Menjadi Penghuni Syurga


Beriman bahawa syurga adalah hak, yang disediakan hanya bagi orang-orang yang beriman, dan diharamkan atas orang-orang kafir selamanya, merupakan bahagian dari keimanan kepada Hari Akhir. Dalilnya adalah Firman Allah:

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (TQS. Ali Imaran [3]: 133)

Siapa saja yang mengingkari syurga, neraka, kebangkitan, atau hisab termasuk orang kafir, kerana terdapat nash-nash yang qathiy tsubut (pasti sumbernya) dan qathiy dalalah (pasti maknanya) telah menjelaskan semua itu. Orang-orang yang menjadi penghuni syurga ada beberapa macam diantaranya:

* Para Nabi, orang-orang yang jujur, syuhada, dan orang - orang yang shalih.Allah berfirman:

Dan barangsiapa yang menta`ati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni`mat oleh Allah,iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (TQS. An-Nisa [4]: 69)

* Orang-orang yang berbuat baik (al-Abrar),

Allah berfirman:

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam keni’matan yang besar (syurga), (TQS. Muthafifin [83]: 22)

Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan, minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur. (Iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera, (TQS. Al-Insan [76]: 5-12).

* Orang-orang yang terdahulu (masuk islam) yang didekatkan kepada Allah. Allah berfirman:

Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga keni`matan. (TQS al-Waqiah [56]: 10 –12)

* Ashhabul Yamin iaitu oarng-orang yang menerima buku catatan amal dari sebelah kanan. Allah berfirman :

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan, (TQS. al-Waqiah [56]: 27-38)

* Al-Muhsinun, iaitu orang-orang yang senantiasa berbuat baik dengan ikhlas dan sesuai dengan aturan syariat.

* Ash-Shabirun, iaitu orang-orang yang bersabar

(Iaitu) syurga `Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salamun `alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (TQS. Ar-Ra’d [13]: 23-24)

* Orang yang mengkhuatirkan kedudukannya di sisi Tuhannya. Allah berfirman :

Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga. (TQS. Ar-Rahman [55]: 46)

* Al-Muttaqun, iaitu orang-orang yang bertaqwa. Allah berfirman :

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (TQS. Al-Hijr [15]: 45).

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (TQS. Ar-Ra’d [13]: 35).

* Orang-orang yang beriman dan beramal shalih. Allah berfirman

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya. (TQS. Al-Kahfi [18]:107-108),

* At-Taaibun, iaitu orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman:

Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun. (TQS. Maryam [19]: 60).

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat