Apa Nak Jadi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Acapkali rasanya saya menulis tentang ini. Acapkali juga saya mendengar. membaca dan melihat kejadian sebegini. Di manakah titik penghujungnya? Atau sepatutnya soalannya sebegini, "mengapakah ini terjadi?" Persoalan demi persoalan sentiasa memenuhi ruang kotak fikiran. Namun, mengapakah tiada jawapan yang diberikan mengatakan bahawa, "..kerana sistem Islam tidak diterapkan. Kerana penyelesaian yang diambil adalah dengan mengambil undang-undang sekular yang ada." Jawapan ini tidak akan pernah didengar oleh umat melalui media massa atau seorang pemimpin yang benar-benar mahukan Islam dilaksanakan.

Semalam telah berakhirnya 1sejarah yang melibatkan pelajar-pelajar universiti. Dan hari ini, pelbagai aksi telah di'upload' di laman sosial untuk tatapan teman-teman dan kaum keluarga. Sungguh memalukan bagi saya. Dan bagi mereka yang tidak tahu malu, macam tiada apa-apa perasaan. Sungguh! Lebih-lebih lagi apabila saya telah membaca luahan seorang wanita tentang parahnya isu ini. Maka, entri ini adalah untuk menegur rakan-rakan yang telah berkelakuan tidak syar'i (lemah sunggu iman saya ini, huhuhuhu). Juga buat para penulis, pembaca dan pendengar yang amat cintakan agama Islam. Dan pedoman serta ingatan buat sahabat-sahabat yang tidak ingin memaksiati Allah SWT.

Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kisah yang menceritakan wanita sentiasa menjadi mangsa penganiayaan samada secara paksa atau sukarela yang membabitkan kes rogol, sumbang mahram, penderaan, masalah sosial remaja, ekploitasi, zina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi dan pelbagai lagi permasalahan.

Semua ini berlaku kerana wanita kini hidup di dalam Sistem Kapitalisme yang bertunjangkan kepada sekularisme iaitu memisahkan agama daripada kehidupan secara total yang mana impaknya sistem rosak ini telah melenyapkan kemuliaan dan merendahkan martabat wanita. Sistem yang rosak ini pula cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dengan memberikan penyelesaian ‘tampal sulam’ yang tidak menyelesaikan masalah malah lebih memburukkan lagi keadaan seperti memperjuangkan hak-hak wanita, melancarkan kempen-kempen kesedaran, menubuhkan rumah atau pusat perlindungan wanita dan juga memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

Syariat Islam telah memuliakan dan meninggikan martabat wanita serta menjamin keselamatan wanita. Syariat Islam telah menggariskan segala peraturan dan hukum- hakam berkaitan wanita seperti keterbatasan pergaulan lelaki dan wanita, menghalalkan hubungan lelaki dan wanita hanya dengan pernikahan, pengaturan pakaian Muslimah iaitu jilbab dan khimar, larangan bertabarruj dan perintah kepada lelaki supaya menundukkan pandangan serta  memberikan hak kepada wanita untuk berpolitik.  Wanita juga mempunyai kewajipan dan hak dalam Islam iaitu wanita berkewajipan menuntut ilmu dan mempunyai hak untuk berpolitik. Ini kerana kedua-duanya merupakan sesuatu yang sangat penting .

Setiap wanita mestilah menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu atau menyampaikan Islam kepada orang lain. Seterusnya dengan ilmu itulah, wanita mampu berpolitik iaitu dengan mengambil tahu urusan umat. Sesungguhnya permasalahan umat kini hanya dapat diselesaikan dengan menerapkan Syariat Islam secara keseluruhannya. Syariat Islam pula hanya boleh diterapkan dengan adanya Negara iaitu Khilafah Islamiyah yang mengatur dan mengurusi urusan umat melalui Sistem Pemerintahan, Sistem Pendidikan, Sistem Sosial, Sistem Uqubat, Sistem Ekonomi dan lain-lain yang berlandaskan kepada hukum Syara’. Oleh yang demikian, mendirikan Khilafah Islamiyah sehingga terterapnya hukum Syara’ adalah suatu kewajipan bagi setiap wanita dan umat Islam keseluruhannya.    

Wahai kaum Muslimin!! Ayuh! Keluarlah dari kepompong yang selama ini membelenggu kita dan bebaskanlah diri kita dari sistem yang rosak ini. Laksanakanlah Islam, berusahalah untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan kita agar kita benar-benar dapat menggapai semula gelaran umat terbaik!!

Lagi artikel, ulasan dan bahan bacaan yang wajib dibaca untuk menajamkan pemahaman anda. Jangan lupa, baca ye.

1) Guru turut terganggu baju kurung putih yang terlalu jarang 
2) Gejala Sosial Yang Begitu Membimbangkan 
3) Laporan Seminar Terbuka Selamatkan Wanita Dengan Syariat
4) SN025 - KEGAGALAN SISTEM KAPITALISMA MENANGANI MASALAH SOSIAL
5) Permasalahan Sosial - Sampai Bila??
6) Kes remaja hamil kronik (luahan seorang wanita tentang kerisauan akan isu ini) [sila klik!]
7) Lain-lain yang berkaitan. (sini, dan sini )

2 comments:

  1. saya pun risau bagaimana hendak mendidik anak2 akan dtg dengan adanya teknologi internet dan tv,bertambah mencabar tanggungjawab ibubapa...

    ReplyDelete
  2. @Amanda Eltiqaz,

    InsyaAllah, awak boleh sis.. didik anak2 perlu dgn asas Islam yang sangat kuat..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat