LONDON: Sokongan terhadap wartawan Iraq yang melontar kasut kepada Presiden George W Bush, terus ketara apabila kira-kira lima puluh orang penunjuk perasaan berkumpul di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Grosvenor Square, London, semalam.
Dalam demonstrasi secara aman itu, penunjuk perasaan berkenaan yang mengumpulkan kasut buruk yang disifatkan hadiah kepada Bush sempena Krismas minggu depan, turut menuntut supaya wartawan Iraq berkenaan, Muntazer al-Zaidi dibebaskan.
Muntazer menjadi bahan berita apabila dia melontar kasutnya kepada Bush sebagai bantahan terhadap kehadiran Amerika di Iraq.
Bantahan di London diadakan berikutan banyak lagi bantahan di serata dunia supaya Muntazer dibebaskan disebabkan tiada berita muncul mengenai keadaannya.
Bantahan di London diadakan berikutan banyak lagi bantahan di serata dunia supaya Muntazer dibebaskan disebabkan tiada berita muncul mengenai keadaannya.
Bantahan yang diadakan pada jam 1 petang waktu tempatan itu tidak begitu mendapat sambutan, terutama daripada masyarakat Islam kerana diadakan ketika waktu solat Jumaat.
Bantahan ini dianjurkan oleh Pekerja Media Menentang Perang dan Persekutuan Wartawan Antarabangsa, disokong oleh Kempen Menghentikan Perang
Seorang wanita membawa kasutnya dan meletakkan di atas timbunan kasut lama sambil berkata; “Ini hadiah Krismas untukmu, Bush”. Kasut-kasut ini dimasukkan ke dalam kotak dan dialamatkan kepada Bush di Rumah Putih, AS. Kumpulan pembantah itu juga menyerahkan surat bantahan meminta supaya Muntadha dibebaskan segera.
Sumber: Berita Harian 21/12/08
Ulasan:
Balingan kasut kearah Presiden Bush semasa beliau membuat lawatan ke Irak sebelum tamat jawatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat hingga kini masih mendapat pelbagai reaksi yang menarik daripada masyarakat dunia. Rata-ratanya ramai yang menyokong dan tidak kurang yang menyatakan, sama ada secara terus terang atau di dalam hati, ‘padan muka Bush’. Perasaan marah masyarakat dunia terhadap kempen Bush ”War On Terror” diluahkan di dalam pelbagai bentuk perli setelah berlakunya insiden yang memalukan presiden Amerika ini. Dengan perhatian dunia terfokus kepada isu ‘balingan keramat’ ke muka Bush ini, janganlah hendaknya umat Islam melupakan walaupun sejenak, bahawa para pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini masih lagi menjadi pengkhianat umat dengan ketndukan dan kerjasama mereka terhadap presiden Bush laknatullah ini. Allah berfirman di dalam banyak ayat Al-Quran bahawa orang-orang kafir akan sentiasa membenci dan menyerang umat Islam dan mereka tidak akan sekali-kali redha kepada umat Islam, sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka. Seperkara lagi, dengan insiden balingan kasut ini, para pemimpin negara Arab dan pemimpin umat Islam lainnya masih tidak lepas dari dosa-dosa mereka selama ini (dan sehingga kini) yang masih bersekongkol dengan Amerika.
Kita perlu ingat bahawa dengan peristiwa balingan kasut ke arah Presiden Bush ini, polisi Bush berhubung ”War On Terror” masih tetap berjalan dan masih tetap di sokong oleh para pemimpin umat Islam yang pengkhianat. Dengan balingan kasut ini juga, ia sekali-kali tidak akan menghapuskan dosa-dosa pemerintah Arab Saudi dan negara-negara Arab Teluk yang lain yang membenarkan AS mendirikan pangkalan ketenteraan mereka di rantau Arab Teluk. Ia juga sekali-kali tidak akan menghapuskan dosa pepimpin Mesir yang membenarkan AS menggunakan terusan Suez untuk mengemudikan kapal-kapal perang mereka ke rantau Arab Teluk untuk membunuh umat Islam. Ia juga tidak sama sekali menghapuskan dosa-dosa Musharraf yang telah menyembah Amerika sejak sekian lama. Dahulu Musharraf pernah membenarkan AS menggunakan ruang udara Pakistan semasa AS melancarkan perang menawan Afghanistan pada Oktober 2001 dan sekarang Zardari membenarkan askar-askar AS menggunakan laluan darat di Pakistan untuk menyampaikan 80% bekalan dan peralatan ketenteraan kepada askar-askar AS di Pakistan yang menyerang dan mengorbankan nyawa umat Islam di kawasan Federally Administered Tribal Areas (FATA) dan juga menyerang umat Islam di Afghanistan di atas alasan menyerang puak militan.
Umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan musuh yang kafir ini, tetapi disebabkan oleh para pemimpin negara-negara kaum Muslimin yang bacul dan menjadi sekutu kepada kuasa kafir inilah, maka umat Islam yang terpaksa menanggung padah di atas perbuatan khianat para pemimpin mereka. Sesungguhnya nasib umat Islam tidak akan terbela selagi tidak adanya Daulah Khilafah yang akan melawan kuasa kuffar Barat seperti Amerika ini. Justeru, umat Islam hendaklah jangan leka dan bergembira dengan isu balingan kasut ini sehingga lupa bahawa Bush sebebarnya memerlukan “balasan” yang jauh lebih dari layangn sepasang kasut. Ayuhlah bergerak untuk mendirikan Daulah Khilafah agar kita dapat memalukan Bush dengan balasan muktamad dari Khalifah, agar tidak wujud lagi orang-orang seperti Bush yang celaka ini.
MyKhilafah
MyKhilafah
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)