Buat Mereka Yang Menanti Peluang Untuk Ditaja JPA

Assalamualaikum, sahabat-sahabat terutamanya uda,

PENGUMUMAN PENTING!

   1. Permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dibuka pada 3 Julai 2010  sehingga 16 Julai 2010. Saudara adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan secara atas talian (on-line) sekiranya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

   2. Untuk makluman saudara,permohonan bagi program ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) iaitu MMU (Universiti Multimedia), UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) sahaja.

   3. Syarat-syarat permohonan biasiswa tahun 2010 ini hendaklah dirujuk kepada iklan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan ini di akhbar-akhbar utama tempatan kelak.

Sumber : eSILA

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat