1000 Umat Islam Australia Menghadiri Seminar Khilafah di Sydney
Pimpinan organisasi Islam global, Hizbut Tahrir, menyeru kepada umat Islam Australia supaya memandang hina sistem demokrasi sekular dan gagasan Islam moderat sepertimana yang diseru oleh Barat. Mereka juga menyeru kepada kaum Muslimin di benua itu untuk bergabung dalam perjuangan menegakkan Khilafah. Demikian seperti yang disiarkan oleh beberapa media setelah selesai Seminar Khilafah di Sydney, Australia pada hari Ahad minggu lalu. Seramai 1000 orang telah menghadiri seminar pada kali ini. Ia suatu jumlah yang sangat besar bagi kaum Muslimin dalam sebuah negara yang bukan negara kaum Muslimin.
Menurut ahli jawatankuasa seminar tersebut, jumlah peserta yang menghadiri seminar kali ini berlipat kali ganda berbanding seminar pada tahun 2007, sehingga tidak ada sedikitpun tempat kosong. Orang tua dan muda, lelaki dan wanita, tidak ketinggalan juga anak-anak kecil turut ikut serta dalam memeriahkan seminar tersebut.
Beberapa media telah membuat liputan tentang aktiviti ini. Dalam laman sesawang News Online Australia, berita tentang seminar ini menjadi tajuk utama dengan tajuk "Islamic group's call to Muslim sparks protest 'Shun Democracy'". HeraldSun menulis tajuk utama di dada akhbar tersebut dengan tajuk "Aussie Muslims told to 'shun democracy'", manakala The Australian pula dengan tajuk "Police on guard as anti Islamists stage protest".
Campakkan Demokrasi, Taati Islam!
"Kita wajib mentaati Islam dan Islam sendiri," kata Hanif di hadapan 1000 peserta seminar di Lidcombe, Australia.
"Kita tidak boleh tertipu atau jatuh ke dalam kisah gagal dan cacat yang mengatakan satu-satunya cara untuk terlibat dalam politik adalah melalui proses demokrasi sekular. Perkara itu adalah dilarang dan haram."
Beliau mengatakan bahawa demokrasi sangat tidak sesuai dengan Islam kerana Al-Quran menegaskan bahawa Allah SWT sahaja satu-satunya pembuat undang-undang, dan kegiatan politik kaum Muslimin tidak boleh didasarkan pada "konsep sekular dan salah seperti demokrasi dan kebebasan".
Pandangannya diulangi lagi oleh pimpinan HT Australia, Wassim Dourehi. Dalam ucapannya, umat Islam diingatkan supaya tidak menyokong "mana-mana parti politik kafir", kerana manusia tidak berhak untuk membuat undang-undang.
Dourehi juga mendesak umat Islam untuk memandang hina konsep Islam moderat yang dipromosikan oleh para pemerintah Barat, termasuk "negara terkutuk ini" iaitu Australia.
"Kita harus menolak versi baru sekular ini tentang Islam," katanya. "Ini adalah ramuan yang menyimpang daripada pemerintah Barat."
"Ini adalah suatu penyimpangan yang berusaha untuk menghapuskan aspek politik Islam dan menyempitkan keprihatinan kami. Kita harus menolaknya dan menentang siapa sahaja yang menyokong terhadap penyimpangan Islam ini."
Seminar Khilafah yang bertemakan "Perjuangan untuk Islam di Barat" ini merupakan aktiviti besar yang pertama yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir wilayah Australia sejak seminar tahun 2007, tahun di mana pengharaman terhadap organisasi ini dibuat.
HT menolak penggunaan kekerasan dalam mencapai tujuannya. Gerakan ini beroperasi secara aktif dalam lebih daripada 40 negara serta matlamatnya adalah untuk menerapkan Islam dan mendirikan negara Khilafah.
Dicemari dengan Bantahan Islamophobia: Perang Pemikiran Anti-Islam vs Islam
Kehadiran HT ini telah memicu kemarahan sebahagian kecil anggota Parti Proteksionis Australia (APP) yang berteriak dengan slogan anti-Islam. Mereka melakukan bantahan di luar dewan seminar dan menyatakan keperluan untuk mereka "melindungi" cara hidup penduduk Australia. Polis sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memisahkan kedua-dua kumpulan yang mempunyai pemikiran yang saling bertentangan ini.
Konflik yang berlaku antara APP dan HT hanya dalam masalah perang mulut, teriakan anti-Islam dan kadang-kadang membuatkan pemuda Islam berteriak dari kenderaan mereka terhadap ahli APP yang berdemontrasi. Mereka yang membenci Islam berkumpul di sebuah taman dengan meneriakkan perkataan, "Hey, hey, ho, ho, Islam harus pergi", dan "Katakan tidak kepada hukum syariah".
Salah seorang pemuda Islam berteriak kepada kumpulan APP dari kenderaannya, “Kamu adalah orang yang tidak mempunyai idea".
Nick Folkes, pemimpin organisasi APP berpendapat bahawa HT harus diharamkan di Australia dan ia mengatakan bahawa penerapan hukum syariah harus dihalang di Australia. "Hukum syariah adalah sistem kuno yang memperlakukan wanita sebagai warga kelas dua," katanya dengan tanpa rasa malu atas kedangkalannya terhadap kemuliaan Islam.
"Kami tidak meminta mereka mengubah warna kulit atau agama, tetapi jika mereka datang ke sini, mereka harus menolak hukum syariah."
Sarah Ismail, seorang pekerja berumur 26 tahun di Syarikat Muslim Australia di Lakemba, sebelah barat Sydney, berkata bahawa dia datang ke seminar tersebut untuk menunjukkan sokongan bagi wanita Muslim untuk memakai jilbab di khalayak umum.
"Saya ingin orang tahu bahawa kita tidak dipaksa untuk menutup, tetapi ia benar-benar pilihan kita," katanya.
Sarah mengatakan bahawa dia telah melihat kemunculan idea kebangsaan di Australia terhadap umat Islam dan mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan bantahan terhadap cara hidup umat Islam benar-benar tidak memahami Islam.
Begitulah dakwah Hizbut Tahrir yang tidak pernah kenal untuk menyerah, malah terus bergelora termasuk di negeri Barat. Islam dan Khilafah akhirnya telah menjadi perbincangan dan perdebatan di kalangan manusia. Inilah yang telah berlaku di era awal kedatangan Islam, di mana Islam dan Nabi Muhammad SAW menjadi topik perbincangan di kalangan kaum Quraisy sehingga akhirnya pengikut Muhammad SAW terus bertambah-tambah. Perkara itu terjadi sehingglah Allah memenangkan urusan ini. Pada saat itulah berbondong-bondong manusia akan masuk ke dalam Islam. InsyaAllah, hal yang sana akan terjadi.
Sumber : sini [sila klik!]
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)