langkah mujahid/mujahidah
Satu sifat yang akan sentiasa diuji sepanjang kita berada dijalan dakwah adalah sifat sabar kita. Kadangkala kita tidak dapat lepas dari rasa geram, geram kenapa 'dia' ni lambat sangat. Geram…kenapa 'dia' ni belum berubah. Geram….kenapa 'dia' ni, last time kita check, stage 4, minggu ni tiba-tiba dah balik ke stage 1….apasal??
Lupakah kita akan doa Rasulullah:
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu."
Ya. Bagi yang menggelar dirinya pejuang-pejuang Allah , ingatlah akan doa tersebut. Ianya satu bukti bahawa hati ini memang boleh berputar.
Jadi, janganlah kita menambah kekalutan di hati yang berputar-putar dengan kata-kata yang menyakitkan. Bahasa-bahasa yang cukup melukakan dan paksaan-paksaan yang menghimpit hati yang pening dek putaran-putaran itu.
Takut-takut nanti 'dia' semakin lari, bukan hampir seperti yang diharapkan.
Siapa kita untuk berasa seolah-olah kita lebih baik dari 'dia'?
Siapa kita untuk berasa kita lebih betul dari 'dia'?
Siapa kita untuk berasa perasaan 'dia' adalah nombor 2?
Dan kemahuan kita adalah lebih utama?
Di dalam keghairahan kita untuk menegakkan haq, janganlah kita lupa perasaannya. Mungkin dia telah mencuba namun masih bertarung dengan Al-Hawwa. Tiupkanlah kata-kata semangat, bukan yang menyengat.
Semua ini sudah tentu adalah kata-kata peringatan bagi diriku yang masih belajar.
rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah , sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Al-Imran: 159)
smg kt tetap istiqamah dlm perjuangan & diberi keteguhan dan kesabaran dlm menegakkan kalimah Allah SWT... AllahuAkbar
ReplyDeleteInsyaAllah, mudah2an Allah memelihara hati2 da'ie, para pendakwah, pejuang2 Khilafah & penyokong2nya agar sentiasa teguh di jalannya..Amin..
ReplyDelete