Baru-baru ini saya ada ke suatu tempat yang saya sangat 'mengidam' nak pergi sejak di tahun 1 universiti. ^_^'. Masa itu, saya dah plan nak ke sana dengan seorang sahabat. Tapi bila habis je exam akhir semester, mesti rancangan itu terpaksa dibatalkan.
Sehinggalah akhir semester lepas. Saya sekali lagi merancang untuk ke sana. Saya teringin yang tak dapat dibendung. Saya survey plan tempat itu. Lokasi-lokasi yang akan kami lalui. Tempat makan untuk berehat nanti. Cara nak ke sana siap dengan bajet tambang. Saya juga dah minta keizinan abah serta wali kepada insan-insan yang akan saya bawa. Tapi beberapa hari sebelum tarikh yang dirancang tiba, abah tidak memberi izin. Saya hampa. Tapi takdelah frust menonggeng. =D
Maka, saya hentikan terus angan-angan untuk ke tempat itu. Namun, jauh di lubuk hati saya yang paling dalam, saya masih ingin ke tempat itu. Kerana tempat itu telah mengalami beberapa pembaikan. Saya sangat teruja untuk ke sana.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa saya duga. Satu rombongan sekolah umi akan mengadakan lawatan ke sana. Dan anak-anak cikgu boleh ikut dengan dikenakan bayaran mengikut kepala. Saya apa lagi, melompatlah keriangan kanak-kanak Ribena. ^_^" Dan yang pastinya, 'keikutsertaan' dua kanak-kanak comel ini, semestinya memeriahkan pengembaraan ke alam yang saya terokai itu.
Mereka punya keistimewaan tersendiri. Keistimewaan bagi setiap kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Untuk cerita tentang kanak-kanak, akan ada post lain. Tajuknya telah difikirkan, Anak Permata Islam. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, akan segera di'update'.
Apapun, kanak-kanak berdua ini memang petah berkata-kata. Seorang pemalu, dan seorang tak takut dengan orang tapi tetap malu-malu dan manis senyuman. Saya sayangkan mereka, Lillahi Ta'ala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
comelnya kanak-kanak itu.. siapa mereka? adik-adik you ke?
ReplyDeletebudak baju merah tu kiut sgt! nk cubit rasa..hehe
ReplyDelete@anita ariffin,
ReplyDeletememang comel kanak2 tuh.. mereka cousin saya.. =)
@Amanda Eltiqaz,
ReplyDeletehehehe.. yang baju merah adalah adiknya... memang kiut kan.. silalah cubit2 di gmbr itu.. ;P
salam shira.
ReplyDeletekakchik pun sehayat hidup ni belum sampai ke zoo negara. memang ada hajat nak juga sekali ke sana. kalau ke KL atau Selangor pun sebab ada urusan penting je. Insyaallah akan pergi juga sekali.
@chik,
ReplyDeletewassalam kakchik..
Gembira shira kakchik dtg sini.. =)
Yeke kakchik tak pernah ke zoo negara? Shira ni suka tengok alam semulajadi.. Jadinya, pergi ke zoo adalah 1 dari kesukaan itu..
InsyaAllah, semoga kakchik dapat juga pergi ke zoo..=)