Boikot dan BELANDA : Apakah Kesudahannya?

Siang tadi saya ke satu Diskusi Wanita Julai 2010. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dimudahkanNya.Untuk kali ini, saya bukan nak mengulas tentang diskusi tersebut tapi hanya ingin melontarkan buah fikiran. Kepada sahabat-sahabat yang sudi menjengah dan membaca lakaran saya ini, terima kasih saya ucapkan.

Semasa sesi soal jawab tadi, ada seorang peserta melontarkan ideanya dan bertanyakan pendapat. Apa yang diperkatakannya adalah di luar jangkauan fikiran saya. Sebab saya tak pernah terfikir akan itu.


Isu yang dibawakannya adalah berkenaan dengan kesatuan ummah atau bersatu. Ketika filem FITNA menjadi isu hangat, ramai umat Islam bersatu memboikot segala produk dari Belanda. Bukan itu sahaja, para pemimpin juga menyarankan agar rakyat 1Malaysia khususnya memboikot barangan keluaran Belanda.

Selang beberapa minggu, barangan Belanda kembali menjadi sambutan. Aikk!! Bagaimana ini boleh terjadi? Hurmm..


Terbaru, bola sepak Piala Dunia 2010 (FIFA World Cup). Semuanya bersatu untuk bersorak, GOAL!! Semuanya bersatu menyokong sorakan. Semuanya bersatu menyokong bola. Semuanya bersatu menyokong BELANDA. Mengapa tidak diboikot FIFA World Cup ini? Mengapa tidak ditolak Belanda? Apakah boikot tidak lagi menjadi sebab kalian bersatu, wahai kaum muslimin?

Kalian bersatu kerana bola. Kalian bersatu bersorak demi bola. Kalian bersatu menyokong pasukan Belanda. Belanda yang pernah menghina Rasulullah SAW di dalam filem arahan Geert Wilders. Di manakah pemboikotan yang kalian sarankan?

Mengapa tidak kalian bersatu untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Yahudi laknatullah? Mengapa kalian tidak bersatu apabila anak-anak Palestin yang menyebut nama kalian? Di manakah kaum muslim yang dimuliakan Allah? Mengapa kalian tidak bersatu menentang Israel?Wahai kaum muslim, BERSATULAH kalian demi Islam.  


Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara. Kerana itu, damaikanlah kedua saudara kalian, dan bertakwalah kalian kepada Allah supaya kalian mendapatkan rahmat.  
(QS Al-Hujurat [49]: 10).

1 comment:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat