Janji Kekasih di TV3



Afgan – Padamu kuBersujud

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud


Terasa ingin berkongsi apa yang saya rasa tentang slot Zehra, Janji Kekasih. Sudah lama saya ingin mencoretkannya di sini. Tapi memandangkan saya pun kurang pasti kronologi Janji Kekasih, maka hasrat hati saya seringkali terbantut.

3 minggu saya sudah mengikuti slot itu. Walaupun masih blur lagik, ada juga watak-watak yang boleh saya buat kesimpulan. Watak yang ingin saya kupaskan di sini adalah watak Syafika, lakonan Putri Sarah Liyana.

Memang bagus apa yang dilakukan oleh Syafika iaitu berubah dari berkelakukan liar kepada berkelakuan yang lebih Islami. Namun, watak Syafika boleh menyebabkan umat salah faham tentang peribadi Islamiyah seorang muslim. Apakah yang dikatakan Syakhsiyyah Islamiyah? Sila baca link untuk pemahaman lanjut dan memudahkan pembacaan anda.

Kesalahan watak Syafika adalah :

Pertama : Syafika dilihat terlalu ingin menyucikan diri dengan tidak keluar bilik. Dia ingin sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah.

Ulasan : Memang bagus apa yang dilakukan oleh Syafika itu. Tapi kalau makanan rohani sahaja yang dipenuhi bagaimana dengan makanan jasmani? Makanan jasmani juga perlu untuk memberikan kita tenaga agar boleh melakukan ibadah dengan khusyuk. Badan kita juga ada hak. Maka, memenuhi makanan jasmani juga perlu.

Kedua : Membuat hati kedua ibu bapa risau. Kelakuan Syafika yang tidak ingin keluar bilik mengundang susah hati Hajah Hashima dan Haji Safuan.

Ulasan : Sebagai anak, membuat hati kedua ibu bapa risau adalah satu dosa. Kita sepatutnya menggembirakan mereka bukan merisaukan mereka. Perubahan ketara yang dilakukan oleh kita juga perlu kita amati kembali, apakah perubahan itu merisaukan ibu bapa. Sekiranya perubahan itu baik, sepatutnya menggembirakan hati ibu bapa. Tetapi jika perubahan baik itu menggundang kerisauan ibu bapa, perlu kita kaji semula. Di manakah silap kita.

Ketiga : Rasanya slot minggu lepas atau 2 minggu lepas, Syafika keluar bertemu dengan seorang jejaka. Saya lupa nama watak itu apa. v_v'. Pertemuaan itu adalah pertemuan 2 insan ajnabi.

Ulasan : Seorang muslim tidak wajar keluar berdua tanpa mahram. “Seorang laki-laki tidak dibenarkan untuk duduk berkhalwat dengan seorang wanita, tanpa seorang Mahram” [HR Muslim]. Walaupun perjumpaan itu atas urusan agama, namun Islam melarangnya. Kerana bila berdua, yang ketiga adalah syaitan. Nauzubillah min zalik!

Keempat
: Banyak pula saya rasa. Hee. Syafika pergi ke mana-mana tanpa meminta izin kedua ibu bapanya. Contohnya slot tadi. Dia ingin ke Melaka untuk menjadi anak angkat sebuah keluarga.

Ulasan : Niatnya memang baik dan sungguh murni sebab nak ajarkan adik-adik angkatnya mengenal Tuhan, belajar agama. Dua masalah di sini adalah 1) dia pergi ke sana tanpa pengetahuan ayahnya dan tanpa keizinan kedua ibu bapanya. 2) Dia ke Melaka bersama bukan mahramnya. Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim]. Dan ini lagilah menambahkan kerisauan ibunya yang dah sememang kerisauan menggunung.


Wallahualam..

9 comments:

  1. Visiting here friend, cool blog n n3..nice..Very special brought for u.. Check it out!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.
    Masyaallaah, sngguh suatu artkel yg mengsankan, Yaa Ukhti Fillah. & jngan lpa, ttaplah istiqamah meniti 'ilmu Islam ahlussunnah di : as-salaf-as-shalih.blogspot.com. Jazakumullaahu khairan.

    ReplyDelete
  4. @suhaisweet,
    thanks for visiting here friend..

    ReplyDelete
  5. @Syaifullaah,

    Waalaikummusalam warrahmatullaahi wabarakaatuh.
    Syukran ya akhi..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. "pakai purdah pun,xboleh jugak asyik tperap dlm bilik" kata salah sorg ahli kluarga..dan sbenarnya,byk watak syafika tu bole mendatangkan fitnah pd muslimah2 berpurdah..paling teruk,sanggup menipu umi nya..even bukan kehendak diri tp tetap berdosa..

    xpala,kita tnggu dan lihat apa kesudahannya..ana suka tgk watak ayu raudah n ju..tp sbnrnya..ada juga jalan yg xhalal yg cuba disampaikan oleh pengrah cerita..

    salam..=)

    ReplyDelete
  7. @Pangeranz Umar,
    iya, salam kenal juga..

    ReplyDelete
  8. ::Ukhty Najian::,

    syukran ukhti atas komennya..
    Iya, kita tunggu dan lihata sahaja kesudahan bagi watak Syafika.. =)

    Wassalam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat