangan.

Sudah tidak terkira berapa kali ke rumah mertua. Kali nih balik atas urusan yang penting walaupun tidak melibatkan nyawa. :-) Kiranya sudah kali kedua saya menaiki bas ke selatan berdua dengan suami dan perjalanan kali nih lebih aman dan selesa berbanding sebelumnya. Mungkin sebab dah boleh adapt dengan keadaan bergoyang-goyang bila di dalam bas biarpun semasa tidur. Hee. Rasanya ingin digunakan semaksimum mungkin penggunaan bas sebelum ahli bertambah. Tak dapat dibayangkan kalau bawak anak berderet-deret naik bas balik kampung. Tapi apa salahnya kan, biar penuh ahli keluarga dalam bas.

Oklah, kepulangan kali ini bukan untuk bercuti-cuti sangat pun. Urusan penting keluarga harus diselesaikan ketika hari bekerja. Makanya semalam maghrib baru saya sampai rumah mertua. Urusan di pagi Ahad sentiasa penuh dengan aktiviti untuk diselesaikan. Semoga saya sentiasa dimudahkan urusan dan lancar segala apa yang saya usahakan. Aamiin.

Saya berada di sekitar insan-insan yang tidak saya fahami loghatnya. Bukan melayu tulen tapi sudah ada kemasukan bahasa-bahasa asing. B-) Nasib sayalah siapas suruh ikut nak dengan suami je. Penyudahnya saya menulis di sini.

Saya memerhati gelagat manusia. Tua muda lelaki perempuan anak-anak kecil dan juga remaja. Di depan saya kini seorang lelaki yang sudah berusia lebih kurang dalam lingkungan 50-an, sudah beruban yang pastinya. Tapi sayang, seputung rokok masih setia dikepit di antara dua jari kirinya, jari telunjuk dan jari hantu. Dan sayang sekali lagi, asapnya menghala ke saya. Lalu anaknya memanggil dan pakcik pun beredar. Alhamdulillah.

Kalau nak dibincangkan tentang rokok, saya bersyukur punya suami yang tidak merokok. Saya terlupa untuk bertanya suami (bukan directly from me) sebelum bertunang. Tapi Alhamdulillah. Untuk kriteria calon suami adik-adik saya nanti, bakal suaminya harus 'SAY NO' to rokok and not smoking as well. Bukan saya yang tetapkan tetapi nenek, ayah dan juga ibu saya. Yang lain-lain mudah je. Insyaallah. (Macam nak promote adik sendiri pula. Huhuhu. Insyaallah, bakalnya sudah ada. Jodoh Allah telah tentukan. Tunggu masa, keadaan dan orangnya saja jika Allah telah tetapkan).

Ramai orang beratur diluar pejabat pesuruhjaya sumpah. Urusan keluarga saya masih belum selesai. Mujur datang awal daripada mereka. Kalau tak, mesti beratur jugalah nampaknya.

Insan berbaju pink,
Berhampiran laut. ;-)


My Other Half

 Another half means we are better when we are with them.

Dari Anas bin Malik,

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نِصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya, bertaqwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.”
(As Silsilah As-Sohihah no. 625)

ME AND MY OTHER HALF

Saya order ni dari Istana Cinta, kalau tak silap.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Sumber : As

Homamade Baked Cheddar Meatballs

Assalamualaikum, apa khabar?

Alhamdulillah, harini satu lagi resepi baru telah dipelajari. Resepi western food yang diilhamkan ketika makan di sebuah restoran pizza iaitu cheese baked  meatballs. Jadi rasa mahu dikongsi bersama rakan-rakan yang membaca blog ini. Macamlah hebat sangat kan? Huhuhu.

Ini resepi Homemade Baked Cheddar Meatballs. Why Cheddar not Parmesan or Mozarella or Romano or other type of cheeses?? The story about it when you read this entry until the end. :-)

Homemade Baked Cheddar Meatballs

Bahan-bahan:

- Meatballs beli siap sahaja. Nak buat sendiri saya belum rajin sangat ketika ini.. Mungkin lain kali saya akan buat sendiri..
- Bawang besar -1 biji tapi kalau guna bawang holand lagi best. Sebab rasanya lagi manis.
- Bawang putih 5 ulas dicincang halus. Sebab saya nakkan rasa pure Itali, banyak saya letak. Hehehe.
- Lada capsicum hijau dan merah. Ikutlah nak letak banyak mana. Saya letak tak banyak sebab stok yang ada dalam fridge itu je tinggal..
- Tomato 3 biji yang sedang-sedang je.
- Daun kari 2 tangkai sebab takde daun apa tah yang orang selalu letak dalam kuah spagetti. Parsley leaves kot. Sebenarnya Basil leaves. Jangan silap letak ye, nanti rasa lain. Tapi kalau nak cuba jugak, apa salahnya. :D
- Cili boh dalam 2 sudu
- Garam dan gula secukup rasa.
- Cheese keping Cheddar. Sepatutmya keju spread Parmesan or Mozarella tapi itu je yang ada. Hehehe.

Caranya:

- Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus-halus boleh, hiris-hiris je pun boleh
-Letak lada capsicum dan daun kari, goreng sampai bau best hingga meresuk ke dalam hidung..
-Letak cili boh, tomato, garam dan gula secukup rasa.. Agak-agaklah sampai cili boh masak ye.. Nanti rasa cili lagi, mesti tak berapa sedap.
- Masukkan meatballs dan kacau dalam 5 minit gitu.

Sambil menumis dan memasak tuh, sila pre-heat oven ye. Saya guna 200 degree celcius je sebab takut panas sangat. Saya panaskan bahagian bakar atas sebab nanti nak keju mencair dengan cemerlang kan. 

Dah siap masak yang tadi, masukkan dalam bekas yang boleh digunakan untuk bakar dalam oven like caserol ke, kemuadian tabur cheese sebanyak-banyaknya ikut stok yang ada dan bakar dalam 10-15 minit.

Simple kan? Hehehe

My portion.

Convocation at PICC (7th October 2012)






Not mine BUT my brother-in-law.
Thank you.

Kelantanese. Why??

Perjalanan pulang dari KL memaksa saya untuk menaiki monorail dan lrt untuk sampai ke rumah. Laluan pulang saya petang semalam berlainan dari minggu-minggu sebelumnya. Kenderaan awam penuh! Tertanya-juga saya atas sebab apa penuh memandangkan jam baru menginjak angka 4. Ada lagi 1 jam untuk kenderaan awam penuh kalau ikut kebiasaan hari-hari lain.

Saya mencari tempat duduk yang sesuai dan selesa di dalam lrt. Gerabak kegemaran penuh dengan pelajar sekolah. Saya berlari ke gerabak seterusnya, penuh juga tapi masih ada ruang kegemaran saya di dalam lrt tersebut. Pelajar sekolah lagi. Chinese. Saya tak faham apa yang dibincangkan mereka. Ada pelajar india di antara mereka, memegang buku latihan PMR. Haa, baru saya teringat! Itu merupakan hari terakhir PMR 2012 bagi yang tidak ambil subjek bahasa lain. Juga PMR terakhir buat adik saya. Alhamdulillah.

Mujur mereka tidak lama. Dua stesen seterusnya mereka sudah turun. Saya termenung seketika.
Tiba di stesen Masjid Jamek yang terkenal dengan ramainya manusia, saya terlihat sebuah keluarga kecil. Ibu, ayah dan dua orang kanak-kanak lelaki comel. Si abang iras wajah ibu dan si asik saya tidak pasti. Ibunya cantik dan usia kanak-kanak comel itu seusia si cilik saya kalau tak silap.

Pada mulanya gelagat mereka tidak saya endahkan seperti manusia lain di dalam lrt itu. Namun perhatian saya teralih kepada mereka apabila tiga gadis yang berpaut di tiang berhampiran saya bercakap tentang mereka terutamanya anak kecil yang sedang disusukan dengan susu botol.

"Alahai, comelnya!!" 

Itu antara ungkapan saya dengar daripada salah seorang gadis tersebut. Gelagat gadis-gadis itu buat saya tertarik untuk memerhatikan keluarga kecil itu.

Tiba di stesen Tasik Selatan, tiga gadis tadi beredar keluar. Mata saya masih setia memerhatikan keletah dua kanak-kanak itu. Bila si ibu beralih tempat untuk mencari tiang memaut anaknya yang kecil, si abang ikut sama. Tetapi si abang bawa sekali dengan beg plastik yang ada berdekatan ayahnya. Si abang bercakap loghat kelantan dengan si ibu. Alahai.. Orang kelantan. Seronok tengok anak kecil itu bercakap.

Sebenarnya ketika saya memerhatikan ibu bapanya, saya tertanya-tanya loghat apa yang mereka guna. Percakapan mereka perlahan untuk saya dengari. Bukan bermaksud saya ni 'busybody' tapi loghat yang mereka gunakan tidak seperti saya.

Si abang beria-ria meminta tolong ibunya untuk membukakan plastik itu. " Ibu, tolong buka." "Nantilah, dah nak sampai ni." Perbualan itu berulang hampir empat kali. Saya terus memerhatikan si abang. Dek kerana si ibu tidak mahu melayan sangat keinginan anak sulongnya itu, maka si abang berusaha juga untuk membukanya.

Mula-mula dicubanya dengan tangan, kemudian dengan tangan lagi. Setelah beberapa cubaan gagal, si abang terus menggigit plastik itu sampai terkoyak sehingga mencuri perhatian ai ayah yang dari tadi termenung jauh. Tergelak saya sendirian. Owh, kanak-kanak! Lagi seronok sebab dia orang kelantan. Owh my!! Rindunya saya suasana di Kelantan.

Kualiti Blog Merudum?

Tajuk gempak tak gempak pula kan. Tapi nak buat macamana kan. Okeyh, banyak betul kan nya.

Sebenarnya begini. Setelah berfikir panjang untuk beberapa bulan, setelah disemak kembali segala entri lelama, dan setelah post entri yang kurang bermakna (bagi sayalah) telah dikongsikan untuk kesekian kali, maka blog ini akan berubah isinya.

Bukan semata-mata entri perkongsian fikrah, tapi segala perkongsian, cara hidup, masakan, makanan, jalan-jalan dan apa sahaja yang saya rasakan perlu untuk dikongsikan bersama. B-)

Tidak lupa juga, gambar-gambar akan dimuat naik tetapi gambar tuan rumah tidak akan dipaparkan. Melainkan gambar yang dirasakan sesuai. Gambar keluarga tidak perlu, yang perlu dilebihkan adalah gambar pemandangan, makanan dan seumpamanya..

Saya minat dengan fotografi tapi belum rezeki lagi untuk mencapai hasrat itu. Makanya, gambar yang diambil adalah kualiti kamera xperia dan kamera digital canon sahaja. Berimpian sangat perlu ketika ini memandangkan saya akan cuba untuk rajin update. Lalala. Dan blogwalking akan kembali dalam kamus hidup ini.

Sekian, lintas langsung dari Kuala Lumpur.

Jika Komitmen Da'ei Benar-benar Tulus...

Saya telah dimotivasikan oleh suami ketika pulang dari Serendah petang tadi.. Maka, kuhadiahkan motivasi ini kembali kepada sahabat seperjuanganku, sahabat blogger dan sahabat dunia akhirat yang dikasihi keranaNya,


*Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus...*
maka tidak akan banyak daei yg berguguran di tengah jalan.
dakwah akan terus maju dengan cepat untuk meraih tujuannya
dan mampu memancangkan prinsip2nya dengan kukuh

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
nescaya hati sekian byk orang akan jadi bersih,
fikiran mereka akan bersatu dan...
fenomena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat akan jarang terjadi

Jika komitmen daei benar2 tulus...
maka sikap toleransi akan semarak,rasa saling mencintai akan merebak.
hubungan persaudaraan semakin kuat
dan barisan para daei akan menjadi bangunan yang berdiri kukuh dan saling menguatkan

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka dia takkan peduli saat ditempatkan dibarisan belakang atau depan
komitmen tidak akan berubah ketika ia diangkat menjadi pemimpin yg berkuasa
mengeluarkan keputusan atau ...hanya sebagai orang biasa yang tidak dikenali

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka hati seorang daei akan tetap lapang
untuk memaafkan saudara seperjuangannya
sehingga tidak tertinggal sekecil dendam dan permusuhan

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka sikap toleransi dan saling memaafkan akan terus berkembang
sehingga tidak ada momentum yg boleh menimbulkn kebencian, dendam dan
amarah,namun sebaliknya yg menjadi semboyan adalah
"saya sedar bhw saya sering lakukan kesalahan dan saya yakin awak memaafkan saya"

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka tidak mungkin akan terjadi kecuaian dlm menunaikan
kewajiban dan tugas dakwah... namun yg terjadi adalah
fenomena berlumba2 untuk kebaikan dan
bersungguh mencapai darjat yg tinggi

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka semua orang akan menghargai waktu
bagi setiap daei, tidak ada waktu terbuang yg sia2
kerana dia akan selalu gunakannya utk ibadah
kepada allah atau berjuang menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap daei akan segera tunaikan kewajiban hartanya
untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikit pun..
semboyannya adalah "apa yg ada padaku akan habis
dan apa di sisi Allah akan kekal"

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap daei akan patuh dan taat tanpa ragu
di dalamnya tidak ada keuntungan peribadi dan menang sendiri

*Jika komitmen daei benar2 tulus...*
maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis
sementara yg bersungguh2 akan menyesali dirinya
kerana ingin berbuat lebih banyak
dan hanya mengharapkan pahala dan balasan dari Allah.. 
 
 
Sumber: saya lupa apa blognya tapi suami ada sebut petang tadi.
Maaf, lupa.
 
Semoga Allah SWT redha atas kami. Ameen..

What Does pm Mean??

Ramai yang memberi komen di Facebook tentang sesuatu produk, kemudian tuan punya akaun akan balas "saya pm ye..".

Sampai saya pun akan balas komen tentang sesuatu yang saya anggap atau rasa ia rahsia, maka saya akan komen "saya pm ye..". Bukankah itu membawa maksud bahawa ada rahsia antara dua insan??

Makanya saya terus google dek acapkali menangguh untuk mencari acronim tersebut.. Google guna opera mini, tak main dah firefox atau chrome nih.. Hehehe. Berlagak bunyinya di situ ye..

Maksud pm yang selalu digunakan orang adalah 'private message'. Barulah saya faham. Atau saya seorang sahaja tak tahu?? *sila gelakkan saya.. Huhuhu.

'Better late than never.'

A Tea Break at Secret Recipe


Kebiasaan menikmati sepotong kek di kedai ini, tidak pernah terlintas untuk merasai aroma teh apatah lagi mencubanya. Bagaikan langkah kanan ketika itu, kami mendapat 2 cawan teh dengan pembelian 2 potong kek 'dine-in'. 

Alhamdulillah, dapat menikmati teh yang lazat dan panasnya menyegarkan tekak sambil menjamah sepotong kek pilihan bak menikmati minum petang ala inggeris. :D


Mencuba kek keju coklat untuk mencipta kelainan dalam merasa pelbagai jenis kek.



Kadang-kadang kek kegemaran tetap menjadi pilihan sekiranya mood mencuba makanan tiada ketika itu. Atau memang sifat 'hanya untuk makan makanan kegemaran' sentiasa tersemadi di dalam diri.


Model cilik sentiasa mencuit hati bila di kedai makan.
Teh panas penyeri minum petang yang tidak dirancang. Huhuhu



 English Breakfast Tea and Pure Camomile. Both taste just nice. I love both.

Dear Hanis Haizi



Dear Hanis Haizi

I love your blog because the explanation that you gave about Premium Beauty in this blog very interesting and able to take my attention to try Premium Beauty. The brand of it make me feel like do not want looking for other corset. As a woman, I also love it when you post about your holiday trip with friends and bought some branded accessories like handbags. It seems to encourage me to do the same thing like you which is running a business. Please, please let me have the CHANEL surprise gift you mentioned (here).


Owh, too gorgeous to have all these!! ;)

Mekap dan Perubahan Zaman

Wanita dan fesyen tidak dapat dinafikan akan terkaitannya antara satu sama lain. Begitu juga dengan mekap. Wanita dan mekap umpama kawan karib yang tidak diragukan lagi akan keakrabannya. Maka semakin banyaklah jenama-jenama barangan komestik berada di pasaran. Namakan sahaja pasti ramai wanita yang tahu. Maybelline. Silky Girl. In2it. Mac. Mary Kay. SimplySity juga tidak ketinggalan. Farmasi cosmetic juga mendapat tempat di hati peminat-peminatnya yang mementingkan kehalalan sesuatu produk dan banyak lagi jenama-jenama kosmetik yang saya pun tak berapa ingat..

Melalui pengamatan dan pemerhatian saya, para pengguna produk kosmetik ini terdiri daripada wanita-wanita bertudung atau dengan kata yang lebih moden wanita hijabista. Saya fikir mereka mersa tidak lengkap tanpa rakan karib mereka, produk kosmetik. Rata-rata yang saya lihat paling simple pun mereka pasti akan memakai secalit lipstik atau lipbalm yang berwarna merah merah jambu di bibir dan juga eyeliner supaya lebih nampak menarik. Agaknya wajah mereka yang semulajadi itu tidak menarik. Huhuhu. Tetapi untuk siapa dan apa mereka perlu nampak menarik??

Telah jelas diterangkan di dalam Al-Quran yang bermaksud bahawa "Janganlah kamu berhias diri seperti orang-orang Jahiliyah zaman dahulu." (TMQ Al-Ahzab [33]:33)

Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita wanita muslimah bahawa kita tidak boleh memakai mekap di depan lelaki ajnabi kerana perbuatan seperti wanita Jahiliyah. Adakah kita ingin dikategorikan seperti itu oleh Yang Maha Pencipta?? Tepuk dada tanyalah iman kita wahai muslimah yang dikasihi sekalian..

Fenomena fashionista dan hijabista (hijabishion) sangat mendarahdaging kaum muslimah saat ini. Fenomena ini juga dikatakan adalah yang paling dahsyat melanda muslimah terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Sehingga banyak acara-acara hijabishion yang menggabungkan kedua-dua negara ini. Muslimah fashion yang diadakan tahun lepas melalui online blog melibatkan beberapa fashionista yang berhijab. Mereka bukan sahaja diminta menggayakan beberapa tema pakaian malah merek juga turut bertabarruj dan tidak sempurna cara pemakaiannya menurut Islam. Adakah ini yang dibangga-banggakan selaku muslimah??

Tambahan pula, penjualan tudung-tudung yang beraneka stail tetapi sopan secara online dan juga offline sangat menjerat para muslimah ini untuk terus berfesyen mengikut peredaram zaman. Ketersediaan untuk membeli produk kosmetik juga mendorong para muslimah ini untuk sentiasa melakukan dosa bertabarruj. Nauzubillah minzalik!! Adakah kita tergolong di dalam golongan muslimah seperti ini?? Tanyalah diri sendiri. Assalamualaikum..

Wanita Hijabista Fashionista vs Wanita Solehah

Pengeluaran majalah Hijabista telah berada di pasaran sejak 5 bulan yang lalu. Edisi pengenalan keluaran April 2012 memaparkan Diana Amir sebagai penghias muka depan. Hijabista mungkin menjadi rujukan buat para pemakai tudung. Ini adalah roda kehidupan wanita hijabista untuk mengikut trend terkini cara pemakaian tudung supaya lebih menarik tetapi sopan. Apa yang menjadi kesalahan kepada wanita hijabista fashionista atau singkatannya hijabishion??


Wanita, Kekeliruan Dan Tipu Daya Yahudi

Umat Islam yakin bangsa Yahudi dan Nasara adalah dua bangsa yang disebut dalam Ummul Kitab sebagai masing-masing bangsa yang dimurkai dan bangsa yang sesat. Mereka adalah musuh yang nyata kepada umat Islam.  Persoalannya, adakah umat Islam menyedari bahawa Yahudi dan Nasara senantiasa memasang perangkap untuk menjerat umat Islam dalam segenap aspek kehidupan? Antara golongan yang amat mudah terpedaya dan masuk ke perangkap mereka adalah wanita.

Wanita Dan Kekeliruan Gaya Berpakaian

Aspek yang amat ketara dipengaruhi oleh Yahudi dan Nasara dalam kehidupan seorang Muslimah adalah gaya berpakaian.  Bermula dari umur kanak-kanak hingga ke umur remaja, anak-anak perempuan Islam didedahkan dengan cara berpakaian yang fashionable dan amat mengelirukan. Tuntutan berpakaian menutup aurat untuk anak-anak perempuan yang telah mencapai umur baligh difahami dengan fahaman yang literal iaitu sekadar menutup tubuh.  Justeru, berpakaian apa saja adalah dibenarkan asalkan menutup tubuh sedangkan tuntutan berpakaian untuk Muslimah adalah berpakaian menutupi aurat (menepati syarak) dan ini termasuklah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita. Dengan kata lain, memakai seluar sama ada jeans atau slack, ketat atau baggy adalah haram bagi wanita Islam walaupun ia menutup tubuh tetapi tidak menutup aurat, kerana pakaian tersebut menampakkan bentuk peha dan bentuk betis seseorang wanita. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani " [TMQ al-Ahzab (33):59].

Dari ayat ini jelas sekali Islam telah menggariskan kod pakaian khusus untuk wanita Islam apabila berada di tempat umum.  Begitu juga dengan kewajipan khimar (tudung) di mana Allah SWT berfirman,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka  dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami merek, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beroleh kemenangan” [TMQ An-Nur (24):31].

Pemandu Kereta Kurang Beretika

Setelah 4 tahun mempunyai lesen kereta, 2 tahun kebelakangan ini adalah kerap memandu sendiri. Banyak kerenah pemandu yang dapat dilihat. Samada di tengah-tengah bandar ataupun di jalan-jalan kampungan. Walaupun belum mempunyai kereta sendiri, tetapi sudah beberapa jenis kereta sudah dipandu. Dari kereta buatan Malaysia sehingga kereta import. Semuanya orang yang punya. Hehehe. Jadi, dapatlah bezakan kesedapan memandu dan kehebatan memakai kereta yang sangat bagus seperti Peugeot dan Honda (kira macam test drive untuk beli kereta akan datang).

Ok, Mari saya tanyakan beberapa soalan. Berapa kerap anda menggunakan signal kereta untuk belok ke kiri atau ke kanan? Jarang-jarang? Kadang-kadang? Atau hanya bila perlu sahaja? Bagi saya, setiap kali hendak belok HARUS menggunakan signal. Mengapa? Ketidakprihatinan anda tentang perkara itu boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain terutamanya penunggang motosikal. Melalui pemerhatian saya sepanjang memandu samada semasa sesak atau lenggang, pemandu kereta mewah seperti Toyota dan Honda biasanya kurang menggunakan signal. Agaknya mereka ingat mereka kereta besar, boleh lanyak kereta biasa-biasa je kot. Hon sekali sekala puas hati juga. Tapi itu juga etika yang tidak bagus ya.

Kalau bab traffic light seperti gambar di bawah ini, mesti ramai yang sakit hati kan?

sumber gambar: facebook
Saya juga pernah buat. Itupun sebab tersilap jalan. Mungkin hal itu boleh dimaafkan tapi kalau selalu? Siapa tahu. Ada juga sesetengah kereta yang berhenti ketika lampu merah, berhenti di laluan yang salah. Lebih-lebih lagi kalau penunggang motosikal selalu berhenti di laluan tersebut. Sebab kadang-kadang lampu hijau menyala masanya adalah lain untuk terus dan belok. Sekiranya kereta ingin terus berhenti di laluan belok manakala motosikal ingin belok berhenti di laluan belok, tidakkah itu membahayakan penunggang motosikal tersebut? Lebih-lebih jika motosikal tiba ketika lampu hijau terus baru sahaja menyala. Don't be too selfish, young man.

Sebagai kesimpulan, signal harus digunakan setiap kali ingin ubah laluan, mesti tahu laluan mana yang perlu dilalui, berhenti dan sebagainya serta kurangkan menggunakan hon ya. Guna bila keadaan genting sahaja. Jangan guna ketika marah atau sakit hati. Assalamualaikum.

Salam Lebaran dari Shira & Suami

Assalamualaikum,

Salam 11 Syawal 1433H. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Taqabbal allahu minna wa minkum Eid Mubarak. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan kita selama sebulan Ramadhan di mana segala ibadah pahalanya digandakan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tahun pertama saya beraya sebagai isteri dan masih berdua. Raya pertama di rumah ibu bapa saya dan malamnya terus ke rumah mertua di selatan. Setelah hampir 10 tahun tidak melakukan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, maka pernikahan hampir berusia setahun ini memaknakan silaturahim kekeluargaan. Ya Allah! Betapa Kau Maha Penyayang. Betapa silaturahim yang diputuskan tidak lama dulu diganti dengan keluarga baru yang benar-benar memahami erti tali persaudaraan. Kita manusia, manusia adalah insan yang lemah. Malah, manusia sering berbuat dosa dan kadang-kadang 'lupa' bertaubat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (TQS Muhammad [47]: 22-23).

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim).

Kepada insan yang dirindui dari jauh (saudara ya), Selamat Pengantin Baru, Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair buat pasangan baru Uda dan suami. Semoga Allah redha. Ameen.



Peringatan bersama khususnya untuk diriku ini : - "Lazimkanlah dirimu dengan istikharah tatkala ingin membuat keputusan agar Allah redha, lazimkanlah dirimu dengan tahajud tatkala ingin mendapatkan kekuatan agar Allah sentiasa menguatkan, lazimkanlah dirimu dengan solat hajat tatkala menginginkan agar Allah memakbulkan mengkut redha & izinNya." (sahabat 2012) .

New Experience with New Things

Assalamualaikum,
 
Lama rasanya tidak menulis tentang kehidupan dan pengalaman.. Alhamdullillah, sudah malam ke-18 Ramadhan umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. Sudah 3 hari juga saya ditemani 'girlfreind' yang sangat memahami keperluan gadget saya..

Pertama kali dalam hidup saya memiliki teman berjalan selembut bantal kekabu untuk dibaringkan dan direbahkan ke bumi, insyaallah.. Rasanya saya akan selalu update 'kot' blog ini tapi hanya yang simple sahaja agar blog ini tidak bersawang..

Owh ya! Mohon doa teman-teman yang membaca tailan pendek saya ini agar segalanya dimudahkan. Sekiranya benar, insyaallah akan dikhabarkan kelak. Doakan saya ya. ;-)

Nota: saja try update guna smartphone. B-) 

Salam sayang..

Don't Despair When It Comes to Marriage

Bismillah Ar Rahman Ar Raheem,
Assalam Alaykum Wa Rahmatullahi Wa Barkatuhu

Marriage is Sunnah and also half our deen. It’s a new door that leads to happiness as it unites two people and creates new familial bonds. When I think of marriage, I think of the Sunnah of our beloved Prophet Muhammad (Sall Allahu Alayhi Wa Sallam). I think of love, mercy, compassion, friendship, and happiness.

Today we are living in a time where it is very difficult to get married. Culture seems to play a bigger role in marriage than the religion itself which causes much distress among families especially youngsters who suffer the most. If I ask a young Muslim brother why he hasn’t married? He would say, “I do not have the means to support a wife, I am looking for a job.” Another would say, “I haven’t found the right person.” Then, the excuses build up. When I ask the Muslim sisters, They say “education” and some say, “I will when the times comes InshaAllah.”

While all these great excuses and cultural barriers between parents build up, the people remain unmarried for a very long time.

This is when I have found many people getting depressed. Some have lost hope and think that they will never get married.

This is very sad. I feel guilty writing this but this is a very important issue and is an advice to myself first, then others InshaAllah.

The other day someone told me a story about a beautiful girl who was so proud of herself she would reject every good proposal that would come to her thinking they are not good enough. Finally, there came to a point where she was getting older and the proposals stopped coming to her. While in desperation, there finally came a proposal which was was distinct from the others and she finally accepted it but got rejected at the end. The reason being that she got a lot older than she used to be. This made the girl commit suicide. Note: this is not a true story. Moral: Look into the proposals you receive because they are a blessing from Allah Subhana Wa Ta’ala and do not reject them unless you have a good reason (Advice to my self first and to everyone InshaAllah)

The reason for mentioning all this is to remind my dear brothers and sisters in Islam not to despair if you feel you cannot get married at the moment. Allah Subhana Wa Ta’ala will have someone for you. Do not lose hope thinking that you will never get married.

Here are a few steps that may facilitate the process of marriage:

1. Maintain a good relationship with Allah Subhana Wa Ta’ala. The other day I reflected upon this thinking to myself, if I do not have a good relationship with Allah Subhana Wa Ta’ala, then how will I expect myself to have a good relationship with others? Work on your relationship with Allah Subhana Wa ta’ala. Leave your sins and take yourself to account. Check your attitude towards others daily including your anger level, character, patience and if its faltering, work on it. Also when it comes to Salah, rush for it. Pray with Khushoo. Remember, the happiest person is the one who submits himself to Allah Subhana Wa Ta’ala.

2. Tell your parents. If you are closer to your mom or dad, tell them. In other cases, if you have a big brother or a sister who is closer to you, ask them to talk to your parents on your behalf. Try to convince them with a kind attitude. If you are good to your parents, they will definitely listen to you.

3. Make lots of duas. I have known a few sisters who have made lots of duas for righteous husbands. I have seen them very happy in life Masha’Allah. Furthermore, make sure to wake up in the night for Tahajjud and ask Allah for a good spouse. Once you have done that, keep making dua until a good proposal comes to you. Do not stop no matter what. This is where Shaytan will get to you! Do not Stop!

4. Put your complete trust in Allah Subhana Wa Ta’ala.

‘The emaan of a person cannot be true until he has more trust in that which is in Allah’s Hands than that which is in his own hands.’ [Ali Ibn Abi Talib RadiAllahu 'Anhu]

Be like a child, who would say, “I asked my mother to bring me my lunch to school.” The lunch time almost comes to an end and all his friends would say, “I don’t think your mom is gonna come. The lunch time is almost over.” The child would not stop and will say over again, “Say anything you want, I know my mom will come and give me the best lunch ever!”. No sooner than he turns around, he finds his mother holding his favorite lunch. The child would then tell his friend, “I told you, she would! My mother is amazing. She loves me so much.”

The reason I have mentioned the story of a mother and a child is to show the pure innocence of the child. How he trusted his mother and waited patiently on her that she will bring him his favorite food he asked her to get. Also the relationship between a mother and her child is amazingly remarkable. A mother loves her child so much and never asks for anything in return. In your life you will always find people who love you but no other love in the world compares to that of a mother.

Now, imagine your relationship with Allah Subhana Wa ta’ala. Allah loves us more than our mothers. So if you ask Him for something, don’t lose hope, know He will give you the best! Always Expect the best from Allah Subhana Wa ta’ala.

5. Always remember after hardship comes ease. So be patient.

“Life is like a coin. Pleasure and pain are the two sides. Only one side is visible at a time. But remember other side is waiting for its turn.”

6. When things go wrong always say:

“Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”[Surah Al 'Imran 173]

It doesn’t matter if you get rejected by someone. You never know what’s the good behind it.

Allah says in the Qur’an:

“It may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.”
(2: 216)

Leave your affairs to Allah Subhana Wa Ta’ala. What is meant to happen will happen InshaAllah and you will get rewarded for your patience. I can almost imagine myself in Jannah enjoying the fruits and drinks flowing like a waterfall. The more I am waiting here, the more I am enjoying there and don’t forget Jannah is eternal.

7. Increase in worship. Start fasting every Mondays and Thursdays. It is sunnah! Fasting helps you and you can make lots of duas while you are fasting.

8. Read Qur’an daily and reflect upon it. It doesn’t matter if you do not get what you want here in this world, you still have the Hereafter. You have not lost anything. The affairs of a believer are good both in this world and the hereafter.

9. Keep doing good deeds and give more charity.

“Surely, Allah’s Mercy is [ever] near unto the good-doers.” [Qur’an 7:56]

Know that Paradise is not far away. So work hard for it and compete with other believers in righteousness.

Narrated ‘Abdullah (Radi Allahu Anhu): The Prophet (Sall Allahu Alayhi Wa Sallam) said,“Paradise is nearer to anyone of you than the Shirak (leather strap) of his shoe, and so is the (Hell) Fire. [8:495-O.B] Sahih Al Bukhari.

Al-Mutanabbi said:

“Time has showered me with trouble until
The arrows on my heart have formed a cover,
That now when I am struck with an arrow,
The blade of it strikes into the shaft of another,
Now I live without a care for troubles
Since I have nor profited by caring.”

Lastly, according to the book “Don’t be Sad”, “Tribulation is similar to sickness: it must run its course before it goes away, and the one who is hasty in attempting to remove it often causes it to augment and increase. It is imperative that the one who is afflicted be patient; he must wait with hope for relief, and he must be persistent in his prayers.”

May Allah Subhana Wa Ta’ala make it easy on the people who are seeking marriage Ameen

Sharing is caring! ;)

Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap saya selama berblogging. Alhamdulillah, sudah Ramadhan ke-6 untuk seluruh unmat Islam di dunia menyambut puasa dan Ramadhan ke-5 bagi rakyat Malaysia. Sedih :(( menyaksikan perbezaan puasa umat Islam pada hari ini dan sejak 88 tahun yang lalu lagi (keruntuhan Daulah Khilafah : Turki Usthmaniyah).

Dalam Hâsyiyah as-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Mâjah pada bab “Ittiba’ Sunnah Rasulullah SAW” terdapat hadis sebagai berikut:

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah, ia berkata bahawa telah menceritakan kepada kami Syarik dari al-A’mas dari Abu Shalih dari Abu Hurairah yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُو

“Apa yang aku perintahkan pada kalian, maka kerjakanlah. Sebaliknya, apa yang aku larang untuk kalian, maka tinggalkanlah.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apa yang aku perintahkan pada kalian, maka kerjakanlah ….“. Hadits ini sebagai tafsir (penjelasan) atas firman Allah SWT: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (TQS. Al-Hasyr [59] : 7).

Kata “mâ” di kedua tempat tersebut merupakan “mâ syarthiyah” sebagaimana perkataan Imam as-Suyuthi. Kemudian sabda Rasulullah “Apa yang aku perintahkan pada kalian” adalah umum untuk perintah wajib dan sunnah. Sementara sabda Rasulullah “maka kerjakanlah“, yakni berpegang tegulah dengannya, karena keumuman tuntutan yang meliputi perkara wajib dan sunnah. Sehingga perintah ini diterapkan atas keduanya (wajib dan sunah). Ada sebahagian yang mengatakan bahwa hal ini dikhususkan pada perintah wajib saja.

Begitu juga dengan sabda Rasululah “Apa yang aku larang untuk kalian” adalah umum untuk larangan haram dan makruh. Juga tuntutan dalam sabdanya “maka tinggalkanlah” adalah umum untuk keduanya (haram dan makruh). Dan kemungkinan juga khusus pada larangan yang haram saja. Sekalipun kontek seruan dalam hadits itu untuk orang kedua, namun ulama sepakat bahawa hukum yang terkandung di dalamnya umum mencakup orang ketiga. Dan berdasarkan keumummannya, maka hal ini meliputi pula mujtahid dan muqallid.


Segala puji bagi Allah semata, bahawa Allah telah menjadi kami di antara orang yang bekerja untuk menerapkan hukum Allah di bumi. Ternyata, di tengah-tengah umat ini ada orang yang mengerti betul manthûq (makna yang tersurat) dari ayat yang mulia “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (TQS. Al-Hasyr [59] : 7). Sementara hadits yang sedang kami bicarakan ini adalah menegaskan hakikat syara’, iaitu, bahwa Islam harus diterapkan secara penuh.

Sehingga, jikalau Islam diterapkan semuanya kecuali satu hukum, seperti orang yang menginginkan kekuasaan yang berkata: Kami akan menerapkan semua hukum Islam, mulai dari kehidupan rumah tangga hingga politik luar negeri dan hubungan internasional, kecuali hukum tentang pencurian, di mana kami tidak ingin memotong tangan, maka tindakan yang demikian itu telah menjatuhkannya pada perkara haram, dan menjadikannya tidak menerapkan Islam. Sebab manthûq (makna yang tersurat) dari hadits “Apa yang aku perintahkan pada kalian, maka kerjakanlah. Sebaliknya, apa yang aku larang untuk kalian, maka tinggalkanlah” adalah bahawa kata “mâ” yang bermakna “apa” itu termasuk di antara lafadz (kata) umum. Sehingga hal itu meliputi semua hukum syara’ secara umum. Dan perintah di dalamnya adalah perintah wajib.

Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 3/6/2012.

Salam Ramadhan Kareem.. ;))

Pengalaman Temuduga SPA

6 Julai 2012 : Pagi hari dimulakan seawal jam 2. Study berkenaan isu-isu semasa, politik Malaysia, tentang farmasi khususnya dan dasar-dasar baru kerajaan. Almaklumlah, semuanya hendak dibuat last minute tapi Alhamdulillah.

Dengan keizinan dan doa suami, aku memandu ke Putrajaya seawal 6.15 selepas hantar ibuku ke rumah ibu saudaraku. Punyalah macam gelabah, boleh pula aku turn ke sekolah pepagi buta hendak hantar ibuku. Mujur ibuku tegur dan aku terus berubah arah perjalanan ke rumah makcikku.

Malam sebelum hari kejadian, aku sudah survey jalan ke Putrajaya. Jadi, aku sudah boleh budget jam berapa aku sampai di bangunan SPA meandangkan aku ingin dapat parking. Pak guard di sana kata, kena awal datangnya baru ada parking. Maka tiba sahaja di sana, aku adalah kereta ke-3 bukan yang pertama. :((

Aku terus ke tingkat 6 dan duduk. Takde orang pun lagi, gelap gelita dewan temuduga. Lebih kurang jam 7.10 rasanya pihak SPA menyuruh aku dan beberapa lagi peserta dari Masterskills tunggu di dalam. Uiii, besar rupanya. Rasanya boleh muat 300 orang dalam satu-satu masa. Dan yang utamanya sejuk serta ada TV, boleh tonton berita pagi.

Jam menunjukkan angkan 7.46 pagi. Namaku dipanggil, lantas aku menyerahkan resume dan mengisi borang calon. Aku calon ke 1401 means orang pertama untuk bilik P. Aku sudah mengenali penemuduga dari SPA, cuma tidak kenal wakil dari KKM. Rupanya, dua-dua lelaki.

Kemudian, angka giliran aku terpampang di skrin. Aku berlalu ke bilik P dengan tenang. En I (wakil SPA) and En H (wakil KKM) meminta aku duduk setelah aku menyerahkan salinan-salinan yang diminta beserta fail sijil-sijil. En I menerangkan apa yang perlu aku beritahu. In Malay and hobbies must in English. Ok, this were the conversation:

En I: Puan S, (terharu betul aku time nih, yelah tak pernah orang panggil aku puan bila status sebenar aku adalah puan) sila mulakan.


Aku: bercerita panjang lebar jugaklah tentang diriku dan seangkatan.

En I: Hobbies in English ya!

Aku: my hobby is cooking (En I menyampuk, lucky your husband, hahaha), reading novels (En I, english or Malays) aku jawab Malay from Alaf 21. Then, blogging. (He said about teenagers and 'drug mold' tapi aku senyum dan angguk jelah sebab aku tak sure time tuh apa maknanya). Then, cycling and bla..bla..bla..
En I : future plan?

Aku: sebab polisi kerajaan dah 1+1, maka mestilah ada retail pharmacy for future career but that must be in 10 years. (He said, good!!)

Then, masuk tentang persoalannya.

En I: Pilihanraya yang akan datang nih pilihanraya ke berapa? (Aku jawab PRU13). Kenapa orang barat takut dengan angka 13? (Erk? Alamak kenapa ek? Jawab je tak tahu. Huhuhu) Sebab 13 unlucky number, just common sense.

En I: dalam 2 3 minggu nih, apa yang berlaku di Eropah? (EURO 2012) Husband you minat bola tak? (Owh tidak)


En I: sejak 3 minggu kebelakangan nih, kerajaan ada bagi bantuan pada satu golongan nih.. (Tak sempat dia nak habiskan pertanyaan, aku dah jawab pemandu teksi). Dia kata betul dan kenapa mereka bukan pemandu bas ke? (Aku cakap pasal dorang selalu cakap pasal politik dan blaa... ) and bla..bla..

En I: Last but not least, apa slogam 1Malaysia? Aku senyum, aku jawab Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan. Dia kata terbalik, aku tukar pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan. Terbalik juga. Hahaha. Kantoi!!

En H pula: Ok, Puan S.. (Terharu lagi) Apa yang awak faham tentang 1+1? Aku jawab dengan yakin, siap mention pasal PRP and FRP dan hospital settings untuk farmasi.

En H: Macamana nak bezakan sesuatu ubat tuh ubat tradisional ke bukan? Aku cakap pasal hologram, then dia tanya lagi, ubat tradisional kena ada hologram ke? Aku jawablah tidak tapi ada nombor pendaftaran. (Haa.. itulah jawapan yang saya nak.) Apa nombornya? Erk... Dia beritahu then suruh ingat sebab ramai orang selalu tanya tentang ini. Baik!!

En H: awak kena counsel saya pasal furosemide. bila nak makan semua sekali. Aku jawab pasal air banyak dalam badan, kena makan pagi sebab nanti buang air, jangan ambil malam, nanti ganggu waktu tidur sebab nak ke bilik air je. (Dia cakap, bagus.. Perlu tekankan pasal buang air.)

En I: You boleh ambil fail-fail ya. (Mereka sempat ucapkan good luck untuk aku.)

Aku: Owh, dah siap ke? (Macam sekejap lah pula)

 Tapi kawan-kawan cakap, akulah yang paling lama antara kawan-kawan yang pertama masuk. :D 

Jarang dapat ambil gambarnya tersenyum sebab after nampak flash baru nak senyum.

Mengapa Dalil Al-Quran Surah Al-Hujurat (49) :10 Tidak Terlaksana?

Sekali lagi, salah satu daripada penduduk dunia yang paling ditindas sedang berdepan dengan penyeksaan dan kezaliman. Umat Islam minoriti Rohingya telah diserang, dibunuh dan rumah-rumah mereka dibakar oleh penduduk majoriti Buddha di Myanmar kerana seorang wanita Buddha mendakwa telah dirogol oleh orang-orang Rohingnya. Kekejaman yang berlaku ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk Rohingya di Myanmar kerana mereka menghadapi kezaliman, ancaman, ugutan dan penyeksaan daripada pendududk Buddha, tentera Myanmar dan pihak keselamatan setiap hari.

Kekejaman ini mula berlaku ketika mana kepimpinan junta Myanmar telah mula beransur-ansur kembali ke pangkuan dunia setelah bertahun-tahun dipulaukan oleh masyarakat dunia. Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah ditamatkan apabila negara tersebut telah mula bergerak ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Pihak junta mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka boleh mengendalikan negara mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis penduduk etnik di Myanmar. Barat sedang menunggu untuk membuka sempadannya dengan Myanmar dan para pelabur telah mula meninjau keadaan di Myanmar selepas bertahun-tahun diperintah oleh rejim tentera. Myanmar adalah merupakan salah satu batu loncatan bagi Amerika Syarikat  untuk menghalang China daripada menjadi kuasa utama dunia, yang mana ia telah melindungi dan menyokong junta tentera di Myanmar selama bertahun-tahun lamanya. Terdapat banyak kumpulan etnik yang diiktiraf (keberadaannya) di Myanmar tetapi malangnya kaum Rohingya bukanlah salah satu daripada mereka. Rejim Myanmar sememangnya ingin menamatkan keganasan dan rusuhan kerana ini akan menakutkan dan menjauhkan para pelabur serta membantutkan usaha-usaha ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Halangan liputan media wujud di kawasan-kawasan di mana umat Islam Rohingya menetap di wilayah Rakhine.

Suatu tindakan yang amat memalukan daripada insiden ini adalah bagaimana kerajaan Bangladesh melayan saudara-saudara mereka di kalangan Muslimin dan Muslimat dari Myanmar. Sejak keganasan meletus di wilayah Rakhine, ramai kaum Muslimin Rohingya telah melarikan diri dengan menaiki kapal dan belayar ke Bangladesh yang merupakan negara jiran Myanmar. Apa yang dapat disaksikan setelah tiba di perairan Bangladesh, kaum Muslimin Rohingya tidak diberikan perlindungan dan keselamatan oleh saudara-saudara semuslim mereka. Sebaliknya, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan Bangladesh supaya kesemua Muslim Rohingnya dihantar pulang semula ke laut menuju ke Myanmar, kembali kepada tempat kezaliman dan keganasan mereka. Kebanyakan kapal-kapal tersebut dipenuhi oleh wanita dan kanak-kanak yang belayar selama 9 jam dan tidak mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi. Kapal-kapal tersebut telah diarahkan supaya belayar semula ke laut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Thailand beberapa tahun lalu apabila kaum Muslimin Rohingya ingin meminta suaka politik di sana. Berkaitan insiden ini, Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni memberitahu wartawan bahawa: “Kami tidak mahukan pelarian baru yang datang dari Myanmar”.

Peristiwa ini dengan jelas telah menunjukkan niat dan sikap sebenar kerajaan Bangladesh bahawa mereka langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat, sebaliknya mereka terus mempertahankan dan melindungi sempadan palsu yang melingkari negara mereka. Apa yang menarik dalam hal ini adalah kerajaan Bangladesh sanggup untuk membelanjakan banyak sumber dan tenaga mereka bagi memastikan bahawa sempadannya dengan Myanmar terjaga berbanding dengan nilai nyawa umat Islam Rohingnya. Pada masa yang sama, kerajaan Bangladesh juga tidak berhati-hati atau tidak meningkatkan keselamatan sempadannya dengan India di mana ramai kaum Muslimin Bangladesh telah ditembak, dibunuh dan dicabul oleh pihak keselamatan India. Sikap yang berbeza yang ditunjukkan oleh kerajaan Bangladesh apabila berhadapan dengan India telah menzahirkan sikap dwistandard dan hipokrasi kerajaan Bangladesh.

Di dalam Islam, kita mempunyai konsep persaudaraan sesama umat. Kita mengetahui konsep ini kerana ia merupakan sebahagian daripada jiwa kita. Islam telah mentakrifkan bagaimana sepatutnya kita memandang konsep kesatuan dan persaudaraan sesama umat:

Zikrullah Amalan Yang Paling Utama

Zikrullah (mengingati Allah) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT, sebagaimana firmannya:

“… dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” [TMQ al-Ankabut (29): 45]

Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Mahukah kalian aku beritahu tentang suatu amal yang paling baik dan paling suci di sisi Tuhan kalian, yang (dengannya) ia dapat meninggikan darjat kalian di sisiNya?”. “Tentu saja,” jawab para sahabat. Beliau lalu bersabda, "Zikrullah” (mengingati Allah)."
(HR Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah).

Berkenaan dengan hadis mengingati Allah ini, Syeikh Zakaria al-Kandahlawi di dalam kitabnya Fadhail Amal menjelaskan bahawa keutamaan zikir ini adalah berdasarkan kepada keadaan umum. Ini adalah kerana terdapat keadaan-keadaan lain yang tertentu di mana amalan-amalan lain seperti  jihad dan sedekah dipandang lebih utama.

Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zikrullah itu (mengingati Allah)? Para ulama' membahagikan zikrullah itu kepada tiga bahagian:

Pertama: zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan menyebut kalimat-kalimat thayyibah seperti istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan lain-lain. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW, "Zikir yang paling utama adalah mengucapkan La ilaaha illallah." (HR At-Tirmdizi, Ibn Majah dan Ahmad).

Kedua: zikir dengan kalbu (hati), yakni dengan senantiasa memperbanyakkan bertafakur (berfikir), muraqabah (merenung) dan memuhasabah diri. Antara cabang-cabang daripada amalan tafakur adalah seperti rajin menghadiri majlis-majlis ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan masalah fardhu 'ain seperti aqidah dan fiqh syariah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, "Jika kalian melewati taman-taman syurga, maka berhentilah dan masuklah ke dalamnya." Para sahabat bertanya, "Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?. "Baginda menjawab, "Majlis-majlis zikir (ilmu)." (HR at-Tirmidzi dan Ahmad).

Para sahabat Nabi SAW memahami bahawa majlis zikir yang disebutkan dalam hadis di atas adalah majlis ilmu, yakni majlis yang membincangkan tentang masalah aqidah, halal-haram dan hukum-hakam syariah. Pada zaman Nabi, tidak terdapat majlis di mana orang duduk beramai-ramai sambil menyebut kalimah tasbih, tahmid dan tahlil. Sebaliknya yang ada adalah majlis halaqah-halaqah pengajian ilmu. Daripada sini kita dapat melihat, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan memahami hukum halal-haram serta hukum-hakam syariah yang lain, setiap Muslim akan senantiasa terikat dengan hukum syarak dalam seluruh ucapan dan perbuatannya. Ini sekaligus merupakan bentuk zikir yang ketiga iaitu zikir melalui perbuatan. Inilah zikir yang paling utama. Mengapa dikatakan demikian? Ini adalah kerana zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan menyebut kalimat-kalimat thayyibah adalah termasuk dalam kategori ibadat sunat sahaja. Sedangkan zikir dengan kalbu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu adalah sebahagian daripada tuntutan thalab 'ilmi (menuntut ilmu), yang mana hukumnya adalah wajib.

Walau bagaimanapun, menghadiri majlis-majlis ilmu semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ilmu yang dipelajari dan difahami itu tidak diamalkan atau diterjemahkan melalui perbuatan dalam kehidupan. Malah, bukan sekadar tidak diamalkan, ia juga boleh membawa kepada keharaman jika ilmu yang dipelajari itu bertujuan untuk bersaing dengan para ulama' atau untuk memperdayakan orang-orang yang bodoh. Hal ini hanya akan mengundang murka dan azab  Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesiapa sahaja yang mencari ilmu demi untuk bersaing dengan para ulama', memperdaya orang-orang yang bodoh atau untuk mencari perhatian manusia, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam neraka." (HR at-Tirmidzi).

Adapun zikir melalui perbuatan, yakni dengan selalu mengikat ucapan dan perbuatannya kepada hukum-hukam Allah SWT, ini menunjukkan bahawa pelakunya bukan sahaja mempelajari dan memahami hukum-hukam Allah, bahkan ia telah melakukan amal yang baik (hasan al-amal). Sesungguhnya amal yang baik inilah yang akan dinilai oleh Allah SWT, bukan semata-mata terhadap ilmunya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

“(Allah) Yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk melihat siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalnya”. [TMQ al-Mulk (67): 2].

Menurut Imam al-Qurthubi di dalam tafsirnya, frasa kalimat ahsan al-'amala dalam ayat tersebut dimaksudkan sebagai, "yang paling menahan diri daripada perkara-perkara yang haram dan yang paling bersegera dalam melakukan ketaatan."

Mudah-mudahan kita semua mampu untuk selalu mengingati Allah (zikrullah) baik melalui lisan, kalbu (hati) mahupun dengan perbuatan. Jangan sampai lisan kita hanya selalu basah dengan menyebut kalimat-kalimat thayyibah, kalbu kita penuh dengan pengetahuan tentang hukum-hakam Allah, tetapi perbuatan-perbuatan kita dalam kehidupan melakukan perkara-perkara yang sebaliknya. Adalah sangat buruk dan jelek jika seseorang Muslim yang rajin menghadiri majlis-majlis zikir yang di dalamnya ia banyak menyebut kalimat-kalimat thayyibah bahkan sehingga teresak-esak menangis dengan penuh khusyuk, tetapi setelah keluar daripada majlis-majlis sebegitu, dia tetap terus gemar menghadiri 'majlis-majlis' maksiat kepada Allah. Ia tetap membuka aurat di hadapan khalayak, melakukan korupsi, terlibat dengan riba, membohongi dan menzalimi rakyat, tidak berlaku amanah, mengabaikan masalah-masalah yang menimpa umat di seluruh dunia, tetap menolak untuk ditegakkan institusi syariah (Khilafah) yang mana melaluinya dapat diterapkan hukum-hakam Islam secara kaffah dalam negara.  Semoga para penguasa dan ahlul quwwah (golongan yang memiliki kekuatan/ketenteraan) umat Islam pada saat ini terbuka mata hati dan fikirannya untuk segera menyahut seruan Allah untuk mendirikan Negara Islam tanpa banyak alasan, sepertimana yang telah dilakukan oleh kaum Ansar di Madinah terdahulu. Allahumma Ameen.

Talk Show : Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Lebih Baik

Wanita Malaysia kini menghadapi tekanan dan kesulitan dalam mengatur hidup keluarga dan dirinya sendiri. Bagi wanita yang telah berumahtangga dan mempunyai anak sekaligus keluar bekerja, mereka terpaksa membahagikan masa dan perhatian kepada komitmen kerja dan pengurusan rumahtangga. Ketika keluar bekerja, anak kecil terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak manakala anak remaja pula terbiar bebas mencari aktiviti mereka sendiri.

Hal ini turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi, kes penculikan dan penderaan kanak-kanak, gejala sosial remaja, budaya coupling, penzinaan, kelahiran anak luar nikah, pemerdagangan
wanita dan sebagainya. Kejadian-kejadian ini saban hari dilaporkan di dada-dada akhbar.

Dalam keadaan ini, timbul persoalan dan kekeliruan dalam benak mereka tentang apakah yang akan terjadi kepada masa depan anak-anak dan rumahtangga mereka jika keadaan ini berterusan.

Bagi wanita yang belum berumahtangga pula, mereka sibuk mengejar kemewahan untuk memastikan kehidupan mereka terjamin pada masa hadapan. Sesetengahnya pula memilih untuk tidak berumahtangga kerana takut dipergunakan atau ditindas oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Dilema ini menyelubungi mereka kerana menyedari realiti kehidupan di sekitar mereka kini tidak mampu membela masa depan mereka.

Jadi, adakah anda mahu terus hidup dalam keadaan ini atau anda inginkan keadaan yang lebih baik? Ikuti perbincangan menarik dalam Talk Show yang bertajuk Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Yang Lebih Baik.

Kami menjemput kepada semua wanita yang berkeinginan dalam membawa Malaysia kepada perubahan yang lebih baik dan benar dalam kehidupan mereka,  untuk bersama-sama menyertai kami dalam talk show yang julung-julung kali dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) ini.



Enjoying Clerking Clinical Cases

Dah 3 minggu sangkutan klinikal di salah satu pusat perubatan di Malaysia. Buat masa nih, segalanya berjalan dengan baik Alhamdulillah. Bila difikirkan balik, semakin saya kerap clerk case rasanya semakin banyak benda baru yang diperolehi. Alah, biasalah tuh kan. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang diketahui dan semakin banyak juga perkara lain yang belum diterokai. Sungguh ilmu yang manusia peroleh amatlah sedikit kalau hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH.

Walaupun ada juga case yang diperolehi tidak complicated, namun dengan guidelines yang telah diberikan dapatlah juga membuatnya dengan baik. Untuk semester terakhir ini (InsyaAllah, ameen), kes klinikal yang diberikan lebih spesifik. Contohnya, kalau ada kes kanak-kanak, kena ke wab paediatrik. Kalau ada sakit mental, kena ke wad psiakiatri dan sebagainya. Buat masa nih, saya suka berada di wad kanak-kanak dan juga wad sakit puan (Obstetrics & Gynecology). Kenapa? Tiba-tiba rasa nak mengandung dan ada anak. Huhuhu. Alasan!

Bukannya apa, dengan beradanya di dua wad tersebut, rasa macam naluri yang telah dikurniakan kepada wanita itu terangsang. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya terlahir. Almaklumlah, naluri keibuan nih bila-bila saje boleh muncul lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin seperti saya :P Jika sebelum-sebelum nih saya rasa tak berapa best bila clerk case, tapi sekarang sungguh berlainan. Mungkin sebab saya semakin menghampiri ke dunia sebenar yang saya pelajari ini. Jadi saya rasa saya hendak memaksimumkan masa yang tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi untuk bergelar pelajar. Dan selepas itu, pastinya dunia pekerjaan yang penuh dengan dugaan di dunia kapitalis ini. Huhuhu.

Well, partner saya untuk clinical attachment kali ini dengan gadis yang bijak dan cantik. Sebelum nih pun sama. Saya suka bekerjasama dengannya walaupun tidak selalu (sebenarnya baru sekali je, :D). Sebab semester lepas dah kena marah sebab kongsi kes bukan dengan partner. Huhuhu. Lecturer tegur purpose adanya partner adalah bila kes kurang kena kongsi kes. Jadi, kongsi kes harus dengan partner. Baiklah. =.= Apapun, berpasangan bersama ketika belajar yakni same gender sangat bermanfaat untuk lebih memahami sesuatu kes terutamanya bahagian klinikal. Takdelah kita perah otak sorang-sorang nak cari idea or kalau tak faham, boleh tanya kan. Tetapi untuk kebanyakkan waktu, semua itu adalah karut belaka. Sebab Melayu-Melayu, Cina-Cina. Macam mana nak hilangkan bangsa sebegini seperti yang PM kita cuba terapkan dengan adanya 1Malaysia?? Jawapannya mudah sahaja! Tunggu entri seterusnya yang akan dikupas berkenaan tajuk 1Malaysia adakah benar atau Khayalan. InsyaAllah.

Okeyh, habis tentang partner. Sekarang tentang ethics mungkin. Kadang-kadang, manusia sering terlupa atau terlepas pandang. Manusia kan tidak sempurna. Sebagai pelajar jurusan profesional, ethics atau etika kerja sangat penting. Alahh, kalau dalam Islam benda-benda macam nih mudah sahaja sebab semuanya buat kerana Allah SWT. Takdenya sebab manfaat atau benda lain. Hendak dijadikan cerita, kiranya batch kami macam sangat good attitude lah =.=. So, one of my cute friend tanya atau lebih mudah beramah mesra dengan KJ (Ketua Jururawat) di Jabatan Sakit Puan. Dia ditegur kerana kami nih macam main redah je. Yelah, masuk-masuk takde hitam putih dan pilih-pilih kes, lepas tuh keluar. Normallah kan, orang luar masuk (yeke orang luar kami nih? huhuhu) kena minta izin tuan rumah kalau ye pun nak redah kan. Okeyh, kami maklum. Perkara ini haruslah dibawa ke atas agar perkara sebegini tidak berulang kembali.

Tentang masa ambil kes pula. Secara amnya ikut masa bekerja. Dalam 8.30 pagi - 4.30 petang (dalam guideline kursus ye). Tapi biasalah, cleark case bukannya lama sangat pun. Dalam 1 setengah jam paling kurang. Itupun selepas tambah tolak masa doktor nak check patient, bla nurse nak tulis nota kat BHT (bed head ticket - rekod pesakit), bila ada student kursus lain nak tengok jugak dan bila BHT dibawa pergi. Maknanya bila tiba-tiba patient tuh kena discharge. Ini memang sangat sedih sebab kena ambil kes lain. Cari lain. Tawaflah satu hospital. Huhuhu. Lebih kurang jam 12.30-1.00 dah siap dah. Kiranya macam dah boleh baliklah kan. Biasalah student, bukan bekerja lagi. Tapi sangatlah dinasihatkan untuk ikut masa bekerja sebab in the future kena ikut office hour juga. So, practice! Selagi bergelar pelajar, ikutlah masa belajar. Kekeke.

So far, untuk tiga-tiga attachment nih sangat seronok + preceptor yang sporting + lecturer yang cool. Just kena sangat-sangat rajin untuk mencari dan buat research. Yelah semakin banyak belajar, kenalah semakin banyak artikel yang dirujuk untuk support argument yang diberikan. Betul tak? Walaupun some clinical guideline practice said so, journals and articles really help us. Because in the future, lagilah banyak research yang diperlukan. Apa yang saya tahu, masa PRP dah kena buat thesis lagi. Last but not least, for my dearest friends and junior, all the best and good luck for us!! ;)




 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat