Google Image |
Tuanku dukacita Nik Aziz tidak hadir
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan baginda terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa di sini semalam.
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, Tuanku Sultan juga menzahirkan perkara yang sama terhadap Exco-Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
"Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat biadap dan diharapkan tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Mahkota di sini semalam.
Tengku Muhammad Fakhry memberitahu, Tuanku Sultan berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik.
Jelasnya, berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, baginda mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat keputusan dengan lebih baik.
"Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan terima kasih baginda kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan Tuanku selamat sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan susulan di Singapura," ujarnya.
Sementara itu, Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan.
Menurutnya, perkara tersebut dititahkan oleh Tuanku Ismail kepada beliau selepas pulang mengikuti rombongan perubatan baginda di Singapura semalam.
Komen : Mesti bersebab kenapa TGNA tidak menghadirkan diri di Lapangan Terbang Sultan Ismail. Dan beliau mesti mempunyai alasan yang kukuh. Mengapa pula nak menyambut keberangkatan pulang Baginda? Rakyat sentiasa mendoakan sultannya. Tapi adakah Sultan ada mendoakan akan kesejahteraan rakyat???!!!
Sedangkan Islam mengajar bahawa kewajipan seorang pemimpin adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengatur hal ehwal mereka, tidak kiralah parti apa yang dimasuki rakyatnya, atau yang tidak mempunyai parti atau bahkan jika rakyatnya kafir sekalipun. Selama mana mereka adalah rakyat, maka kewajipan bagi pemimpin/pemerintah untuk menjaga mereka. Sabda Rasulullah saw,
“Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya” [HR Muslim]
Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Muslimnya, perkataan al-ra’i dalam hadis ini bermaksud pemimpin atau pemelihara yang diberikan amanah dan tegas dalam menjalankan amanahnya sebaik mungkin bagi memastikan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan apa yang diamanahkan kepadanya sama ada dari segi kehidupan keduniaan dan keagamaan atau keakhiratan dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan kedua-duanya.
Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.[HR al-Hakim]
biasa la.. dah nama sultan kan.. mesti la nak kena sambut besar-besaran.. kita mungkin terfikir yang pernahkah baginda doakan kesejahteraan rakyat. tapi baginda sendiri tak pernah timbul rasa nak fikir pasal rakyat.
ReplyDeleteDah besar sangat jadi sultan agaknya.
ReplyDeletereverie
btuke sultan yang berkata begitu. dalam bab ini aku xpercaya, kerana yang menyampaikannya bukan sultan sendiri, dah melalui banyak pihak
ReplyDelete@Nasih Muslim,
ReplyDeletedulu ketika saya kecik2, saya selalu bermonolog.. "kenapa bila menteri atau org besar2 nak dtg ke suatu tempat, kita kena membuat persiapan? tak sukanya.."
sekarang saya dah tahu kenapa..
sedangkan Allah SWT telah berfirman bahawa, mulianya seseorang di sisi Allah hanyalah dengan takwa bukan dengan darjat..
Wallahualam..
@reverie,
ReplyDeleteSultan adalah orang tertinggi dalam perlembagaan Malaysia..
Ingat tu!! :D
@SyerGah,
ReplyDeletesaya tak pasti pula betul ke tidak..
Saya hanya copypaste bulat2 dari Kosmo Online.. dan saya memberi komen berdasarkan pengetahuan yang saya ada..
menyampaikan kebenaran walaupun kebenaran itu sangat pahit..
Wallahulam..
entah2 sultan tak de hal pun... orang kanan dan kiri yang melebih-lebih, kan
ReplyDeleteterbaru dari saya : long bamboo
@cikgu,
ReplyDeletesaya pun tak sure lah cikgu, tapi mungkin juga org sebelah menyebelah yang melebih2 kan..
lama cikgu tak komen kat sini kan.. =)