Berbahagialah Org2 Yg Terasing

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum wbt,

Keperibadian pd stp manusia terbentuk oleh 'aqliyah (pola fikir) & nafsiyah (pola sikap) nya. Bentuk tubuh, wajah, fizikal & sbgnya bknlah unsur pembentuk keperibadian. Sbb semua itu hanyalah penampakan lahiriah semata2. Sangat dangkal (cetek) jika ada yg yg beranggapan bahawa semua itu merupakn salah satu faktor yg membentuk & mempengaruhi keperibadian.

Sesungguhnya keperibadian Islamiyah tdk akan bjln dgn lurus, kecuali jika 'aqliyah org tsbt adalah 'aqliyah Islamiyah, yg mengetahui hukum2 yg mmg diperlukan dgn sentiasa menambah ilmu2 syariah sesuai dgn kemampuannya. Pada masa yg sama, nafsiyahnya jg nafsiyah Islamiyah sehgga dia akan melaksanakan hukum2 syara', bkn sekadar utk diketahui ttp utk diterapkan dlm segala urusannya, baik dgn Penciptanya, dgn dirinya sendiri mahupn sesamanya, sesuai dgn cara yg mmg disukai & diredhai oleh Allah SWT.

Jika 'aqliyah & nafsiyahnya telah terikat dgn Islam, bererti dia telah menjelma mjd keperibadian Islamiyah, yg akn melapangkan jlnnya menuju kebaikan di tgh2 berbagai kesulitan & kesukaran, & dia tdk pernah takut terhadap celaan org2 yg mencela, semata2 krn Allah SWT..





Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda :

Islam muncul pertama kali dlm keadaan terasing & akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah org2 yg terasing tersebut.

Beberapa sifat org2 yg terasing :

1) Sentiasa melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.

Dalilnya adalah hadis yg diriwayatkan dari Sahal bin Ba'ad as-Saidi ra., bahawa Rasulullah saw. bersabda :


Islam muncul pertama kali dlm keadaan terasing & akn kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah org2 yg terasing tsbt. Para shbt berkata, "Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba ini?" Rasulullah saw. bersabda, "Mereka adlh org2 yg melakukan perbaikan ketika manusia telah rosak." (Hadis ini diriwayatkan oleh ath-Thabrani dlm al-Kabir).

2) Jumlahnya sedikit.

Ahmad & ath-Thabrani dr Abdullah bin Amru, ia berkata; Pd suatu hari saat matahari terbit aku berada dekat dgn Rasulullah saw., lalu beliau bersabda:

Akan dtg suatu kaum pd hari kiamat kelak. Cahaya mereka bagaikan cahaya matahari. Abu Bakar berkata, "Apakah itu kami wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Bukan, & khusus utk kalian ada kebaikan yg byk. Mereka adlh org2 fakir & org2 yg berhijrah yg berkumpul dr seluruh pelusuk bumi." Kemudian beliau bersabda, "Kebahagiaan bg org2 yg terasing, kebahagiaan bg org2 yg terasing." Ditanyakn kpd beliau, "Siapakah org2 yg terasing itu?" Beliau saw. bersabda, "Mereka adlh org2 soleh di ant kbykn manusia yg buruk. Di mana org yg menentang mereka lbh ramai drpd yg mentaatinya." (al-Haitsami berkata hadis ini dlm al-Kabir mempunyai byk sanad. Para perawinya shahih.)

3) Mereka adalah kaum yg beraneka ragam.

Dari Ibnu Umar ra., ia berkata; Rasulullah bersabda :

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba2 yg bkn para Nabi & syuhada. Para Nabi & syuhada pun berghibthah. pd mereka di hari kiamat krn kedekatan mereka dgn Allah & kedudukan mereka di sisi Allah. Kemudian seorg Arab Badui (yg ada di tmpt nabi berbicara) duduk berlutut, seraya berkata, "Wahai Rasulullah, jelaskanlah sifat mereka & huraikanlah keadaan mereka pd kami!" Rasulullah bersabda, "Mereka adalah sekelompok manusia yg beraneka ragam, yg terasing drpd kabilahnya. Mereka berteman di jln Allah, saling mencintai krn Allah. Allah akn membuat mimbar2 dr cahaya bg mereka di hari kiamat. Org2 merasa takut tp mereka tdk takut. Mereka adalah kekasih Allah yg tdk memiliki rasa takut (pd selain Allah) & mereka tdk bersedih."

Sifat ini terdapat jg dlm hadis Abi Malik al-Asy'ary riwayat Ahmad dgn lafaz:

Mereka adalah manusia yg beraneka ragam (bermacam-macam) & yg terasingkn dr kabilah2.

4) Mereka saling mencintai dgn 'roh' Allah.

Yg dimaksud ('roh' Allah) adalah syariat Nabi Muhammad saw. Maksudnya, perkara yg mjd pengikat di antara mereka adlh ideologi (mabda') Islam, bkn yg lainnya. Mereka tdk diikat oleh ikatan yg lain, baik ikatan keturunan, ikatan kekeluargaan, ikatan kemaslahatan atau kemanfaatan duniawi.

Mereka saling berteman di jalan Allah & saling mencintai kerana Allah. (HR al-Hakim dr Ibnu Umar)

Dlm riwayat ath-Thabrani dr hadis Abi Malik jg dinyatakan dgn ungkapan :

Di ant mereka tdk ada rahim yg mjd penyebab saling berhubungan krn Allah. Mereka saling mencintai dgn ikatan roh Allah Maha Gagah Perkasa.

5) Mereka memperoleh kedudukan itu tanpa menjadi syuhada.

Hal ini disbbkn dlm hadis dikatakan para syuhada tergiur oleh mereka. Tp ini tdk bererti mereka lbh utama drpd para Nabi & syuhada. Melainkan kedudukan itu hanyalah semata2 menunjukkan keistimewaan mereka. Keistimewaan itu tdk menjdkan mereka lbh utama drpd para Nabi & syuhada.

Abu Malik berkata, maka kami bertanya kpd Rasulullah ketika beliau bersabda :

Sesungguhnya Allah memiliki hamba2 yg bkn para Nabi & syuhada. Tapi para Nabi & syuhada tergiur oleh mereka kerana dekatnya kedudukan mereka dr Allah di hari kiamat.

Seluruh riwayat telah menyepakati bahawa mereka bknlah termasuk para Nabi & syuhada. Mereka memperoleh kedudukan spt itu semata2 kerana memiliki sifat2 tsbt.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat