Sihat dengan Keluarnya Peluh. Mari bergerak bersama Kami. =D

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat yang dikasihi,

Jumaat hari ini bersamaan dengan 27 Rejab 1431 hijrah. Adakah kita telah berpuasa sunat di bulan Rejab walaupun sehari? Ada sahabat-sahabat yang berpuasa di bulan Rejab tapi bukan berpuasa sunat, sebaliknya puasa qadha'. Janganlah kita melewat-lewatkan puasa ganti kita ya sahabat sekalian.

Okeyh, berbalik kepada tajuk di atas. Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani.


Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Islam menggalakkan umatnya bersederhanaan dalam pengambilan makanan dan minuman. Firman Allah SWT:

"......Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula melampau batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas". (Al-A'raf ayat 31)

Pepatah Arab ada mengatakan:

"Kesihatan itu adalah merupakan mahkota segala kesihatan. Tiada siapa yang nampak (sedar), melainkan orang yang sakit".

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

"Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menyuruh mereka menunggang kuda"

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cerdas. Pepatah ada menyebut: "Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat".


Nak dijadikan cerita pasal ini. Semalam saya bawa anak saudara saya berjalan-jalan di taman permainan sebab dia menangis. Bila saya pakai tudung, dia dah gembira nak keluar rumah. Semalam cuaca sangat cerah dan panas yang mendamaikan.

Dah lama rasanya saya tak bermain badminton. Penat juga rasanya. Dulu ketika kanak-kanak seusia sepupu saya yang bermain buai di atas tuh, saya memang suka bermain badminton. Tapi sekarang dah dewasa pun. Malu nak main. Ayakk.. ^_^"

Lepas tuh, request daripada my sis nak main bola beracun. Jom.. Siap sepupu saya yang comel lote tuh berlari-lari dan bermain sakan. Berpeluh-peluh dorang berlari-lari. Teringat zaman muda remaja kanak-kanak saya dulu. Selalu main lari-lari, kejar-kejar. Dulu kat kampung ada jugalah tempat nak bermain seperti itu. Sekarang, taman permainan yang ada nih pun, sesuai untuk mainan seperti bola keranjang dan bola sepak serta mainan yang dah disediakan. Huhuhu. Apapun, kami seronok mengeluarkan peluh seperti semalam. Hee "-"

Kesimpulan daripada kisah di petang semalam, marilah kita memberi sepenuh perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan kita. Mengamalkan gaya hidup sihat, InsyaAllah membantu kita untuk lebih aktif dan bergerak cergas dalam aktiviti harian kita terutamanya dalam berdakwah. Sihat perlu demi kelangsungan dakwah Islam.  

Mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat dan mengambil pemakanan yang sederhana dan seimbang boleh menjamin kesihatan diri kita, InsyaAllah. Nantikan cerita 28 Rejab dengan umat Islam esok!! ^_^v

Hingga ketemu lagi. Wallahualam..

4 comments:

  1. Best betul ada anak sedara. ;)

    -reverie-

    ReplyDelete
  2. best la jugak..

    sebab adik2 i semua dah besaq pjg.. =D

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum.
    Ingin mengetahui tentang penyingkapan bid'ah & khurafat yang merajalela di kalangan ummat Islam? Jika ingin mengetahuinya, kunjungi : as-salaf-as-shalih.blogspot.com. Jazakumullaahu khairan.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam..
    Syukran, akhi..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat