Special Post : Ramadhan Giveaway

Assalamualaikum wbt,

Seperti biasa, saya akan menjengah dan membaca entri-entri di blog Keluargaku Sayang. Setiap hari ada sahaja update terkini daripada tuan blog. Thanks, kakchik. Malam nih saya jengah lagi ke blog tuh lagi. Ada berita terbaru and it seems like a good new for me, i think. =D

The good new is...tadaaaaaaaaaaaaaaa


Kepada sesiapa yang sudi nak sertai Ramadhan Giveaway nih, berikut adalah syarat-syaratnya :

  1. Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog ini.
  2. Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post ini untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
  3. Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah.
  4. 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.
  5. Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.
  6. Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.
Mudahkan syarat-syaratnya? Sungguh mudah bagi yang sudi dan berminat.. Tehee.. Tapi saya juga masih tertanya-tanya, mengapa mesti ada syarat untuk apa-apa penyertaan? B-) Siapa yang sudi menjawab bagi pihak diri ini?

Apapun, setiap giveaway mesti ada hadiahnya kan. Untuk ketahui dengan lebih lanjut apakah hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang, sila ke blog kakchik ye. Thank you!!

2 comments:

  1. salam shira.
    syukran ya ukht kerana sudi membuat post khas ini w/pun optional. ada bonus tambahan la ni.
    pandangan kakchik pasal syarat penyertaan: supaya mudah nak diberi markah mengikut kata hati pembuat peraduan atau giveaway.

    ReplyDelete
  2. wslm kakchik,

    afwa ya kakchik..

    owh yeke? tak tahu pula shira ada markah utk special post nih.. hee.. suka-suka nak buat sebab tengah mencari idea utk kata2 buat syarat no 2..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat