Gambar hiasan dari Google Image. |
Memartabat institusi tahfiz
KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha memartabatkan golongan penghafaz al-Quran dan institusi tahfiz di negara ini apabila menubuhkan Dewan Huffaz Kebangsaan. Pelancaran institusi itu yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan meletakkan golongan huffaz pada kedudukan sewajarnya. Jamil Khir pada sidang akhbar selepas itu berkata, antara tujuan penubuhan institusi itu adalah untuk membantu penuntut-penuntut maahad tahfiz swasta dan persendirian mendapatkan sijil yang diiktiraf. "Dengan kejayaan kita melancarkan penubuhan Dewan Huffaz Kabangsaan ini, insya-Allah kita akan memperkenalkan Sijil Khatam Hafazan. Secara asasnya, melalui sijil ini masalah ketidakseragaman sijil serta sijil tidak diiktiraf dapat diselesaikan. "Ini bermakna setiap hafiz al-Quran yang menyelesaikan pengajian mereka di mana-mana madrasah atau institusi yang tidak diiktiraf berpeluang menduduki ujian untuk mendapatkan sijil tersebut bagi membolehkan mereka diberi pengiktirafan akademik yang sepatutnya,'' katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Jamil Khir berkata, di peringkat ini Darul Quran Jakim yang merupakan urus setia bagi institusi berkenaan sedang memperincikan syarat-syarat yang membolehkan penuntut maahad tahfiz swasta dan persendirian mengambil ujian berkenaan. "Sudah tentu syarat-syarat tersebut tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu antara lain mengambil kira pencapaian akademik. "Selain melibatkan institusi swasta dan persendirian di negara ini, ia turut membabitkan para huffaz yang menjalani pengajian tahfiz di institusi-institusi luar negara yang tidak diiktiraf,'' katanya lagi. Terdahulu di dalam ucapannya Jamil Khir berkata, institusi tersebut berperanan mengumpulkan para huffaz dan institusi tahfiz seluruh negara di dalam satu wadah rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan. "Dengan adanya penyatuan tersebut ia memberi kelebihan untuk kita menggunakan setiap kebolehan dan kelebihan mereka dalam memberi sumbangan kepada umat Islam lain melalui kaedah yang lebih tersusun dan bersistematik. "Saya juga memberi jaminan bahawa penubuhan dewan ini bukan untuk mengawal atau mencampuri urusan pentadbiran dan sukatan madrasah masing-masing tetapi untuk memartabatkan lagi bidang tahfiz di negara ini,'' katanya lagi. Dalam pada itu beliau berkata, jumlah penghafaz al-Quran yang selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran di seluruh negara dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 orang. "Angka ini berdasarkan kewujudan 281 institusi tahfiz yang disahkan. Bagi institusi tahfiz kelolaan kerajaan sama ada oleh Jakim atau negeri, jumlah penghafaz yang direkodkan ialah 2,908 orang,'' ujarnya. Sementara itu beliau berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jawi akan meneruskan usaha memberi sagu hati RM6,000 setahun kepada penghafaz 30 juzuk al-Quran.
Sumber: Utusan Malaysia 28/06/10
Al-Quran: Di antara Keutamaan Dan Kewajiban
Umat Islam hari ini sering gagal untuk melihat sesuatu perbuatan itu dari sudut keutamaan mahupun kewajiban. Sebagai contoh, pemahaman umat hari ini terhadap al-Quran. Membaca al-Quran termasuk menghafaznya adalah di antara amal-amal yang diutamakan perbuatannya. Ia dianjurkan dan status hukumnya adalah mandub. Namun begitu, suatu perkara yang sering dilupakan oleh umat Islam hari ini adalah mengenai kewajiban untuk melaksanakan isi dan tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran itu sendiri. Setiap individu, parti politik mahupun negara mempunyai taklif hukum tertentu yang terbeban kepada setiap pihak masing-masing. Sebagai contoh, apa yang berkaitan dengan ayat hukum atas kesalahan berzina yang secara qat’ie dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 2. FirmanNya:
Membaca ayat tersebut akan diganjari oleh Allah SWT dengan pahala manakala melaksanakan perintah ayat tersebut adalah wajib bagi pemerintah. Faktanya dan kenyataannya hari ini ialah, apakah hukuman zina ini diterapkan di Malaysia hari ini? Sewajarnya umat Islam terutamanya para pemerintah umat Islam memahami perkara ini mengikut pandangan Islam yang benar agar mereka tidak terkeliru dalam membezakan antara amal yang diutamakan dan yang menjadi kewajiban. Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama ialah jika jumlah para huffaz di Malaysia dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 orang, di mana ianya adalah suatu jumlah yang cukup ramai namun isunya ialah berapa banyakkah tuntutan al-Quran itu dilaksanakan oleh pihak pemerintah hari ini? Bukankah kita diperintahkan dan diwajibkan menerapkan seluruh perintah Allah SWT sesuai dengan firmanNya:
Dengan itu, kita ingin mengingatkan pemerintah yang ada pada hari ini agar mereka tidak hanya berebut-rebut meraih keutamanan dan melupakan serta mengabaikan kewajiban terhadap al-Quran - menerapkannya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga kepada kepada para huffaz yang ada pada hari ini, setelah kamu meraih keutamaan terhadap al-Quran itu dengan membaca dan menghafaznya adalah menjadi kewajiban kepada diri-diri kamu untuk memperjuangkan isi al-Quran yang kamu hafaz itu agar ia dapat dibumikan dalam kehidupan umat ini dalam konteks individu, masyarakat dan negara. Ini tidak akan dapat dilakukan tanpa tertegaknya negara Islam, yakni Daulah Khilafah. Ketahuilah bahawa al-Quran itu adalah petunjuk bagi manusia dan Allah SWT mengingatkan umat manusia agar tidak mengabaikan isi kandungannya. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. [TMQ Al Baqarah (2) :185].

”Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. [TMQ An Nuur (24) : 2].
Membaca ayat tersebut akan diganjari oleh Allah SWT dengan pahala manakala melaksanakan perintah ayat tersebut adalah wajib bagi pemerintah. Faktanya dan kenyataannya hari ini ialah, apakah hukuman zina ini diterapkan di Malaysia hari ini? Sewajarnya umat Islam terutamanya para pemerintah umat Islam memahami perkara ini mengikut pandangan Islam yang benar agar mereka tidak terkeliru dalam membezakan antara amal yang diutamakan dan yang menjadi kewajiban. Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama ialah jika jumlah para huffaz di Malaysia dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 orang, di mana ianya adalah suatu jumlah yang cukup ramai namun isunya ialah berapa banyakkah tuntutan al-Quran itu dilaksanakan oleh pihak pemerintah hari ini? Bukankah kita diperintahkan dan diwajibkan menerapkan seluruh perintah Allah SWT sesuai dengan firmanNya:
”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ al-Baqarah (2) :208].
Dengan itu, kita ingin mengingatkan pemerintah yang ada pada hari ini agar mereka tidak hanya berebut-rebut meraih keutamanan dan melupakan serta mengabaikan kewajiban terhadap al-Quran - menerapkannya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga kepada kepada para huffaz yang ada pada hari ini, setelah kamu meraih keutamaan terhadap al-Quran itu dengan membaca dan menghafaznya adalah menjadi kewajiban kepada diri-diri kamu untuk memperjuangkan isi al-Quran yang kamu hafaz itu agar ia dapat dibumikan dalam kehidupan umat ini dalam konteks individu, masyarakat dan negara. Ini tidak akan dapat dilakukan tanpa tertegaknya negara Islam, yakni Daulah Khilafah. Ketahuilah bahawa al-Quran itu adalah petunjuk bagi manusia dan Allah SWT mengingatkan umat manusia agar tidak mengabaikan isi kandungannya. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. [TMQ Al Baqarah (2) :185].
"... dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30].
”(Sifat-sifat nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim”. [TMQ Al Jumu'ah (62) : 5].
Sumber : www.mykhilafah.com
salam..nice artikel..
ReplyDeletekalau boleh hantar la artikel ke http://www.utaraonline.net/v3/index.php
daftar dan submit news..biar tulisan awak lebih bermanfaat...:)
@al_madd,
ReplyDeletewslm.. syukran akhi..
Saya dah register di utaraonline..
cuma belum berkesempatan utk berkongsi artikel di sana.. InsyaALLAh jika ada kesempatan, akan dikongsikan di sana juga..
terima kasih kerana memberitahu.. =)