Biografi Pejuang di Uzbek (1)


Sayyidah Su’ad Tikhkhan (agaknya atau Takhkhan) rahimahallah.

Beliau dilahirkan pada tahun 1935. Mempunyai anak seramai 8 orang. Anak-anaknya telah dididik dengan baik berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya. Sebaik sahaja mengetahui bahawa HT mengajak orang memeluk Islam dan belajar dalam halaqahnya, beliau dan anak-anaknya terus mengikuti halaqah tersebut. Beliau sangat terpengaruh dengan dakwah HT. Semua idea HT diterimanya dengan bersungguh-sungguh. Ketika tsaqafahnya telah matang, beliau menyertai saf HT. HT telah melakukan perubahan yang besar dalam kehidupan beliau dan anak-anaknya dengan penyertaan tujuh orang dari anak-anaknya ke dalam barisan HT. Salah seorang anak lelakinya merupakan Naqib. Demikian juga, salah seorang anak perempuannya menjadi Naqibah. Keluarganya sahaja sudah menjadi satu hizb kecil. Setiap pertemuan keluarga menjadi seperti halaqah syahriyyah (HS). Setiap bicara antara mereka berkisar tentang konsep- konsep HT dan pemikiran-pemikirannya.

Puan Su’ad telah ditimpa penyakit yang menyebabkan kedua-dua kakinya lumpuh, tidak dapat digerakkan. Namun, dalam keadaan demikian, beliau sentiasa memuhasabah anak-anaknya serta memberi galakan kepada mereka untuk berdakwah dan melakukan ziarah maqsudah dengan orang lain. Beliau mengirimkan cucu-cucunya kepada para wanita, dikumpul dan didakwahkannya. Dengan cara ini, merekalah yang menziarahi beliau dan beliau tidak perlu untuk berbuat demikian. Beliau mencari seramai mungkin mad’u dan membentuk halaqah-halaqah. Katanya kepada anak- anaknya: “Jika kedua-dua kaki ibu ini sihat seperti keadaan kaki-kaki kamu, tidaklah ibu akan tinggal dan duduk berdiam diri di satu tempat, bahkan ibu akan menziarahi orang ramai dan menyeru mereka”. Sekali dalam seminggu beliau akan mengumpulkan anak-anaknya, mengumpul mal dari mereka, meneguh serta mendorong mereka untuk berdakwah. Beliau juga berpesan kepada mereka untuk sentiasa berada dalam kebenaran dan menyerukan kepada kebenaran itu tanpa merasa takut dengan kezaliman orang yang berbuat zalim serta celaan orang yang mencela.

Selepas tahun 1999, ketika si taghut Karimov melancarkan kekejaman ke atas syabab HT. Karimov telah menangkap Jaladuh, anak lelakinya dan mengenakan hukuman penjara ke atasnya selama 14 tahun. Anaknya itu sangat sabar menghadapi penyiksaan yang dikenakan ke atasnya di dalam penjara. Kemudian, anak perempuannya pula ditangkap. Ketika pengadilan dijalankan, anak perempuannya itu pergi bersama anak kecilnya (cucu Puan Su’ad) ke mahkamah. Ketika sidang sedang berlangsung, pihak polis bertanyakan kepadanya: “Mengapa kamu datang dengan membawa anak kecilmu?” Beliau menjawab: “Aku datang bersamanya dengan satu tujuan. Aku membawanya supaya dia mengenal si zalim dan si taghut. Apabila dia dewasa kelak, dia akan membalas balik (qisas) kepada si taghut itu”. Beliau sangat berani dalam berdakwah dan menyatakan kebenaran serta menghadapi orang-orang yang zalim. Demikianlah pendidikan dalam keluarganya. Semua anak-anaknya adalah orang-orang yang berani dan benar. Beliau dihukum penjara namun beliau tetap teguh. Ketika beliau di penjara, anak-anaknya tinggal bersama nenek mereka. Mereka dididik dengan didikan kepahlawanan. Mereka dibekalkan dengan pemikiran dan perasaan yang mendorong manusia supaya beriltizam dengan agama Islam dan menghadapi orang-orang zalim serta hidup sebagai pendakwah. Ketika mereka menyampaikan apa-apa yang dipelajari dari nenek mereka di masjid, orang ramai akan berkeliling mengitari mereka kerana merasa kagum dan terpengaruh dengan mereka ini.

Puan Su’ad tidak pernah berputus asa dengan kebenaran dan tidak juga merasa lemah. Bahkan kehidupannya menjadi contoh keberanian dan contoh perjuangan menegakkan kebenaran di hadapan orang-orang yang zalim. Rahimahallah meninggal dunia dengan meninggalkan di belakangnya para satria yang terdiri dari anak-anak lelaki, anak-anak perempuan serta cucu-cucunya. Tidak tercatat baginya untuk dapat melihat sendiri berdirinya Khilafah. Mudah-mudahan anak-anaknya serta cucu-cucunya yang ada sekarang dapat menyertai penegakan rayah Khilafah serta hidup di bawah naungannya dan menyebarkan risalahnya ke seluruh dunia.

Ya Allah, rahmatilah Sayyidah Su’ad Tikhhan dengan rahmat yang luas dan tempatkanlah beliau serta ahli keluarganya semua di syurga-Mu yang luas. Amin…

Terjemahan oleh pensyarah Bahasa Arab
Sumber :(Majallat al-Wa'ie: edisi 258-259)

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat