Palestin Berdarah Kembali : Di Manakah Nokhtahnya?

Bismillahirrahmanirrahim..

2 minggu yang lalu, saya telah menghadiri satu munaaqashah anjuran Khilafah Centre dengan kerjasam Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).Seperti biasa, slot multimedia pastinya memukau para penonton. Tidak terkecuali saya. Di bawah ini adalah antara kata-kata yang ada di dalam multimedia keluaran Medium Syiar Production.

Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslim.
Anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW dibunuh oleh bangsa Yahudi seolah-olah mereka bagaikan serangga, dan mereka memanggil ummah... "Lindungilah kami.."

Kaum wanita itu mencucurkan air mata mereka di Masjid Al-Aqsa.
Mereka menjadi janda. Mereka dibunuh, dan kemuliaan mereka dinodai di atas bumi mereka...
Lalu, apa yang telah dilakukan oleh kaum Muslim?

Kaum Muslim di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan kalian.
Para pemimpin kaum Muslim yang berkhianat terhadap anak-anak umat Islam, yang mendakwa bahawa meraka adalah pengikut Rasulullah al-Mustafa SAW.
Lalu, apa yang telah dilakukan oleh kaum Muslim?

Apakah umat ini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah?

Apakah mereka telah melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW?

Ternyata, tidak sama sekali!
Saya bertanya kepada kalian, wahai kaum Muslim...
Saya bertanya kepada kalian..
Bagaimanakah kalian kelak akan berhadapan dengan Allah SWT di Hari Kiamat..
Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT.
Zat Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat..

Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah,
ketika yang bersama kalian adalah seorang anak kaum Muslim di Palestin,
Ia berkata, " Ya Allah, ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun tidak ada umat Islam yang memenuhi panggilanku.."

Sahabat sekalian boleh menonton video tersebut di youtube dengan menaip kata kunci medium syiar production atau kebiadaban israel. InsyaAllah, akan ada beberapa video yang telah dimuatnaik oleh team ini. Jadi, apakah peranan kita sebagai kaum Muslim? 

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Umat Islam tidak berdiam diri sebenarnya. Bukan sedikit usaha yang dah dilakukan untuk membebaskan Al-Aqsa, betapa banyak darah telah tumpah. PLO, Hamas, Hizbullah..doa-doa Muslimin daripada Makkah Al-Mukarramah saya pasti tak henti2 meluncur naik ke langit setiap hari. Ada yang meragui mungkinkah ada kesilapan yang dah dibuat oleh umat Islam, sehingga sekian lama doa utk membebaskan Al-Quds seakan tak diterima oleh Allah.

    Saya yakin sepenuhnya Allah mendengar doa2 kita selama ni. Cuma Allah telah berjanji, terbukanya Al Quds nanti apabila turunnya Rasul Isa Alaihis salam bersama-sama Imam Mahdi kelak. Insya Allah masa tu akan tiba juga, dan apa yang diperlukan sekarang ialah bersama-sama meringankan beban semua umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia, Chechnya, Selatan Thai dan Selatan Filipina yang saban hari digasak oleh kaum musyrikin. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

    Saudari, izinkan saya cadangkan sebuah buku: Akidah Islam - Pola Hidup Manusia Beriman karangan Sayyid Sabiq (minta sedekahkan Al Fatihah buat beliau, dah 10 tahun beliau menghadap Ilahi), terbitan Pustaka Nasional. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, Karl..

    Syukran atas pandangan saudara itu. Memang usaha kita sebagai umat Islam tidaklah sikit, malah bertambah-tambah saban hari..

    Cuma apa yang saudara nyatakan itu, bukanlah perbuatan utama yang dituntut oleh Islam.. Saya tidak mengatakan bahawa berdoa itu tak bagus, ia bagus. Kerana doa itu otaknya ibadah.. Mana mungkin doa itu tak bagus kan..

    Bukan mungkin, tapi memang benar. Ada kesilapan yang dilakukan oleh kaum muslim iaitu tidak menerapkan hukum Islam di segenap penjuru dunia. Dan kerana itu, Islam tidak menjadi rahmatan lil 'alamin.. Kerana umat Islam yang cinta dunia dan takut mati pada hari ini, maka Allah memperkuatkan lagi barisan kafir laknatullah..

    Dan persoalan untuk saudara serta para pembaca..

    Apakah yang dilakukan oleh kita untuk meringankan beban saudara seakidah kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia, Chechnya, Selatan Thai dan Selatan Filipina yang saban hari digasak oleh orang-orang kafir laknatullah?

    ReplyDelete
  3. Owh ya..

    Syukran Karl atas cadangan buku itu..
    Mudah-mudahan saya dapat mencarinya nanti..

    =)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat